28|𝚂𝚒𝚊𝚙𝚊?

12.4K 847 146
                                    

Oh hi? I'm sorry but this chapter a little bit slow,tengah cari rentak balik. But nvm cause i am very proud finally ha siap satu chapter yang dah berkurun terperap dalam draft. Awak sekalian juga digalakkan beri sokongan moral okay? 😂

(。-_-。)

Atiya mengelipkan matanya beberapa kali akibat pedih terkena cahaya.
Melihat sekelilingnya yang  berwarna putih membuatkan dia cuba mencerna semula apa yang berlaku.

Jarum yang dicucuk pada tangannya menyukarkan pergerakan.
Mata Atiya terus beralih ke arah pintu bilik wadnya apabila dibuka dari luar.

"Finally, thank god you're awake" Nick yang masuk membawa plastik makanan terus mendapatkannya.

"What happened? Mana Luth?" soal Atiya risau apabila ingatannya terus menjengah tentang apa yang terjadi pada Luth.

"You got a fever, nah makan sikit" balas Nick sambil menghulur roti.

"Mana Luth?"soal Atiya lagi.

"I'll tell you later but for now you eat this,so you'll get better"

"Olan? Where is everyone actually?" soal Atiya lagi. Dia tertanya-tanya kerana betul-betul hanya Nick yang ada di depannya sedangkan Olan adalah orang yang terakhir dia bertemu.

Dan Nick pula seperti ada menyembunyikan sesuatu.

"Bila saya boleh keluar dari sini?" terus Atiya menanya soalan lain apabila tidak ada tanda-tanda untuk Nick menjawab soalannya.

"Esok pagi" balas Nick. Atiya mengambil air yang dihulur Nick.

"what?" Nick ketawa cuba menyembunyikan rasa gugupnya apabila Atiya memandangnya seperti meminta penjelasan.

"You look suspicious, just tell me already anything that you need to tell" kata Atiya tegas.

"Atiya... Actually Luth... " jeda Nick seketika.

•••

Ketukan di pintu biliknya mengejutkan dia yang leka mengelamun. Cepat-cepat novel inggeris bertajuk 'The Faults in our Stars' yang berada di meja di sebelah katilnya dicapai.

Terjengul wajah bondanya di muka pintu.

"Anak bonda buat apa harini? " soal Puan Arina lalu duduk di birai katil.

"Baca ni" Atiya menunjukkan tajuk novel yang dipegangnya.

"Jom keluar dinner dekat luar malam ni, bonda malas nak masak lah. Lagipun dah lama kita tak makan kat luar kan? " ajak Puan Arina.

Atiya berfikir sejenak sebelum mengangguk bersetuju dengan bondanya.

"Atiya.. "panggil Puan Arina lembut.

"Hm? "

"Kalau Tiya rasa sedih ke apa cakap je dekat bonda,jangan pendam sorang-sorang"

"Bonda.. " tangan bondanya dicapai dan digenggam.

"Jangan risau, Atiya okay je.Betul-betul okay. Bonda janganlah risau" sambung Atiya lagi lalu tersenyum lembut.

"Kalau macam tu, tak apalah. Bonda keluar dulu. Jangan lupa siap, lepas maghrib kita keluar" ujar Puan Arina lalu terus menapak keluar.

Mikayla: Luth's Angel [SU]Where stories live. Discover now