Pada mulanya aku sangka
aku mampu memetik sedikit daripada itu
menanam dan biarkannya subur bercambah benci kepadaku.
tapi jujurnya semua itu sudah kosong.Kertas itu tidak lagi tertulis dengan nama manusia
yang berlagak sama seperti dulu,
Lagu yang kudengari tidak lagi berdusta
dengan makna suara asalnya itu.Ruang itu yang dahulunya
dipenuhi masa dan harapan
kini kosong
Tanpa sesalnya perasaan ada.Apa kau sangka aku akan berhenti berlari?
Jika tiada lagi gerangan bayangmu untuk dikejar?Apa kau sangka aku akan berhenti menulis?
Walau subjek aku bertajuk kosong tiada habis?Kosong itu pilihan.
Kerana itu sahaja yang kau tinggalkan.
******
Terima kasih sudi membaca Infiru.
Apa khabar semua tuu?
Buat apa time pkp ni?