"Balqis! Kamu tertinggal bekal ni!" jerit Tuan Rafi dalam kereta.
Aqis memeriksa tersipu malu dan kembali berlari ke kereta ayahnya, lantas membuka pintu.
"Maafkan Aqis ayah, Aqis gusar tadi sampai lupa. Nanti pulang nanti, Aqis tunggu ayah kat sini ya?" Aqis menyambar bekalan makanan lalu menutup pintu kereta ayahnya dengan perlahan. Sebelum kembali melangkah masuk ke pagar sekolah, Aqis melambai tangan ke arah kenderaan Tuan Rafi, di balas dengan hon dua kali memandangkan cermin kereta yang agak gelap.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan aku..." Bisik Aqis setelah melangkah ke kawasan sekolah.
"Oh ya! Kelas 5 Sains. Kena tanya orang ni kalau tak sesat" Aqis berkata perlahan seolah berbisik pada diri sendiri.
Mata Aqis melilau-lilau mencari tanda-tanda kelas untuk pelajar tingkatan 5 namun pandangannya kabur.
"Aduh! Tertinggal spek kat rumah!" Aqis mengeluh. Dia separa sedar bahawa dia rabun, sentiasa terlupa barang yang penting buat penglihatannya.
Aqis terlihat seorang Pak Guard yang sedang menuju ke arah pos pengawal dan dia bertanya tentang kelas 5 Sains. Setelah diberi panduan arah, Aqis meninggalkan Pak Guard itu dengan ucapan terima kasih.
******
(Sementara itu..)"Pssst! Dengar cerita hari ni ada budak baru masuk?"
"Siapa weh? Dari sekolah mana?"
"Yang penting awek brooo! Bukan terung.. ini kali cinggeyy!!!"
(Terdengar hilai tawa dan umpatan rancak dari satu block bangunan)
******
*ring ring*
*ring ring ring*"Hello? Abang?" Seru Puan Yuni
"Ha ye sayang. Kenapa?" Balas Tuan Rafi
"Macam mana Balqis tadi? Dia okay tak pergi sekolah?" Risau hati seorang ibu.
"Okay sahaja. Alah, jangan dirisaukan anak manja kamu tu. Dia dah besarlah. Bukan tak pernah jumpa orang kan?" Tenang suara ayah.
"Tak adalah bang, anak kita tu bukan macam anak orang lain. Takut tak boleh nak adapt dengan tempat baru je.."
"Baby, you don't have to worry. She'll be fine. Okay?"
"Alright dear. Abang pula macam mana? Tempat baru?"
"Oh dear, abang bukan baru masuk sekolah ni! Aqis je masuk sekolah tadi!!"
Mereka berdua ketawa kecil, bergurau untuk mengurangkan rasa risau si ibu.
*******
"Okay kelas. Hari ini cikgu nak perkenalkan pelajar baru kelas ini, Balqis Insyirah.."
Aqis melangkah masuk perlahan dalam kelas sambil memegang bekalan makanan yang dibawanya. Tiba-tiba dia merasakan panik dan gusar datang menyerang. Melihat 32 pasang mata memandangnya, cukup membuatkan dirinya rasa ingin rebah. Namun dia cuba untuk mengawal perasaannya. Cuba menjadi Balqis Insyirah yang baru! Tidak lagi membawa watak yang lama, kerana tempat baru dan orang baru, menjadi pengalaman baru buat dirinya.
"First impression..." Ya, itu yang terdetik dalam hati Balqis supaya dapat membina first impression yang baik terhadap orang sekeliling.
Balqis mengangkatkan muka, dan memandang satu persatu wajah di dalam kelasnya..
"Assalamualaikum, nama saya Nik Balqis Insyirah Binti Nik Rafi."
Suaranya yang lembut serda merdu membuat hampir keseluruh pelajar lelaki kelas 5 Sains tergamam. Mereka Alpa bahawa selama hari ini, tiada seorang pun dapat membisukan mereka namun hari ini, kemunculan gadis kecil itu mengubah sejarah pelajar lelaki 5 Sains.
"Baiklah Balqis. Kamu boleh duduk di sana ya? Okay kelas! Sila berkawan dengan Balqis ya!" Ciktu Sarimah menunjukkan arah tempat duduk sambil memberi peringatan kepada pelajar kelasnya yang lain..
Part 2 : Perbualan -- >
YOU ARE READING
[🔞] Balqis Insyirah
Romance[ONGOING SERIES] Mengisahkan tentang gadis bernama Aqis, bekas pelajar sekolah dari Pantai Timur yang terpaksa berpindah sekolah ke Kuala Lumpur oleh kerana ayahnya mendapat kenaikan pangkat. Aqis merupakan seorang anak gadis yang sopan santun dan...