Harini merupakan hari graduan di university tempat harrith bekerja.harrith dilantik menjadi pengacara majlis.
"Amboi,smart betul husband saya harini,geram tengok!".sya membetulkan kolar baju harrith.
Harrith tersengih mendengar pujian isterinya,pinggang sya dirangkul ke dalam dakapannya.
"Kalau sayang geram,sayang nak buat apa?".hidung sya dicuit.
"Sya nak gigit hubby,nak cubit,nak tumbuk,nak gomoi hubby sampai hubby lunyai".pipi harrith menjadi mangsa sya dicubit.
"Tu geram ke balas dendam ek sayang? hehehe".
"Dua dua la".tangan sya diletakkan diatas bahu harrith.
"Ok,malam nanti sayang gomoi hubby puas puas ekk hehehe".terserlah muka gatal harrith.bibir harrith mendekati bibir sya,bibir harrith menghadiahkan satu kucupan manis dibibir sya.
"Morning kiss ek?".tanya sya sambil memberi senyuman manis pada harrith.
"Ya,malam nanti hubby bagi night kiss ok,hubby pergi dulu,sayang take care tau,jangan buat kerja berat,kalau nak keluar pun inform hubby dulu".pesan harrith panjang lebar,sya hanya sekadar mengangguk.
"Ya la professor harrith,saya ingat pesanan prof tu".sya bergurau.
"Ok,baby papa pergi kerja dulu tau,baby kat dalam tu jangan nakal nakal tau,sian mama".harrith melutut sambil mengusap perut sya yang kempis lagi,tak cukup dengan itu,harrith kucup perut isterinya,sya terharu dengan perbuatan harrith.
"Ok,baby tak nakal,baby baik ja".balas sya.
"Sayang jaga diri,jangan lupa makan".pesan harrith lagi,dia jalan keluar dari bilik,sya ikut langkah harrith dari belakang.SKIP
Sya-maira,aku nk jumpa kau kejap boleh tk??
Maira-emm petang boleh tk??,sbb kejap lagi aku ada hari graduan
Sya-ok,nanti dh settle chat aku tau😉
Maira-ok👌
Sya mengeluh,dah berapa minggu dia terpaksa ponteng kelas,sebab takut kesihatan kandungannya terjejas,rasa bosan bila duduk rumah tak buat apa,nak keluar pun tak boleh.
"Baby,cepatla keluar,cepatla besar,mama bosanla,papa pun selalu sibuk".sya bercakap dengan anak didalam perutnya.SKIP
Harrith p.o.v
Sebaik sahaja menghafal skrip,harrith cuba berlatih dihadapan cermin.
"Adehh boleh ke aku buat ni?,tak biasala dalam majlis rasmi macam ni,ni semua pasal aku handsome sangatla ni orang berkenan nak ambil aku jadi pengacar majlis,handsome ke aku ni?".harrith membelek mukanya dihadapan cermin."handsomela kalau tak,mana sya nak dekat aku hehehe".harrith puji diri sendiri.
"Ehem!!,orang suruh hafal skrip bukan belek muka lepastu puji diri sendiri depan cermin".suara wanita menegur,tersentak harrith,dia menoleh kebelakang,puan nila !!,pensyarah otai!!,harrith tersenyum kambing disitu.
"Eh,bila puan datang?,saya tak perasan pun?".saja harrith mengacukan soalan bagi mengurangkan rasa malu nya.
"Haah lama dah saya sampai,kalau tak manala saya tahu yang awak ni suka puji diri sendiri".sekali lagi puan nila menyindir harrith,harrith garu kepalanya yang tidak gatal.'ishh orang tua ni,tak habis habis nak kutuk aku!'.kutuk hati harrith.
Puan nila tersenyum sinis memandang harrith yang terkulat kulat disitu.
"Saya rasa awak dah boleh pergi ke depan kot,sebab majlis pun nak mula dah".puan nila tukar topik bila tengok harrith terkaku disitu.
"Erkk oklah,kalau macam tu saya kedepan dulu".harrith meminta diri,semasa melintasi puan nila,tangan harrith disentuh,harrith berhenti memandang puan nila senyum padanya.
"By the way,awak memang handsome pun,saya suka tengok muka awak yang ada lesung pipit tu,you look so sweet darling".
Meremang bulu roma harrith.'sayang?!,eiiuww kalau sya yang panggil aku sayang takpela jugak,ni orang tua ni?,eii nak muntah aku!'.kutuk harrith dalam hati.
"Err..thank you".baru saja nak melangkah pergi sekali lagi tangan harrith ditarik,kali ini harrith ditarik dan dipaksa duduk diatas kerusi dan dikepung oleh puan nila,mata puan nila memandang tepat ke dalam mata harrith.
"Awak handsome,saya suka awak".rasa nak luruh jantung harrith.
"Err..puan..tak manisla..kalau puan macam ni..".harrith cuba mengelak,tapi ditahan puan nila.
"Apa yang tak manis?,saya rasa cukup manis kalau kita macam ni".tangan puan nila mula merayap dipipi harrith.
"Puan,apa pegang pegang ni?,haram tahu tak".harrith menepis tangan puan nila,orang tua itu semakin agresif terhadap harrith memandangkan tempat itu jarang orang lalu lalang.
"Tak salahkan kalau kita buat benda tu..saya ada nafsu..awak pun ada kan?".kata puan nila dengan nada manja.
"Puan..apa puan nak buat ni?!".tanya harrith cemas,dada nya disentuh puan nila,mercik peluhnya di dahi menahan ketakutan.'ya Allah selamatkan aku'.doa harrith dalam hati.
"Saya teringin nak make baby with you,awak ingat orang tua macam saya tak boleh beranak?".
Pam!!Terasa batu menghempap kepala harrith.sedaya upaya harrith menepis tangan puan nila,tapi kuat juga orang tua ni.
"Puan!,saya dah kahwin,buat apa saya nak buat anak dengan puan sedangkan saya ada isteri saya!".terus puan nila bangkit,dia berdiri dihadapan sya.
"Awak dah kahwin?!,setahu saya awak bujang lagi kan?".tanya puan nila seolah olah tidak percaya.
"Ya saya dah kahwin,so please hormat saya sebagai suami orang!,puan jangan ingat puan dah lama dekat sini puan boleh buat apa saja yang puan nak!,tak sama sekali!,saya bukan anak ikan puan ya!,sekali lagi puan buat macam tu dekat saya,saya tak teragak agak nak report pada pengarah!".ugut harrith,itu kali pertama dia kurang ajar dengan orang tua,dia berjalan meninggalkan puan nila terpinga pinga.
"Shitt!".carut puan nila.SKIP
Selesai majlis,harrith memandu keretanya pulang ke rumah,semasa memandu otak nya teringatkan hal yang berlaku tadi.
"Ya Allah kau berikan la keinsafan pada puan nila".doa harrith.
"Dah tua pun nak menggatal lagi,ada hati nak make baby dengan aku?,ya Allah tak padan dengan tua,nafsu bukan main tinggi lagi!,ishh ya Allah,apa yang aku cakap ni!".harrith menampar mulutnya,sedap saja dia mengutuk orang tua tu,meremang bulu romanya bila teringatkan puan nila menyentuh dadanya,isterinya pun tak agresif macam tu,inikan pulak orang tua,harrith beristighfar panjang.SKIP
Sampai dirumah,harrith berehat diruang tamu.sya pelik dengan perangai suaminya yang tiba tiba berubah menjadi pelik.
"Hubby,hubby ada problem ke?,kenapa diam je?".sya masih setia menunggu jawapan harrith,mata harrith yang tadi pejam rapat,terbuka luas memandang sya.
"Takde apa la sayang,hubby ok je cuma penat sikit,sayang dah makan?".harrith mengubah topik,takut isterinya syak sesuatu.
"Dah,hubby nak makan tak?,sya panaskan lauk?".lembut saja sya tanya pada suaminya.
"Tak nakla sayang,hubby dah kenyang,hubby penat,hubby naik atas tidur dulu ya".harrith naik ke tingkat atas meninggalkan sya dibawah.
"Kenapa dengan laki aku ni?,ni mesti ada apa apa ni".sya mula tak sedap hati.SKIP
Tengah malam harrith masih lagi tidak dapat melelapkan mata,isterinya disebelah nyenyak tidur,rambut sya dibelai,sesekali pipi sya dikucup.fikirannya teringatkan peristiwa pahit tadi,segera dia turun kebawah,di ruang tamu harrith menelefon sahabatnya naqi.
"Hello bro,kau dah tidur ke?".sapa harrith.
"Belum,tengok bola,kenapa bro?,ada apa kau call aku tengah malam ni?".tanya naqi pelik,tak pernah pernah harrith telefonnya lewat malam kecuali ada benda penting.
"Aku nak ajak kau lepak dekat mamak kejap boleh tak?".harrith memerlukan seseorang untuk diluahkan apa yang dirasa walaupun dia sudah mempunyai isteri,tapi takkan nak luahkan pada isterinya yang dia digoda tadi?!,memang cari maut sebenarnya.
"Eh,wife kau tak marah ke keluar malam buta ni?,takut nanti sya serang aku pulak hehehe".takut sya marah ke naqi ni?.
"Tak,sya tidur dah,benda ni isteri aku tak boleh tahu,rahsia aku".bisik harrith separuh dengar,takut sya terjaga.SKIP
Di kedai mamak.."haa ada apa kau nak jumpa ni?,macam big problem je?".tanya naqi sambil menghirup teh tarik.
"Puan nila..".
"Kenapa dengan puan nila?".dahi naqi berkerut.
"Tadi dia goda aku".tanpa sengaja dia tersembur air teh ke muka harrith,turun naik dada harrith menahan marah.
"Aku ajak kau keluar nak release tension,ni kau tambah lagi tension aku".harrith memandang tajam pada naqi.
"Sorry bro,aku terperanjat bin beruk tadi".naqi lap mulutnya,begitu juga harrith,habis mukanya melekit.
"Ishh kau ni!,aku cepuk kang".marah harrith.
"Eh,berbalik cerita tadi,puan nila goda kau?!,seriously?!".tanya naqi dengan muka terkejut,ikutkan hati harrith nak je bagi makan kaki,nak bagi satu KL dengar ke?.
"Haah,eii meremang la bulu roma aku,dia ingat aku hadap sangat dekat dia?".menggeletar badan harrith menahan geli.
"Asal ni?,cuba cerita dekat aku apa dah jadi?".
Harrith pun mulakan cerita dari mula dia puji diri sendiri di depan cermin sampaila dia jerkah puan nila,naqi sesekali tersembur,nasib baik tak kena harrith,kalau tak makan kaki harrithla jawabnya.
"Ouh,begitu ceritanya,ada hati ek puan nila tu nak make baby dengan kau hahaha".naqi ketawa terbahak bahak.
"Tula pasai,aku tak boleh tidur sebab ni la,aku takut nak berdepan dengan sya,sebab takut tersasul".
"Ishh kalau la kau tak halang dia tadi,lepas tu korang 'termake baby' tadi haishh meletup dunia ni sya mengamuk".
"Tula,aku nak lupakan semua tu,aku tak nak ingat dah,past is past,yang penting sekarang ni isteri dengan anak aku je".
"Haa anak?,kau ada anak?".tanya naqi terkejut.
"Haah,isteri aku pregnant,3 minggu".jawab harrith selamba,dia lupa yang naqi tak tahu sya mengandung.
"Congratulation bro,Allah dah makbulkan doa aku,kau dapat baby tahun ni".naqi menepuk bahu harrith.
"Thank you bro".sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 2 pagi!,lama juga diaorang membawang,lepas habis minum,mereka pulang ke rumah masing masing..Bersambung..
YOU ARE READING
maaf cinta[slow Update]
Romansakisah percintaan antara student dan professor yang membawa hingga ke alam perkahwinan.sya dan harrith bahagia hidup bersama tetapi...ada orang ketiga, dan keempat yang menguji cinta mereka hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka terasa hati...