01

9 1 0
                                    

"Kau nak aku sasarkan dekat mamat baju merah tu ke?"

Pertanyaan si lelaki Itu berlalu sepi. Seketika kemudian, langit dipagi hari kelihatan gelap. Bunyi guruh kedengaran.

Nafas berat dilepaskan oleh lelaki disebelahnya.

"10.30 Sharp!" Arah lelaki Itu sambil menjungkitkan bibir kanannya .

Dia membetulkan senapangnya dengan mengarahkan ke sasarannya.

Christina P.O.V

Aku memandang seorang lelaki. Dia sedang berdiri sambil memandang telefon pintar ditangan kanannya. Ya. Dia lelaki yang aku suka sejak dia mula menjalankan operasinya disekolah Itu.

Haraplah, dia dapat result spm yang bagus. Aku nak cakap tahniah dekat dia nanti.

Semasa aku hendak pusingkan badan Dan melonjak suka. Tiba-tiba, aku terpandang dua susuk tubuh berpakaian serba hitam sedang mengendap Di tingkat paling atas bangunan Itu. Seorang sedang memegang senjata Dan seorang lagi sedang melihat sasarannya dengan pandangan yang tajam.

Aku turut memandang sasaran mereka. Dada ku berdegup kencang saat melihat orang yang bakal mereka tembak.

"No... No!". Aku segera berlari kearah lelaki Itu. Jarak daripada pejabat Dan luar dewan Itu tidak menghalangku untuk selamatkan Adrian dengan keadaan sebilangan pelajar yang merayau diluar dewan.

Aku mempercepatkan larian ku. Aku menutup kepala ku dengan hoodie putih ku.

Sesaat lagi.

BAMMMM!!

Aku terus memeluk lelaki Itu. Aku dapat melihat wajah lelaki Itu, terkejut. Dalam masa yang sama, aku dapat rasa kan... Sesuatu objek kecil menekan belakang ku Dan masuk kedalam tubuhku.

Aku hanya tersenyum. Perlahan-lahan aku rebah, tetapi aku terasa sepasang tangan sedang memelukku, Dan Perlahan-lahan dia membaringkan ku diatas jubin Itu.

Keadaan yang sunyi tadi, kini menjadi bising. Ramai pelajar yang berlari Dan menyembunyikan diri. Guru-guru juga tidak terkecuali. Cuma sekarang, aku hanya melihat wajah dia. Dia nampak sangat takut.

Aku memandang bajuku. Terdapat kesan merah Dan cecair likat berwarna merah sedang mengalir laju daripada dada ku.

Oh... Teruk rupanya... Aku menggumam perlahan. Kemudian, aku melihat wajahnya. Perlahan-lahan tanganku menyentuh pipinya.

"Hey, I want you to know that, I love you."

Aku menghadiahkan senyuman buat dia. Mata ku terasa berat. Nafas ku pula terasa berat hendak ditarik.

Aku nampak dia sedang menangis sambil dia menampar perlahan pipiku dengan berharap supaya aku sedar tapi...

Mata ku terus pejam. Tangan ku yang menyentuh pipinya juga jatuh ke sisiku.

Jade P.O.V

Aku berlari ke arah seorang gadis yang sedang terbaring kaku. Lelaki disitu aku pandang dengan tajam Dan menggunakan isyarat mata supaya dia pergi dari situ.

Aku terus melutut, Dan memangku kepala gadis kecil Itu.

Christina...

Mataku mula bergenang. Aku terus bertindak memeriksa nadi Di pergelangan tangan gadis Itu.

No beating!!!

Aku memeluk gadis Itu, Tak ku hiraukan darah yang melekat Di pakaian ku.

Aku terus menangis dengan sekuat hati.

"Chris! You're the one and only my best friend. But how could you did this to me?!"

Aku mengesat air Mataku, wajahnya yang pucat Itu menambahkan lagi sebak dihatiku.

"We have made a promise to die together right? Why you leave me alone, Chris!!!"

Aku terus Bangun Dan memapah Christina. Tak ku peduli dengan keadaan sekeliling yang sedang haru biru Itu. Aku terus memapah Chris sehingga ke luar sekolah Dan membawa dia masuk kedalam sebuah Van mewah berwarna hitam.

Gadis berdarah inggeris Itu masih lagi tidak mengalihkan pandangannya daripada gadis berwajah cina Itu.

Sungguh dia berasa kehilangan.

JADE 01Where stories live. Discover now