Ada ketikanya,
garis masa seolah berhenti dan
membentuk sebuah bulatan paradoks
mengulangi sesal dan dosa keputusan destinasi itu sendiri.Dan ketika itu,
kita goyahkan pula perasaan hamba
dan menikmati apa yang disangka bebas di dalam ruang itu.
Ah, cukup sempurna dunia ini bila terbayang kita semua adalah Tuhan.Ketika itu juga,
pelbagai garis dan bentuk baru dicipta disekelilingnya
bijak dalam buta kita memilih
ciptaan paradoks sendiri celik bersama nafsu.Dan sampai ketika,
Maut mula menjemput dan nafas tersekat semput.
Mulut ketagih akhirnya menelan ekor simpati,
dan paradoks 'tuhan' mu,tiada lagi.
**********
Ramai manusia di dunia ini berlagak seperti tuhan. Berjaga jagalah bila dipuji, sedikit terbit rasa bongkak tu cepat cepatlah berpatah semula.