Baru-baru ni, aku dapat kerja part-time di sebuah kiosk menjual buku dan majalah terpakai. Kebetulan aku nampak tawaran kerja kosong tu semasa aku berjalan di kawasan berdekatan. Aku minta dan terus diberi peluang bekerja di situ.
Aku cuma perlu masuk bekerja dari jam 2 hingga 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad aku cuti. Atau mungkin tunggu dipanggil bekerja jika perlu. Kerjanya mudah. Aku hanya perlu duduk dan tunggu orang datang beli buku. Sambil-sambil itu, aku boleh baca buku mana yang aku suka.
Seperti di-offer syurga oleh Tuhan, aku kini ditenggelami oleh lautan buku di kiosk tersebut. Satu persatu buku dibelek dan dibaca. Habis satu, dicari yang lain pula. Memang takkan habis. Seronok!
***
ISNIN
Aku sedang asyik membaca ketika datang sepasang couple bertanyakan sesuatu pada aku.
"Adik, tumpang tanya. Novel yang drama dia selalu main kat TV petang-petang tu ada tak?"
Aku blur.
Drama apa pulak ni? Novel tajuk apa?
Aku garu kepala.
"Tajuk apa ye, kak?"
"Teduhan... hmm apa ya?" Perempuan itu memandang pasangannya yang sedang berdiri di sebelahnya. Kut-kut ada jawapan di sebalik wajah pacarnya itu. Kemudian, dia memandang pada aku semula. "Ha! Teduhan Cinta."
Aku ukir senyum kelat.
"Tak ada la, kak. Baru kemarin ada orang beli."
Sebagai seorang pekerja, aku wajib tahu buku apa yang ada pada rak buku di kiosk tu. At least, tahu. Bukan baca. Dan aku masih ingat lagi, kemarin aku sendiri yang jual novel second-hand itu kepada seorang budak sekolah berlencanakan sekolah aku dahulu.
"Yeke? Takpe la kalau macam tu. Terima kasih."
Perempuan itu mengukir senyum hampa dan terus berlalu pergi bersama teman lelakinya.
Aku kembali meneruskan pembacaan.
***
SELASA
Dari tingkat bawah, aku perhati kiosk tempat aku bekerja yang berada di tingkat dua. Tiada orang yang menyinggah petang macam ni. Aku berjalan naik menggunakan eskalator. Tadi aku turun sebentar untuk membeli sedikit makanan. Boleh pulak perut ni buat perangai nak mogok lapar bagai. Padahal, sebelum keluar dari rumah tadi aku dah melantak nasi dan lauk yang Mama masak.
Hari itu, aku tak bawa duit lebih. Dalam wallet cuma ada sekeping not RM10 saja. Takpelah. Aku belanja perut dengan makanan murah-murah dulu. Untuk sementara waktu.
Aku pandang cawan styrofoam yang diisi dengan ketulan keropok lekor panas berserta sos banjir. Kemudian, aku ushar jam di tangan. Dah jam 5:30 petang.
Sikit je lagi nak habis kerja. Kita makan kopok ni dulu, nanti sampai rumah kita bedal nasi lauk lagi ye, aku pujuk perut aku sendiri.
Sampai saja di kiosk, aku bersedia mahu duduk dan menjamah keropok lekor. Namun, tindakan aku terbantut. Seorang lelaki menghampiri aku sambil menalakan skrin iPhone-nya pada aku.
YOU ARE READING
Kapal Terbang Imaginari
ContoSebuah himpunan cerita pendek yang datang dari pelbagai sudut fiksyen; cinta, komedi dan seram. Kesemua imaginasi ini ada yang datangnya dari pengalaman, cebisan kenangan dan ada juga dari mimpi serta anganan. Kenapa 'kapal terbang'? Kerana dengan...