"Kenapa kau jadi macam ni? " suaraku serak. Tahan air mata.Dum! Muncul sepasang kaki dari atas. Pandang atas lagi, lengkap sesusuk badan seseorang yang tergantung.
Mukenye pucat. Tak beriak dan hanya diam.
Mataku terus terbuka luas. Badan terus tukar posisi. Mimpi? Aku bersyukur sebab semua tu bukan realiti.
"Pahal ko? " aku menoleh belakang ku. Felix. Rambutnya basah. Baru mandi. Dia tenung aku macam ada tujuh tangan.Aku diam. Kshing! Rasa sejuk di belakang tengkuk. Aku diam. Sinaran pedang Katana menusuk mata aku. Pergh! Tajam nak mati.
Entah kenapa nafas aku tersekat - sekat. Muka jadi sejuk. Aku tak bole bernafas!!!!! Shitttt!!! Tak dapat telan oksigen.
Kejadian ini akan berlaku sepuluh minit akan datang ke? Aku tak bole duduk sini. Aku keluar dari perkarangan rumah dengan nafas yang ciput. Butang ditekan G. Terus lif turun ke bawah tanpa sekatan.
Aku terus berlari ke bahagian kolam renang.Tanpa teragak - agak, badan dilambung. Masuk kedalam kolam enam kaki. Bum!! Badan rasa ringan. Tenang.
Dum!!!! Kuat bunyi air. Mata aku terbuka. Terkejut sampai tersedak air kolam. Badan rase berat nak bangun. Cuba lagi. Tak bergerak.
Weeeee, ape niiii. Aku taknak mati lagi. Banyak lagi bende aku tak buat dalam hidup ni. Aku tak kawen lagi, jangan laaaaa. Aku mula panik. Tangan mengapai - ngapai permukaan.
Kolam yang setinggi aku tu rase seperti berada di dalam Lautan Pasifik. Dalam gila. Pandangan ku makin malap.
Gelap.
••••••••••••••••
Aku kat mane ni? Asal semua bende putih? Muncul seorang lelaki berhoodie putih. Tak nampak wajahnye. Malaikat ke ni??
Dia buka hoodnya. Aku kenal dia. Dia tersenyum tenang di depan ku. Mukanye putih berseri. Macam ahli syurga tingkat 7. Aku balas senyumannye.
Ini kah syurga.... Indahnye....
Pak!!!
"Adoi!! "nasib aku tak melatah dua tiga baris. Aku gosok kepalaku. Pandang dia. Mukanye berubah garang.
"Kau kalau tak menyusahkan aku setiap masa tak bole ke??? " nyaring suaranye. Aku diam.
"Sakit, siot!!" aku masih mengusap kepala ku. Nasib tak kegegaran otak.
"Tau pulak ko sakit?? Bunuh diri tak sakit ke?? " bebelnye lagi. Dia bercekak pinggang.
Belum sempat dia nak teruskan syarahannye, muncul seorang doktor perempuan cantik.
Kami diam. Wauuu cantiknye.
"Selamat petang, Encik Fateh. Saya Doktor Gina. Bole saya cek nadi dan jantung encik? " soalnye lembut. Aku mengangguk.
Dia mendekatkan diri. Segala pak cik mak cik bende - bende semua dilekatkan pada badan ku.Dia mencatat sesuatu dalam fail.
Aku pandang dia. Dah lah cantik,baik. Doktor pulak tu. Pakej dowhh. Adakah ini jodoh ku??? Sempat pikir pelik - pelik.
"Bole saya tanya? Encik ni sape?" matanya terarah pada mamat berhoodie putih depanku.
"Saya Malik. Malik Rael. Sepupu Fateh". Dia perkenalkan diri dengan acah - acah gentleman. Doktor cantik tu bersalam dengannya. Sonok la tu dapat pegang tangan dia! Cis mozarella ko, Lik!!!
"Ouh, keadaan Encik Fateh teruk. Encik Fateh kene asthma attack. Tadi pun Encik Fateh berada dalam ICU. Encik Malik suruh kami pindahkan encik ke 1st class ward " Aku terkujat. Wauu, sampai gitew sekali ye asma attack.
Dari aku zaman remaja dulu, aku disahkan Mild Asthma. Sebab? Sat lagi aku cite.
Selepas Doktor Gina pergi, terus die bagi aku jelingan maut. Aku diam. Pandang tingkap.
" Yang kau pergi terjun dalam kolam buat ape? Nak tambah lagi tragik kematian ko nanti? Kau nak ke abah kau hadap semua orang yang anak die bijak pandai ni bunuh diri? "
"Sape abah aku? " soal ku balik. Riaknya kelihatan bersalah. Aku pulak yang naik angin. Suasana diam.
Baru aku nak bersyarah lagi tetibe dengar bunyi ketukan pintu dari luar. Sape pulak yang menyemak mase orang nak bergaduh ni.
Felix. Dan Nurin.
"Kalau nak bunuh diri kenapa terjun kolam? Tak thrill la. Asal tak terjun KLCC je? Baru mantul" berlubang hati aku dengar Nurin menyinis. Kalau tak sebab aku takde tenaga nak bangun, dah lama dah tamat riwayat budak ni.
Aku buat derk. Pandang Felix. Dia sedang memandang bilik wad. Maklumlah first class. Gedabak la bilik.
Terasa seperti dirinya diperhati aku terus matanya memandang ku. Riak wajahnye seperti ingin mencekikku sebab dah buat dia risau. Faham dengan pandangannya aku hanya tersengih kambing."Nah, ibu ada buat nasi ayam" Nurin meletakkan sebuah bekas sederhana kecil atas meja. Malik bukak kan. Disuanya sesudu nasi ayam padaku. Aku tenung die. Tanda taknak disuap. Saraf - saraf tangan aku masih berfungsi. Tapi dipalaunye tenungan aku. Terus dia sumbat nasi ayam tu dalam mulut aku.
Aku kunyah dengan tak rela. Nak sangat suapkan aku. Kau suap la. Sengaja gigit sudu kasi tak lepas tanda protes.
"Korang berdua gay partner ke?"aku nak tercekik nasi dengan soalan budak tu. Matanya jelas blur.
"Eh tak la, abang ni sepupu dia. Panggil Abang Mal je. Panggil sayang terus pun takpe." Sempat lagi tu nak mengayat budak sekolah. Tak kene dengan umur yang sepatutnya dah ade anak sorang.
Nurin gelak sambil tutup mulut. Acah wanita Melayu paling sopan dalam sejarah dunia.
Aku masih dengan duniaku. Memikirkan adakah mamat samurai tu betul - betul dalam rumah. Bukan dia nak Nurin je ke? Asal masuk rumah aku pulak? Serabut otak dengan semua tu.
To be continued....
Aku minta maaf sebab cerita ni aku memang tak fikir apa - apa just maen bantai je takde langsung rangka pape. Jadi cerita ni memang tak best 😂😂😂