Part 4

26 2 0
                                    

     Finally ,aku dapat bla dari hospital. Satu hari pun naik mereput aku atas katil. Bosan.

"Bye, Fateh" Nurin melambai - lambai aku. Aku juga balas perkara yang sama.

Kami berpecah. Aku dan Felix naik ke rumah kami. Bayangan gadis itupun ghaib.

"Umur dia berapa? " soal Felix selepas kami masuk kedalam lif. Aku tenung dia.

"Sape? Nurin? " aku bagi soalan pandai. Muka Felix macam nak bagi aku kaki dia. Tapi dia mengangguk. Malas nak layan loyar burukku.

Aku diam sebentar. "Ntah, aku pun tak tau. Nampak cam budak sekolah menengah. 15-16 camtu " jawabku. Felix mengangguk.

"Interested ke ?" soalanku berbaur gurauan. Tak penah - pernah budak ni tanya pasal perempuan. Tetibe je. Kawan aku ni seorang fidofilia ke?? Kalau ye, meh aku  nak hantar ke Tanjung Rambutan. 

Dia menggeleng. "Saje tanye. Dia nampak kalut gile bila kau masuk hospital."

"Wau, aku rasa dihargai." Jujur. Aku pandang Felix. Dia pandang lif. Mengelamun jauh.

"Lek, aku tak kan rembat dia pun. Kau ambik la" aku menyiku perlahan bahunya. Muka dia tak beremosi. Tanda malas nak layan aku. Aku gelak.

••••••••••••••••••••• 

Aku disisih oleh masyarakat. Hanya disebabkan aku berbeza dari mereka. Dan aku bencikan mereka.Mereka menyisihkan aku bagaikan aku ini halimuan,tetapi mereka gunakan aku. Untuk kesenangan mereka sendiri. Dasar makhluk durjana. 

"Sekarang aktifkan kuasa" arah mereka. Aku mengikut arahan mereka. Kenapa? Kalau aku tak ikut, aku akan mati. Dan aku belum rasa nak mati lagi. 

"Arghh!!! " masih lagi kedengaran jeritan - jeritan mereka. Aku pun terjebak sekali.

Cuma nasibku baik. Mereka ingat aku dah mati. Jadi mereka buang jasad aku ditepi jalan. Dasar manusia spesies binatang. Mereka seksa dan buang kami bila kami dah mati dan gantikan dengan baru. Macam mainan.  

                                                                     "Bila mereka nak  berhenti ?" 

"Entahlah..."


••••••••••••••••••••

"Terima kasih! " bungkusan beralih tangan. Perempuan itu senyum manis. Lembab betul minah ni turun. Merangkak kebawah ke? Setahu aku zaman sekarang dah ada lif. Nasib comel, sejuk hati aku.

"Ermm, nah! " tiba - tiba ada sehelai tisu di depan ku. Mende ni? Tisu yang terlipat dibuka. Number phone. Eh? Mane dia. Dah hilang.

'XXX-XXXXXXX' call me ♡

-Jess

Tanpa teragak - agak, tisu itu dibuang ke dalam tong sampah. Ku rembat hand sanitizer dalam beg lalu diletakan pada tapak tangan. Sapu.

Sorry, saya tak berminat nak pasang dengan kaum 2 hala. Macam aku tak nampak ada girlfriend dia kat tepi tangga. Pakaian pun macam pakai sapu tangan kat dada.Lagi lah nampak hickey kat bahu, leher ,dada bagai. Memang la kan? Dasar ahli bendera pelangi. Takut aku.

Selepas menghantar makanan yang terakhir, aku pulang ke rumah. Nak gi mane lagi? Musim virus gini. Baik dok rumah dari dok luar pastu mati. Sia - sia je hidup.

Semasa dalam perjalanan , aku terpaksa lalu satu lorong ni. Dah tu je jalan nak ke rumah. Sekonyong - konyong, bulu romaku menegak.

Entah dari mana, asap keluar dari setiap corok. Kabur terus pandanganku. Jangan la buat hal tengah - tengah pkp ni oii.

Disebabkan mataku tak dapat berfungsi jadi aku memberhentikan motor. Dasar otak tak berguna, macam mana la aku bodo sangat berhenti kat situ.  Terasa otakku bergeliga . Berpusing dunia. Sakit. 

Bulu tengkuk ku meremang entah kenapa. Terasa seperti ada yang memerhatiku. Dari belakang. Aku toleh belangku . Tak ada apa - apa pun. Aku menghembus nafas lega. Pandang balik depan.  Suasana  masih lagi blur - blur.  Aku pasang lampu. Masih lagi kabur.  Haishhhh... 

Jap, apahal baju aku basah dowh???? Aku sentuh bahu kananku. Hmm betul. Basah.

  Tik. Tik. Tik... 

Bunyi titikan air itu datang dari atas. Atas ?? Macam mana bole ada air kat atas? Terus kepala boddoku hadap siling. Kenapa ni ko bijak sangat pandang atas, Fateh oiii... Kan readers dah  bole agak cite ni cliché... 



JENG JENG JENG!!!! To be countinue...  (betul ke eje ni??) 

CahayaWhere stories live. Discover now