serba salah

53 1 0
                                        

     Harrith duduk termenung diruang tamu,sudah dua hari isterinya tak sedarkan diri,kata doktor sya mengalami hentakkan yang kuat dibahagian kepalanya.
    "Encik harrith..baby aryan demam".mulut harrith melopong mendengar kata kata mak nah,harrith berlari kedalam bilik mendapatkan anaknya.
   "Ya Allah,anak babah kenapa ni sayang?".dari tadi aryan menangis,harrith risau keadaan anaknya,dia dan pembantu rumahnya mak nah bergegas ke klinik berhampiran.

SKIP

    "Baby baru lepas kena cucuk ke encik harrith?".tanya dr.khadijah,harrith mengangguk.
   "Kenapa doktor?,apa kena mengena cucuk sampai anak saya demam?".tanya harrith hairan,dia tak tahu hal hal itu.
   "Baby kalau lepas kena cucuk memang akan demam encik harrith,tapi tak semua la..bergantung pada baby".terang dr.khadijah,harrith mengangguk faham..sekarang barula dia tahu kenapa anaknya demam.
   "May i ask you something encik harrith?".tanya dr.khadijah serious,dahi harrith berkerut.
   "Doktor nak tanya apa ya?".soal harrith sambil tersenyum,naik segan pula dia bila dr.khadijah tenung mukanya lama lama,tahula harrith handsome,ada lesung pipit,hidung mancung,tapi takyahla tenung lama lama..nanti sya marah!!.
   "Mana puan sya?,kenapa dia tak ikut sekali?,dia tak sihat ke?,encik harrith datang sorang je bawa baby?".tanya dr.khadijah bertalu talu,harrith terdiam seketika.dia menarik nafas sedalam dalamnya untuk mencari kekuatan,kenapala ada orang nak tanyakan sya?,dia paling lemah kalau orang tanya pasal sya sejak kebelakangan ini.
    "Wi..wife saya..dia..dia excident".suara harrith tersekat sekat,cuba menahan sebak.
    "Oh,sorry ya saya tak tahu..".dr.khadijah meminta maaf dan harrith hanya mengangguk.
    "Puan sya ok ke?".soalan itu terus membuatkan harrith sebak dan rasa serba salah,teringatkan hal yang menimpanya dan sya.
   "Dia koma,dah dua hari dia tak sedarkan diri".perlahan lahan harrith meluahkan.
   "Saya harap encik harrith bersabar ya,dan banyakkan doa in sha Allah,Allah akan berikan kesembuhan pada puan sya,saya doakan semuanya baik baik ja".doa dr.khadijah,harrith bersyukur kerana ada orang yang sudi doakan kesejahteraan isterinya.
   "Terima kasih doktor,saya minta diri dulu".harrith menggendong aryan keluar dari bilik doktor.

SKIP

    Selesai menunaikan solat zohor,harrith membaca surah yasin untuk isterinya memandangkan hari ini merupakan hari jumaat.didalam doanya sentiasa ditujukan khas buat isteri tercinta memohon agar isterinya dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik.
    "Ya Allah..kau sembuhkan isteriku..janganla kau ambil nyawa nya lagi..berilah aku sedikit waktu untuk mengecapi bahagia bersamanya ya Allah,kasihanilah anakku aryan,dia masih kecil..aku tak sanggup melihat anakku membesar jika tiada ibunya disisi".doa harrith sambil menitiskan air mata,pada siapa lagi yang dia boleh mengadu selain daripada Nya.

SKIP

     "Sayang..bila sayang nak bangun ni?,hubby rindu sayang..aryan pun rindukan mama dia,baru dua hari sayang tak sedar hubby rasa macam dua tahun sayang tak sedar,cepatla bangun honey..my sweetheart..my sunshine..mana bulan hubby yang selalu menemani gelap hubby?,mana isteri hubby yang selalu temankan hubby tu?,mana dia?,hubby rindu isteri hubby,hubby tak tahu lama mana dia nak tidur,sayang..kalau sayang dengar apa yang hubby nak cakap ni..tolonglah maafkan hubby..cinta,hubby dah banyak lukakan hati awak,hubby marah sayang tanpa sebab..hubby stress masa tu dan hubby tahu hubby tak patut lepaskan dekat sayang..tapi sayang still pura pura kuat kan?,hubby bangga dengan sayang..sya..hubby nak sya tahu hidup ahmad harrith takkan lengkap kalau takde bidadari dunianya nur syahiza.sayang kuatkanla semangat sayang untuk hubby dengan aryan,kami selalu ada dekat sisi sayang..hubby tahu sayang kuat..get well soon sayang".harrith menghadiahkan satu kucupan dipipi sya.rindunya dengan wanita itu hanya Allah saja yang .

SKIP

     Tak lama kemudian..kelibat kakak sya bersama anak dan suaminya sampai dihospital.
    "Harrith,adik dah dua hari koma kenapa baru nak bagitau akak?".marah kakak sya,wajah harrith menunduk saja.
   "Harrith minta maaf kak".
   "Doktor cakap apa tentang keadaan sya sekarang?,dia ok kan?".suara kakak sya seperti risau.
   "Dia koma..doktor cakap dia akan sedar tak lama lagi..akak nak tengok sya masukla".tanpa menunggu kakak iparnya masuk kedalam wad sya.

SKIP

     Sudah harrith jangka yang kakak iparnya akan marah,seharian kakak sya berleter,nak tak nak harrith terpaksa tadah telinga,rasa serba salah mula menguasai diri.
    "Kalau sya tak hantar beg tu dekat aku mesti semua ni takkan jadikan".wajah harrith muram.
    "Dahla har..semua Allah dah tetapkan..bukan salah kau pun benda dah nak jadi".naqi mengusap belakang sahabatnya.
    "Aku rasa serba salahla..sebab sehari sebelum dia excident, aku tak layan dia pun..".suaranya mendatar,harrith sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur.
   "Aku tau kau kuat..kau kena kuat..kalau kau tak kuat macam mana sya nak kuat?,kau pernah cakap dekat aku yang kau ni kekuatan sya kan?,kuatla harrith,kesian anak kau tu kecil lagi,dia tak dapat sepenuh perhatian dari kau sebab kau jadi macam ni..kau tak bolehla down macam ni".naqi memberi semangat,sebagai sahabat dia tak mahu lihat sahabatnya sedih.
    "In sha Allah aku kuat..kau doakan aku".harrith tersenyum kambing.
   "Anak kau siapa jaga?".
   "Pembantu rumah,takkan aku nak bawa aryan sekali kut".
   "Apa kata kau bawa dia jumpa sya,mesti aryan pun rindu mak dia juga,mana tahu kalau sya rasa anak dia ada dekat sebelah dia..dia boleh sedarkan diri?".naqi memberikan cadangan. harrith memandang naqi sambil dahinya berkerut.

SKIP

     Harrith mengikut cadangan yang diberikan oleh naqi,harini hari ketiga sya tidak sedarkan diri,harrith membawa bayinya bersama ke hospital.
    "Sayang..harini hubby bawa aryan sekali,aryan rindukan mama dia,sayang pun mesti rindu aryan kan?".aryan diletakkan disebelah sya cukupla sekadar aryan rasa duduk dipangkuan ibunya.
   "Sayang tak kesian ke dekat anak kita ni?,aryan terpaksa minum susu formula je..kesian dia tak selesa,sayang bangunla cepat nanti sayang boleh susukan aryan macam biasa".sementara itu terbit senyuman dibibir aryan,seolah olah dia faham apa yang harrith cakapkan.
   "Sayang..aryan smile!,tengok tu dia pun nak sayang bangun cepat..bangun ya sayang..hubby tunggu..sayang jangan buat hubby rasa serba salah..i want to talk to you..i miss your voice,i miss your smile,i miss your cooking,i miss everything about you sayang".pipi sya diusap lembut.rindu dia pada sentuhan lembut wanita itu.

maaf cinta[slow Update]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang