satu

3.6K 105 16
                                    


Setelah 4 bulan mendirikan rumah tangga, hidup Zafeeyra dan Aidan sangat bahagia tanpa ada halangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah 4 bulan mendirikan rumah tangga, hidup Zafeeyra dan Aidan sangat bahagia tanpa ada halangan.

Teratur sahaja jalan cerita mereka tanpa ada cacat cela.

Bagaimana mereka boleh berkahwin? Sudah tentu dengan pilihan mereka sendiri.

"AIDAN LUTHFI!!  Ya Allahhh, bangun laa dah pukul berapa ni tak nak pergi kerja ke?" bebel Zafeeyra sambil memukul manja punggung suaminya kerana tidak bangun daripada tidur.

"Alaaa kejap 5 minit je lagi" jawab Aidan yang mamai itu.

"Tak ada, tak ada. Bangun cepat! Subuh nak habis ni" kata Zafeeyra lagi dengan menarik tangan suaminya untuk bangun.

Tidak sempat Zafeeyra hendak membangunkan Aidan, Aidan menarik tangan Zafeeyra kembali dan membuatkan Zafeeyra terjatuh diatas Aidan.

Zafeeyra cuba untuk bangun dari pembaringan tetapi Aidan mengunci pergerakannya dengan  memeluk pinggang gadis itu daripada bangun.

"Awak, saya nak bangun laa. Saya nak masak sarapan awak ni" kata Zafeeyra .

"Alaa kejap laa bagi la saya nak peluk awak duluuu" rengek Aidan kerana ganggu tidurnya.

"Ahhh tak ada, bangun cepatt!" pekik Zafeeyra sambil memukul sederhana kuat di dada bidang Aidan.

Pergerakkan Zafeeyra terhenti apabila Aidan memegang tangannya.

"Ni kenapa asyik nak marah pagi-pagi ni? hurmm?"

"Mana ada marah la, cepat la bangun sayang oi" jawab Zafeeyra .

"Habis tu marah ni kenapa? Period ehh?" .

"Hurmm"

"Hurmm je. Okey la saya akan lepaskan awak, but can u give me morning kiss and then I'll wake up" pinta Aidan sambil tersenyum-senyum.

"Eii awak busuk tak nak la saya cium" jawab Zafeeyra .

"Kalau tak nak kasi tak apa. Saya yang cium awak"

CUPPP!

"Thank you sayang" terus Aidan bangun daripada pembaringan lalu berlari memasuki bilik air kerana takut dimarahi oleh Zafeeyra .

Zafeeyra memegang bibirnya lalu tersenyum nipis  kerana tindakan Aidan yang comel itu.

"macam budak-budak"

Dengan itu Zafeeyra pun memulakan tugasnya sebagai suri rumah iaitu mengemas katil mereka sehingga kemas.



"Awak, balik nanti awak nak makan apa?" tanya Zafeeyra kepada suaminya.

"Sayang masak je apa yang sayang nak, saya makan je. Janji kenyang" balas Aidan sambil tersenyum.

"Hermmm okey"

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now