13|𝙼𝚊𝚛𝚊𝚑

20.9K 1K 41
                                    

Ergh!

Bryan mengesat darah pekat yang mengalir di tepi bibirnya. Luth bagai orang gila.

Masih tak puas lagi agaknya mengerjakan mangsanya tadi. Kini mereka bertiga pula jadi mangsa.

Zoe dan Max dah terduduk lemah di tepi. Kini giliran Bryan pula menjadi mangsa.
Belum sempat dia memulakan langkah,Luth dah menyerang.

Luth meregangkan badannya sebelum menarik Bryan yang jatuh bangun kembali.

"Takkan dah nak mampos dah? How you can fight with our enemy if you this weak Bryan? " kata Luth sinis.

Bryan ditumbuk kuat. Terteleng lelaki itu. Bryan pula membuka langkah menumbuk Luth.

Zoe dan Max hanya mampu melihat pertarungan dua lelaki yang sememangnya hebat dalam bertarung.

Luth dan Bryan memang sangat hebat bab bertarung. Mereka sama hebat dah sama kuat namun untuk menumpaskan Luth adalah benda paling mustahil bagi mereka.

Setelah lama bertarung akhirnya Bryan menyerah kalah. Nak mampos dikerjakan Luth. Selagi tak disuruh berhenti lelaki itu takkan berhenti.

Lihatlah sekarang, punching bag pula yang menjadi mangsa Luth.

Memang hancur benda tu kejap lagi.

•••

Atiya menunggu Luth yang masih tak balik lagi. Entah kemana agaknya lelaki itu pergi.

"Atiya makanlah dulu, lambat lagi Luth balik tu"tegur makcik Ila apabila melihat Atiya masih belum menyuap walau sebutir nasi lagi ke mulutnya.

"Luth memang selalu balik lambat ke? " Risau dia dibuatnya apabila Luth tak balik-balik lagi.

"Nak kata selalu tapi tak ada lah selalu tapi kalau ada hal je dia balik lambat, takpun kadang-kadang dia balik kejap pastu keluar balik"terang makcik Ila.

Atiya mengangguk faham. Akhirnya dia memulakan suapan memandangkan perutnya dah mula berdendang.

Bunyi kereta membuatkan Atiya terus bangun dan membasuh tangannya.

"Atiya tengok Luth kejap eh? "

Makcik Ila mengangguk.

"Luth"Atiya tegur Luth di depan pintu namun lelaki itu hanya diam. Baju Luth juga dah bertukar dari kemeja ke sleeveless shirt. Nampak kesan seperti baru lepas berpeluh.

Ala, Luth macam marah je? Kenapa? Takkan pasal tangan dia yang kena air panas dengan luka ni? Luth tahu ke ada orang yang buat?

Serentak itu Atiya perasan tangan Luth yang berbalut.

"Awak, tangan awak kenapa?"Atiya mengekori Luth naik ke bilik.

Luth mendengus.

"Tangan kau dah sapu ubat ke belum? "soal Luth garang. Sengaja dia buat suara garang begitu.

Atiya sibuk sangat dengan tangannya yang setakat luka dan bengkak akibat tumbuk orang, punching bags dan dinding ni,tangan sendiri yang melecur kena air panas tak dipedulikan.

"Belum... "jawab Atiya perlahan.

"Kenapa tak sapu lagi? "

Mikayla: Luth's Angel [SU]Where stories live. Discover now