sembilan belas

1.6K 51 9
                                    

"Selamat pagi ibu abah" sapa Zafeeyra kepada ibu bapanya yang berada di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi ibu abah" sapa Zafeeyra kepada ibu bapanya yang berada di dapur.

"Pagi"

"Mari makan, ibu dah siap masak" kata Puan Maimun.

Dengan langkah perlahan, Zafeeyra menuju ke arah ibu bapanya untuk bersarapan bersama.

"Eyra, mana suami kamu?" tanya Encik Ishak.

"Ada dekat atas tengah pakai baju, kejap lagi turun la tu".

Dalam beberapa minit kemudian, Aidan pun keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.

"Selamat pagi abah ibu" sapa Aidan pula.

"Pagi, duduk cepat kita makan" kata Encik Ishak menyuruh Aidan duduk.

Aidan menganggukan kepalanya dan terus duduk di sebelah isterinya.

"Abah, petang ni Aidan dah kena balik KL" kata Aidan memecahkan kesunyian.

"Laaa, nak balik dah? Bawa Eyra sekali ke?" soal Puan Maimun.

"Haah Aidan bawa Eyra sekali, dah lama sangat duduk rumah ibu. Rindu nanti" kata Aidan seperti gurau.

Di sebalik gurauannya terselit satu muslihat.

Zafeeyra yang mendengar itu terkejut tetapi dikawal riak wajahnya.

"Awak balik je la KL sorang-sorang, biar saya duduk rumah ibu" kata Zafeeyra kerana dia tidak mahu mengikuti Aidan balik.

Jika dia mengikuti lelaki itu pulang, dia sudah tahu apa yang akan jadi kepadanya. Dia sudah trauma dengan suaminya sendiri.

"Tak apa la, ikut je suami kamu balik. Tapi jangan lupa datang balik sini." kata Encik Ishak pula.

"Haaa, ibu setuju. Suami kamu pun nak juga bermanja dengan kamu dan baby. Kamu ikut ya" pujuk Puan Maimun lagi.

Aidan yang berada di sebelah Zafeeyra mula tersenyum, senyum kemenangan kerana ibu dan bapa mentuanya seperti membackup dirinya.

Zafeeyra pula tidak boleh berkata apa, hanya mengangguk dan menyambung memakan makanannya.

Jika berkata tidak pun mesti Puan Maimun dan juga Encik Ishak akan memaksanya pulang mengikut Aidan.






"Kenapa awak tiba-tiba nak balik KL"

"Aira dekat KL sorang-sorang"

"Apa kena mengena Aira dengan balik KL?" soal Zafeeyra binggung.

Ya lah, apa kena mengena? Tak kan sahaja memberi alasan sebegitu. Pasti ada sebab kenapa lelaki itu ingin pulang kerumah mereka.

"Aira. Isteri. Aku."

Seperti ditusuk pisau didada Zafeeyra, air mata sudah bergelinang. Sampai hati suaminya sendiri mengkhianati cintanya.

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now