'the club isn't the best place to find a lover so the bar is where i go..meet ma friend at the table doin'...' butang answer ditekan tanpa melihat si gerangan pemanggil.
"Hello...sapa ni ?" Suara serak basah yg baru shj bangun dari lena tidur menyapa. Mata masih terpejam tak boleh nak bukak. Ngantuk sangat.
"Hello Assalamualaikum. Sape ni kamu tanya ?! Mama ni." Geram Puan Meliza, mama Uzzam Raycarl.
Bukan main terkejut lagi Uzzam. Skrin phonenya dilihat, 'Beloved Mama'. Badan yg tadi dlm keadaan bertiarap kini sudah baring.
"Ye, mama...sorry. Nape call Zam ni ?" Tanya Uzzam lalu menutup mulut yg menguap dan kepala yg berat.
"Kamu baru bangun tidur ke, Uzzam ?" Tanya mamanya tanpa menjawab persoalan tadi.
"Tengok jam sekarang dh pukul berapa ? Kamu tidur dari pukul berapa lagi ni ?" Sambungnya.
Uzzam tengok jam di dinding. Pukul 8.25 malam. Dia garu kepala yg tidak gatal.
"Lps asar tadi Zam tidur..." Tanpa sempat habiskan tuturnya Puan Meliza memotong.
"Terbabas Maghrib lah kan." Pernyataan mamanya itu membuat dia tersengih sumbing sambil dagu digarunya. Macamlah mamanya boleh nampak. Ampunkan dia Ya Allah sbb terbabas Maghrib.
Padahal dia dengar aje kawan-kawannya memanggil namanya tadi utk solat namun dia tak boleh bangun akibat pening kepala yg amat kuat sbb memikirkan sesuatu.
"Sorry~ tp Zam penat sgt. Nak bangun pon tak larat~" rengek Uzzam pada mamanya. Nasib baik xde org.
"Hurm, ni mama otw rumah kamu ni." Ujar Puan Meliza. Uzzam terkejut plus teruja.
"Yeke ma ? Tp nape tetiba ?" Polos Uzzam tanya.
"Tak payah banyak bunyi lah, bangun mandi, solat. Jgn lupa qada' maghrib tu." Belum sempat nk balas,panggilan dah pon dimatikan.
Uzzam pelik namun dibiarkan. Dia rasa pening lagi walaupun x kuat macam ptg tadi.
Pintu biliknya diketuk dan dibuka dari luar. Mukhris masuk lalu menghampiri katil Uzzam.
"Dah mandi ?" Tanya Mukhris. Uzzam geleng.
"Mama Liza call tadi ?" Tanyanya lagi. Uzzam hairan. Keningnya dijongketkan.
"Aku tau dia nk datang." Jawab Mukhris apabila melihat raut wajah Uzzam. "Kenapa dia nk dtg ? Something happen ke ?" Tanya Uzzam.
"Haih, terok sgt dah ni. Zam, mama Liza dtg sini sbb dia risau anak bertuah dia sorang ni tak sihat. Dia call aku tadi ckp dia tak dpt call kau. Aku pon naik lah jenguk kau and ckp kau tidur." Mukhris menerangkannya panjang. Nafas diambil sebelum menyambungnya.
"Aku pun terdetik hati, sentuh kau punya dahi. Oh...rupa-rupanya kau demam. Tidak ! Macam mana ni, Zam demam. Macam mana aku nk jawab kat mama Liza. Disebabkan aku ni baik orgnya, aku jujurlah and cakap kau demam sbb tu x sedar phone berbunyi dan panggilan dari kami semua kejut kau pon kau tak sedar. Apa lagi, mama Liza pun cakap lah nanti dia datang jenguk anak keras kepala dia tu. Tu mama kau yg cakap bukan aku eh, aku copy jer. So, aku okay kan jer lah, kalau x okay, aku pulak yg kena. Macamlah kau tak kenal, bab ayat deep, mama Liza tu pro orgnya. Tersentap menusuk kalbu bhai."
Uzzam mendengarnya dgn muka berkerut.
"Hahahhahahahahahhahahahahhah" bunyi gelakan dari muka pintu dari dua org makhluk bernama Ian dan Amir menyentakkan mereka berdua.
"Ris, kelakar gila kau punya huraian." Ujar Ian sambil menekan perut gelak kuat.
"Drama siot ! Dengan gayanya macam mat nyah dah aku tengok." Kata Amir pula. Mereka dari tadi lagi dk dengar Mukhris bercerita. Apalah si Mukhris ni, nk terang kat Uzzam tu x yah lah detail sgt, kasi straight dh lah. Adoi, Mukhris ni, kalau dh datang bengap dia payah jugak nk normalkan. Silap² org sekeliling pon boleh biol.
YOU ARE READING
Dangerous Love
ActionKembalinya satu kumpulan ke tanah air atas suruhan orang tersayang. Namun tiada yang tahu bahawa mereka kembali dengan strategi membalas dendam. Tiada yang tahu akan rahsia itu. Identiti diri disimpan rapi supaya tiada yang mengetahui. Dendam?! Ata...