Sekata dan rawak
Kadang-kala ribut
Berasak semua suara dan bingit yang cuba menghidupkan ruang
Dan tiap padanya wujud cerita yang tidak sempat dikupaskan.Perasaan-nya bercampur salah dan goyah
Serba tidak pasti
Mati mati menginginkan perhatian tetapi menolaknya kembali.Mata, bibir, pakaian dan gerak
Apa lagi yang perlu disalah?
Kekok melihat cermin diri pada mata mata yang berilusi.Hakikatnya tidak ada yang peduli,
tiada yang memerhati,
Masing masing hanya tenggelam di dalam bayangan cerminan sendiri.-mushairquotes
*********
Kita selalu fikir yang akan ada orang perhatikan kita, luaran kita, rupa kita, pakaian kita semasa berada di mana mana.
Yang padahalnya, masing² juga sibuk merisaukan rupa sendiri, paras sendiri, cerminan sendiri di depan orang lain.
So you do you. Just be yourself.
People don't care.