sepuluh

1.8K 58 3
                                    

HOSPITAL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HOSPITAL

Tergesa-gesa lelaki itu membawa Zafeeyra ke bahagian kecemasan apabila darah di bahagian celahan pehanya tidak berhenti mengalir.

"Doktor! Tolong saya!" jerit lelaki itu meminta tolong.

"Sini! Sini! Letak sini" kata seorang nurse yang menjaga bahagia itu

"Nurse tolong selamatkan dia. Saya merayu" kata lelaki itu.

"Jangan risau saya cuba sedaya upaya saya" kata nurse itu lagi.

Dengan itu, Zafeeyra pun dibawa pergi ke bilik rawatan untuk dirawat. Lelaki itu tidak senang duduk kerana melihat keadaan Zafeeyra seperti itu.

"Ya allah, tolong selamatkan dia ya allah" berdoa lelaki itu.

30 MINIT KEMUDIAN

Zafeeyra masih lagi dirawat oleh doktor di hospital itu. Lelaki itu tidak senang duduk kerana Zafeeyra sudah setengah jam di dalam bilik pembedahan.

Dia takut akan jadi benda yang tak sepatutnya kepada Zafeeyra .

Tiba-tiba seorang doktor datang menegurnya iaitu Doktor Eizad.

"Ermmm, Encik suami pesakit yang bernama Zafeeyra ke?"

"Ahhh ya saya" tipu lelaki itu.

"Nama Encik apa ya?"

"Nama saya Aniq, ada apa-apa jadi dekat isteri saya ke Doktor?" tanya lelaki yang bernama Aniq itu.

"Isteri Encik sekarang dalam keadaan yang stabil, nasib Encik membawa dia ke sini dengan cepat. Kalau tidak kandungan dia boleh gugur" jelas Doktor Eizad.

Terbeliak mata Aniq apabila doktor mengatakan yang Zafeeyra mengandung.

"Zafeeyra mengandung?" soal Aniq.

"Ya, ohhh Encik tak tahu ke?" tanya Doktor Eizad balik.

"Tak"

"Kandungan dia baru berusia 7 minggu. Tahniah. Nanti saya akan alihkan Puan Zafeeyra ke wad biasa. Encik boleh melawat dia" ucap doktor tersebut.

"Terima kasih"

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu"

Aniq Qayyim, sudah lama suka akan Zafeeyra Humaira. Dia tdak tahu bahawa wanita itu sudah berkahwin. Dengan itu, dia pun menyimpan perasaan terhadap gadis itu sejak dari bangku sekolah lagi.

Sekarang, hati lelaki itu sudah hancur akibat berita yang disampaikan oleh doktor yang merawat Zafeeyra itu.

Dia bangkit daripada duduk lalu mengambil langkah untuk menuju ke wad Zafeeyra . Dia melihat Zafeeyra sedang tidur di ulit mimpi di atas katil hospital itu.

Aniq mengambil tempat di sebelah katil Zafeeyra lalu menatap muka gadis yang pucat itu.

"Tak sangka yang awak dah kahwin. Saya ingat awak single lagi" kata Aniq sendirian.

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now