27|𝙺𝚛𝚒𝚝𝚒𝚔𝚊𝚕

16.6K 948 91
                                    

Atiya duduk di kerusi kafe. Termenung memikirkan apa yang dikatakan Puan Lita tadi. Dia keliru.

Hampir sejam dia duduk di situ. Suara Puan Lita terngiang-ngiang di telinganya.

Tangan dirinya yang tiba-tiba direntap dari tepi membuatkan Atiya tersentak.

Dia mendongak kepala memandang siapa gerangan yang merentap tangannya.

Wajah Luth yang menyinga menyapa pandangannya. Wajah Atiya berubah pucat.

"Luth.. "

Tanpa berkata apa Luth mencapai beg tangan Atiya dan menarik wanita itu keluar dari kafe dan menuju ke keretanya.

Badan Atiya ditolak kasar masuk ke dalam keretanya.

Kereta, Luth pandu laju tanpa menghiraukan Atiya disebelahnya. Atiya mula merasa cemas dengan cara Luth yang memandu bagai orang gila.

"Luth! Awak nak kita mati ke?!!! " jerit Atiya namun tidak dihiraukan Luth. Lelaki itu masih kekal memandu dengan kelajuan yang tinggi. Jantung Atiya mengepam laju.

"Shut up, Mikayla" balas Luth.

Atiya menutup mata sambil mengenggam seatbelt yang dipakainya.

Selang beberapa minit kereta Luth mula bergerak perlahan.

Atiya menghela nafas lega.

Kereta Luth berhenti di hadapan rumah agam. Atiya tertanya-tanya sendiri, rumah siapa pula yang Luth bawa dia?

"Keluar" Luth membuka pintu di sebelah penumpang. Entah bila Luth berjalan ke situ.

Melihat Atiya yang masih terkebil-kebil, Luth terus menarik tangan Atiya dan membawa Atiya masuk ke dalam rumah itu.

"Luth, awak nak bawa saya masuk rumah siapa ni? " hampir tersungkur dirinya hendak mengejar langkah Luth.

Luth hanya diam tanpa membalas.

"Luth, what are you doing here? "soal lelaki separuh umur apabila mereka masuk sahaja ke rumah itu.

"Mana mama?!! " kuat Luth bersuara.

"Why? what do you want? " muncul Puan Lita. Wajah Atiya yang berada disamping Atiya dipandang sekilas dengan wajah angkuh.

"Apa fitnah yang kau beritahu isteri aku?!! " soal Luth dengan tengkingan. Hilang hormatnya pada wanita itu.

"Luth, she's your mom" tegur Tuan Qhairi apabila mendengar kata-kata Luth yang terlalu kurang ajar.

"Mom my ass" Luth tayang wajah sinis.

Atiya disebelah Luth mula rasa tak tenang. Dia tak tahu apa yang harus dia buat. Lagi-lagi apabila Luth yang dilanda angin puting beliung.
Tapi Luth tak patut kurang ajar macam tu dengan mama dia!

"Luth! " marah Tuan Qhairi.

"Please don't interfere in my business with her" kata Luth dengan wajah memberi amaran.

"Luth, dahlah tu. Awak ni kenapa? "Atiya mula bersuara. Dia tak senang duduk di dalam keadaan yang panas begini. Lengan Luth dipegang cuba menarik Luth keluar. Namun usahanya hanya sia-sia apabila Luth menepis tangannya.

"Just shut your mouth! "jerkah Luth pada Atiya. Atiya terus mendiamkan diri, terkejut.

"So,kau mengadu pada Luth tentang tadi ha?!" soal Puan Lita pada Atiya.

"Dia tak salah, i just want an answer why did you told her all the lies?! Do you wanna lose your son again?! " potong Luth tanpa sempat Atiya menjawab.

Mikayla: Luth's Angel [SU]Where stories live. Discover now