empat

1.4K 66 2
                                    

Di pagi yang indah, kelihatan susuk tubuh Zafeeyra sedang sibuk menyiang ikan di sinki dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di pagi yang indah, kelihatan susuk tubuh Zafeeyra sedang sibuk menyiang ikan di sinki dapur. Tangan halusnya cekap melakukan kerja di dapur meskipun hanya dia seorang diri.

Setelah selesai menyiang, dia membawa ke sinki untuk membasuh ikan tersebut. Setelah siap, Zafeeyra mula memasak ikan itu dengan resepinya.

Tangan gadis itu lincah menyiapkan makanan untuk suaminya yang akan pulang tidak lama lagi.

Beberapa jam sudah berperang di dapur akhirnya hidangan ikan sambal itu sudah siap dimasak oleh Zafeeyra.

Periuk nasi dituju dan digaul nasi yang sudah masak itu lalu suis dimatikan. Dia mula menghidangkan makanan yang telah siap dimasak olehnya, disusun dan dihidangkan di atas meja makan itu.

Setelah rasa berpuas hati, Zafeeyra mengatur langkah ingin kebilik untuk membersihkan diri terasa dirinya melekit akibat berpeluh.

TING TONG

Terhenti langkah wanita itu kerana mendengar lonceng yang ditekan oleh seseorang dirumahnya. Kakinya diatur melangkah ke hadapan pintu untuk melihat gerangan yang menekan loceng rumah.

Pintu dibuka tetapi tiada seorang pun yang berada di hadapan rumahnya.

Zafeeyra ingin menutup pintu tetapi dia terlihat satu kotak dipagar. Dia mula mengambil kotak tersebut, dibelek kotak itu dibalut dengan cantik. Siapa yang rajin beri dia hadiah begini? Aidan ke?

"Sayang!"

"Ehh, awal awak balik? Bukan awak habis kerja pukul 4? Ni baru pukul 3:30."

"Ohh ada meeting dekat luar tadi malas nak balik office itu yang terus balik rumah. Ni kenapa sayang ada dekat luar?"

"Tak, tadi masa saya nak naik mandi ada orang tekan loceng rumah. Saya buka pintu lepastu nampak kotak ni depan rumah. Ingat awak bagi"

Zafeeyra menunjukkan satu kotak yang berwarna merah beserta ribbon hitam pada kotak itu.

Aidan yang melihat mula hairan, dia tidak menempah apa-apa pun untuk isterinya. Siapa yang memberi?

"Saya tak ada pun tempah apa-apa untuk awak, if saya nak bagi, saya bagi depan-depan sayang baru surprise" kata Aidan lalu mengambil kotak dari tangan Zafeeyra.

"Tak apa la jom kita naik atas. Kotak tu nanti-nanti la kita tengok"








"Kau dah buat apa yang aku suruh"

"Dah"

"Ni balance kau yang lagi separuh tu. Aku dah habis bayar kan? tapi aku akan guna kau lagi untuk buat kerja aku okey?"

"Prinsip aku senang, kau hulur kerja aku jalan. Kau tak hulur bye-bye dengan rancangan kau tu"

"Yeah i know u very well man, mata duitan tapi kerja tip top. Itu yang aku suka"

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now