" How you like that! Teretettetettet! You gon like that! That! That! That! That! That! That! That! That! " nyanyi Felix. Beria - beria dia karok. Siap berjoget - joget lagi tak tahan tu. Aku duduk di sofa sambil pandang gelagat kawanku serupa lembu tengah berzumba.
" Sudah - sudah lah tu..." kataku perlahan. Tapi dia buat derk je. Aku kembali diam. Tadi dah cakap, so malas nak ulang lagi. Aku tak kesah pun dia nak karok sampai Blackpink datang merayu dia jadi group member. Nak bising, bising la. Tapi aku takut jiran sebelah ketuk pintu pakai kuali je.
"Ko serius tak nak nyanyi, Fad?" aku terus geleng kepala. Tak kuasa nak lawan dengan pontianak suara sapa lagi kuat. Felix duduk sebelah aku. Eh? Dah habis ke? Cepatnye. Dia sebok dengan phone dia. Aku tukar saluran. Cari cerita yang menarik.
'Menteri Kewangan disahkan maut disebabkan kemalangan jalan raya pada 13 Ogos'
Aku baca ayat itu dalam hati. Kes haritu la tuh. Tapi...
"Kenapa baru sekarang diorang nak bagitau? Bende ni kan dah berlaku tiga minggu yang lalu?" Felix baring di sebelahku. Semak la. Aku jauhkan diri. Panas.
Hmm, suka hati diorang la nak bagi tau bila - bila. Tapi betul jugak kan? Dan takkan lah menteri tak de bodyguard kot... Sesenang cam tu je bole mati? Aku bermonolog sendirian. Kalau dah ajal... Tercekik karipap pon bole meninggal. Takziah je la.
" Kau nak pergi mane?" tanya budak berikat rambut itu. Family Mart jawabku. Dah lama tak makan Oden. Tengok tempat menteri tu mati dekat dengan Family Mart tu yang tetibe mengidam sksksksk. Orang simpati dengan kematian dia kau boleh pulak lapar.
"Dah alang - alang tu kan, beli je la barang dapur sekali" Felix terus bangun dari sofa. Lelaki itu menyuruh aku tunggunya. Ek eleh tadi tak nak cakap. Nasib baik aku pakai t-shirt dan seluar jeans puteh. Senang, tak payah siap - siap cam anak VIP. Setelah beberapa minit, Felix kembali. Dia pakai hodie hitam dan seluar Bermuda setona dengannya.
"Ikat rambut ko tu. Dah macam pontianak aku tengok." Dia mengikat rambutnya sambil kami berjalan ke lif. Takde la panjang mane, sampai leher je. Tapi serabai la. Maklum lah Covid-19 gini mane la kedai bukak.
"Biarla, macam Ben Amir tak?" katanya sambil mengangkat kening. Haah, macam Ben Amir versi kentang kataku dalam hati. Kami hanya berjalan kaki memandangkan tempat yang hendak dituju tak sampai satu kilometer.
Sedapnya orang belanja... bebola ikan yang tingal sikit aku ngap sekali gus. Felix sedang leka dengan telefonnya. Text awek barangkali. " Weh, Carla buat parti kat Jupiter, jom pergi!" ajaknya. Kepalaku laju menggeleng. "Not interested" tak berminat nak clubbing di saat Encik Corona melawat dunia. Memang tak lah nak ada penjarakkan fizikal dalam tu. Aku rase mask muka pun tak dipakai. Pernah ke kau tengok orang menari tiang pakai mask??
"Ceh, kesian Carla. Dari hari tu lagi kot dia dok tanya pasal kau. " keningku terangkat sebelah. "Apahal dia tanya pasal aku pula?" soalanku bikin muka buruknya (sebab dia member aku jadi pada aku buruklah) tersengih macam ikan masin. "Fuyoo ada crush member aku ni..." ujarnya. Aku ke tong sampah berdekatan untuk buang lidi - lidi bebola (dan dosaku) membiarkan Felix terus menganjing dibelakang.
"Kenapa kau balik lambat semalam?" aku menoleh ke arahnya. Kedua - dua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie. Kami berhenti seketika di sebuah taman rekreasi. Tempat tu terang bederang dan tak sunyi. Sebab ramai kot orang exercise kat situ.
"Ouh, aku ada banyak delivery hari tu." Jawabku pendek. Kami diam. Aku tenung tasik yang bercahayakan lampu - lampu neon. Walaupun taman ni ada ramai umat manusia. Namun tetap berasa tenang. Aku dan Felix mengelamun dalam dunia masing - masing.
"Fateh, kalau aku ada rahsiakan sesuatu daripada kau. Dan rahsia tu sebenarnya ada kaitan dengan kau. Kau marah tak?" kepala menoleh. Felix cakap tanpa memandangku. Matanya masih menenung tasik. Apa maksud dia?
"Bergantung." balasku sambil mata menatapnya. Niat nak sambung lagi ayat tapi ada suara yang datang kacau daun.
"ABANG AMAARRR!!!!" kenapalah dia mesti ada time - time kami nak masuk ke perkara yang serius? Astaga patut ke aku terjun tasik ni?? Dari suara kuat dia aku rasa masih jauh beberapa meter lagi rasanya.
"Eh Felix? Kau ada kat sini? Mana Abang Amar?" soalnya. Kepala tercari - cari mencari susuk tubuh milikku. "Macam mana dak Fateh tu ada kat sini? Aku seorang je la. " Jawab Felix dengan nada mendatar. "Lah yeke? Hmm tak apa lah, kirim salam kat Abang Amar ek. Aku cau dulu" senang je dia blah selepas tau yang kewujudan aku tiada di situ. Mataku sempat menjeling kepala Felix angguk sekali. Aku muncul selepas mengagak jarak yang mungkin budak tu tak nampak aku.
"Boyfriend kau cari kau tadi" katanya dengan nada mengusik. Aku jeling tajam. Ada gak yang lemas dalam tasik ni. "Kau tak kesian ke kat dia? Tercari - cari . Tak baik lah kau ni" tambah lagi Felix. Hish sengaja lah tu nak bagi rasa bersalah aku ni bertambah. "Mane lah aku tau dia tu tak normal..." bibir lepaskan keluhan. Mata memandang kasut. "Kau kene bagitau dia juga, Fateh. Jelaskan kat dia yang kau layan dia tak lebih dari kawan." Terasa bahuku disentuhnya. Angguk kepala.
"Yang kau pegang bahu aku lama - lama pahal? " Bahu kanan diangkat sikit. Seronok member tu gelak. "Takut ek?" masih bersisa tawanya. Sekali lagi dia menerima jelinganku. Buat tak kesah. Kami pulang ke rumah selepas barang dapur dibeli dengan cukup.
21/11/2020