Part 1

38 1 0
                                    

     3 hari lalu....

    "Ong kedek kedek! Ong kedek kedek!" bergema kuat bunyi jam loceng.Aku bangun malas.Langit masih gelap.Yela,baru pukul 5 pagi. Tok bilal pun tengah mandi.Belum subuh lagi.

     Aku tutup jam loceng tu. Annoying giler dengan bunyi ringtone. Tah sape tah yang bagi bende alah ni.

     Aku jeling tingkap sebelahku. Sebuah panorama yang tetap cantik walaupun aku dah tengok beribu kali.

    Kaki melangkah ke arah bilik mandi. Sakit perut pulak. Sehelai tuala putih dililitkan pada pinggangku. Aku mula masuk ke dalam bilik air.

    Tapi kaki kanan tetibe keras lepas nampak sesuatu....

     "Lipas!!!!!" aku menjerit kuat. Terus aku keluar dari bilik mandi itu. Badan terus panjat katil. Kenapa ko kene muncul waktu aku nak beristinjak ni wahai lipas??!!!

      Tiba - tiba berdentum pintu bilik aku dibuka.Kuat la jugak. Muncul seorang lelaki berikat man bun di situ. Mukenye agak bengis.

     "Ko pahal menjerit macam kawan baik pontianak tengah beropera pagi - pagi bute gini hahh!!!!" suara garaunye meninggi. Membuatkan bahuku terenjut sesaat.

      Dia pandang aku pelik.Sape je tak pelik kalau dah tengok member berdiri atas katil dengan bertuala je.
"Yang ko dok terpacak kat situ buat ape?" soalannye aku balas dengan sengihan kambing gurun.

      "Wahai member yang ku sayangi, please buang makhluk Tuhan tu dari bilik aku!!!!!"aku memuncungkan mulut kearah bilik mandi. Kepalanye menoleh ke arah yang aku maksudkan.Dia melangkah ke dalam bilik mandi itu.Lima saat kemudian,die keluar dari situ.

      "Setel." Keningnya terangkat sikit.
Muka aku berkerut sikit.

       "Kau memang tak nak tau prosesnye ..."gumamnye.

      "Lain kali bilik air sila jaga kebersihan ye..." tambahnye. Masuk auditory canal aku. Sinis. Dia terus bla dari situ.

                           ••••••••

Angin malam dingin menampar lembut pipiku. Aku menutup kedua - dua belah mataku tanda tengah fefeeling.

     Kaki pula aku luruskan. Mata tertacap pada langit gelap itu. Plain. Tanda nak hujan .

     "Nak duduk sini bole?" entah dari mana dia muncul, selamba je dok sebelah aku. Esh, kacau daun betul la. Nak marah. Fikirkan rooftop ni bukan nenek aku punye jadi diamkan aje la. 

      "Tak keje ke?" soalku. Dia menggeleng perlahan. Aku pulak angguk tanda faham. Suasana kembali sepi.

      Jangal...

       "Dah lama tak jenguk tempat? " soalnya tiba - tiba . Buat bahan berborak.

       "Tak sihat. Selesema je. Ni pun dah kurang sikit." Cakap pasal sihat tak sihat, automatik terbersin. Nasib tak kene muka budak ni.

     "Eeee Covid19!!" dia mengesot menjauhi ku. Aku gelak perlahan. Mulut meneguk separuh sebotol jus ceri. Asyedapnye.

   Kami masih menyelam dalam dunia masing - masing. Dia pulak sengaja memasang radio. Buat bisingkan suasana. Aku layan kan aja lagu budak zaman sekarang. BBNU diorang cakap. Hmm pape je la.

    Tenang nye...

    Kshing! Bunyi besi bergesek dengan simen. Aku sedikit terpaku pabila melihat ada makhluk lain tetibe meletakkan sebilah pedang Katana pada leher manusia sebelah ku.

     "Emm Nurin,Tealive jom.." matanye sedikit terkejut. Ape? Tak pernah tengok orang handsome cam aku ni ajak minum Tealive?

    Tanpa banyak songeh, Nurin mengekor dari belakang. Kami akhirnya sampai ke sana.Barisan agak lengang. Selepas mendapat minuman kami, kami duduk di sebuah meja.

     "Kaya pulak ko ek?" selorohanye aku buat tak tau. Aku menghirup air aku.

     Okay, aku cite sikit la.Topik atas je. Cite lebih kang korang bosan.

    Ye, aku sebenarnye ada kuasa. Kuasa ape? Yang tadi tu la. Aku bole tengok masa depan. Yang aku nampak tadi tu akan berlaku dalam masa 10 minit tadi. Kemungkinan lelaki samurai tu tengah cari kami. Lebih spesifiknye, Nurin. Kenapa? Jangan tanye member. Member pun tak tau.

     Sebab tu aku seret minah ni ke sini. Elak dari laki tadi. Lagi sanggup tengok dia sedap teguk air mahal tu dari kepala dan badan terpisah. Dah la depan mata aku.

    Nanti aku sambung ek...
     

    

CahayaWhere stories live. Discover now