Bab 2

16 1 0
                                        

Di sekolah Huwaida harini,agak meriahlah juga.
Terdapat pelbagai gerai makanan yang berurus niaga di  dalam kawasan sekolahnya.
Maklumlah,hari ini,hari kantin.

"Oi,Cik Dah! Kau berangan apa lagi tu?"

Huwaida yang sibuk bebenor memandang ke kiri dan kanan,segera menoleh ke arah rakannya yang berdiri di sebelah.
Dia mencebik.

"Kau boleh tak diam sekejap,Diena?! Aku tengah pening ni,jangan naikkan darah aku!" Balas Huwaida dalam nada yang dingin.

Diena dan Faezah terkejut.
Alamak,si cik Dah sudah marah!
Hmmm,Mungkin tak ada mood?
"Rilekla,kitaorang panggil kau je.Nanti kena tinggal,pandai-pandailah kau cari kitaorang."
Kata Faezah,sambil ketawa kecil.

Mata Huwaida terbeliak.
Tinggal aku kat sini?!
No no no!!

"ye lah! Aku tak merajuk dah! Janganlah tinggalkan aku!!" Huwaida merengek,dia geram akan rakan-rakannya yang kerap mengusik.

Sah-sah mereka sudah tinggi macam galah,aku pulak tinggi pun tak!
Asyik diejek, 'budak darjah 6'!

"Dah dah jangan gaduh,jom kita pergi beli makanan kat sana tu.Aku lapar ni." Anisa mengajak.

Huwaida tersenyum dan berjalan mengiringi rakan-rakannya.

—————————————————————

"Balik nanti aku dengan Anisa nak pergi rumah Faezah,kau nak ikut sekali tak cik Dah?" Soal Diena kepada Huwaida yang sibuk mengemas buku-bukunya ke dalam beg.

Senyumannya kian hilang.

"Hmm,sorry..Aku tak boleh,ayah tak bagi.Lagipun aku ada banyak kerja nak kena settle kat rumah.Lain kali boleh? " Huwaida memberi alasan.

Diena mengeluh,hampa.

"Its okey,kitaorang faham.Lain kali lah kita lepak dengan kau sekali." Ujar Anisa sambil mengukirkan senyuman manis.

Huwaida tersenyum kelat.

Bukannya dia tak nak ikut,tapi memang dia tak dibenarkan untuk keluar ke mana-mana.

___________
12:30 AM
____________

Pintu depan rumahnya dibuka perlahan.
Huwaida berjalan memasuki rumah dengan berhati-hati.

Hatinya beribut kencang.
Sungguh gelap yang teramat.

Dia laju membuka suis lampu di ruang tamu.
Takut gelap punya pasal.

Mata menjenguk bilik ibunya.
Kosong....
Mana pula pergi si ibu?

Huwaida mula berasa tidak sedap hati.
Dia juga mengeletar,rasa amat takut.

Matanya kian berair,hampir mengalirkan air mata.

Dan akhirnya...
Setelah meninjau satu-persatu bilik di rumahnya..
Huwaida kini menjumpai sehelai kertas yang nipis,di atas meja biliknya.

' Dari Ibu,
Maafkan ibu Huwaida..
Ibu tak boleh tahan lagi duduk satu rumah dengan ayah kamu.
Ibu sudah lari dari rumah,duduk dengan ayah kamu tu baik-baik ya...Huwaida kan anak yang solehah?...'

Setelah habis surat kecil itu dibaca...
Matanya mengalirkan air mata dengan derasnya.
Dia menangis teresak-esak.
Tangisan yang sayu itu...
Adalah tanda,dia sudah tidak tahan untuk menyorokkan perasaannya lagi..

"Jadi,kamu dah tahu?"

Satu suara muncul di belakangnya.
Pantas dia menoleh.

"Ayah...Ibu...ibu dah lari dari rumah..."
Huwaida memberitahu ayahnya sambil menghulurkan kertas kecil tersebut.
Matanya masih mengalirkan air mata.

Encik Rizal mengeleng.
"Ayah dah tahu."

"Sebab itulah,mulai hari ini...Kamu akan tinggal dengan ayah...dan ibu yang baru."

............

"Huwaida"💎Where stories live. Discover now