baby bump

111 3 0
                                    

     5 bulan kemudian..

    "Yeay!!,welcome back sya!".ucap maira,sya dan diya tersengih.
    "Kau ni overla maira,masuk kelas balik je pun".usik sya.
    "Yela,dah lima bulan tau kau tak datang kelas,terkejut aku haritu prof harrith datang kelas hantar surat cuti kau".maira muncung.
    "Yela,aku mabuk masa tu,tak larat nak datang kelas".terang sya panjang lebar.
    "Eii sya..aku geram tengok baby bump kau ni".diya mengusap lembut perut sya.
   "Hehehe,kau semua kau nak geram".mereka ketawa,sya teruja nak jumpa dengan sahabat baiknya,manakan tidak dah 5 bulan terperap dekat rumah.
    "Sya,adam apa cerita?,dia marah kau lagi ke?".pertanyaan maira mematikan ketawa sya.
    "Entahla,sejak dari haritu dia dah lama tak contact aku,aku pun malas la nak kacau dia".
    "Emm takpela,nanti dia dah ok,dia carila kita".mereka berborak panjang di kantin memandangkan kelas sya lambat lagi.

SKIP

      "Harrith,esok aku cuti,balik kampung,aku nak minta tolong kau sikit boleh tak?".
      "Kau nak minta tolong apa?".sekilas harrith memandangnya.
     "Nak minta tolong kau jagakan hati kau untuk aku cia cia cia hahaha".harrith tercengang.
    "Kau mimpi apa semalam bro?,kau sihat tak?".tanya harrith sambil tersengih memandang rakannya.
    "Hahaha takdela,saja je nak usik kau,takkan tak boleh?".
    "Bukan tak boleh,tapi aku terkejut,kau ni gay ke apa hahaha".kini harrith pula ketawa.
   "Cis,kau ni!,kena kan aku balik ek".naqi berpeluk tubuh tanda protes dengan rakannya.
   "Alololo,majuk pulak dah baby tua ni".harrith menepuk bahu sahabatnya."oii burukla muka kau merajuk,ingat comel ke?".harrith masih lagi ketawa kelucuan,naqi memuncungkan mulutnya.
   "Eh,kau tahu tak apa jadi dekat puan nila?".tiba tiba otaknya terfikirkan puan nila,sekaligus mematikan ketawa harrith.
    "Aku malas nak ambik tahu pasal dia,lantak la dia,siapa suruh nak goda aku".muka harrith serious.
   "Dia pindah ke uni lain,maybe dia malu dengan kau atas apa yang dia dah buat".naqi memandang tepat wajah sahabatnya.
   "Lantakla dia,dia tak penting dalam hidup aku,kalau sya tahu hal confirm sentap teruk sya dengan aku nanti".hati harrith mula risau kalau sya dapat tahu yang suaminya digoda.
   "Kalau antara kita tak buka mulut,confirm isteri kau tak tahu,kau janganla gatal mulut nak bagitau".

SKIP

    Selepas kelas sya masuk ke pejabat harrith.
    "Hubby,lambat lagi ke kerja tu nak habis?,sya penatla nak balik".rengek sya.
    "Ya jom jom,sebelum balik sayang nak makan apa apa tak?".tanya harrith yang sibuk mengemas meja nya.
    "Tak nak,sya dah makan dah dengan maira dengan diya tadi".perut sya diusap lembut,lama sangat tunggu harrith.
    "Ok,malam nanti hubby tak nak dengar ada orang merengek lapar ek,hubby dah tanya nak makan ke tak,kalau hubby dengar ada orang merengek lapar siap dia!".harrith memberi amaran,sya mencebik.
   "Dahla,jom balik,sian baby penat".harrith dan sya berjalan keluar bersama dari office harrith,memandangkan semua lecturer lain sudah pulang ada chance la nak jalan sama sama sambil pegang tangan hehehe.

SKIP

    Malam.."hey anak papa buat apa tu?".harrith mengusap baby bump sya.
   "Hubby sya nak tukar gelaran hubby tu boleh?".sekilas harrith memandang sya sambil dahinya berkerut.
   "Nak panggil apa?,ayah?".
   "Bukan,nak panggil babah boleh?".tanya sya manja,harrith senyum memandang sya.
    "Kenapa babah?,kenapa tak papa?".
     "Saja,hubby tak suka ke?".
     "Hubby sebenarnya tak kisah pun,asalkan ada gelaran bapak orang tu".mereka ketawa bila harrith tekankan perkataan bapak orang.
    "Ok,hubby babah,sya mama".harrith mengangguk kepala tanda setuju.
    "Esok sayang pergi check up kan?".tangan harrith tak henti henti mengusap perut bulat sya.
    "Haah,nak tahu jantina baby,kenapa?".
     "Esok hubby takde kelas pagi,so bolehla hubby teman sayang pergi check up".setiap kali pergi check up,memang wajib harrith menemani isterinya.
    "Ok".macam biasa,sebelum tidur harrith akan mengaji untuk baby didalam perut sya,kandungan yang berusia 5 bulan terasa baby bergerak bila dengar harrith mengaji,baby suka kot dengar babah dia mengaji,bukan baby je suka mama pun suka hehehe.
    "Good night baby bump,sleep well ok,jangan nakal nakal tau,baby kena tidur sebab esok nak pergi check up".harrith berbisik diperut sya,nampaknya baby berinteraksi dengan harrith,baby bergerak gerak didalam perut sya,harrith tersenyum bangga.tak sabar nak tunggu bayi sulungnya keluar.

SKIP

    Pada esoknya..sya menunggu bersama harrith diruang menunggu,tak sabar nak tahu jantina anak mereka,tak lama kemudian seorang nurse memanggil sya masuk kedalam bilik doktor bersama harrith.
   "Hai puan,sihat ke?".sapa dr khadijah mesra.
   "Sihat alhamdulillah".sya duduk di hadapan dr khadijah.
   "Baby ada bergerak tak?".tanya dr khadijah sambil mengusap perut sya.
   "Banyak sangat dia bergerak doktor,tak reti duduk diam hehehe".mereka ketawa.
   "Ok,kalau macam tu jom kita kebilik ultrasound".mereka bertiga bergerak kebilik ultrasound disebelah bilik dr khadijah.

SKIP

    "Congratulation,it's a boy!".kata dr khadijah.harrith dan sya tersenyum riang.
    "Thank you doktor".ucap harrith gembira,bibirnya tak lekang dari senyuman.
    "Sama sama,jaga baby baik baik ya".harrth dan sya keluar dari bilik doktor.

SKIP

    "Sayang,jom shopping barang baby bump nak tak?".tanya harrith sedang memandu kereta.
    "Sempat ke?,hubby bukan kerja ke?".sekilas dia memandang suaminya disisi.
    "Tadi hubby minta cuti,rasa macam tak sempat nak masuk kerja,nasib baik pengarah faham sayang pregnant".
    "Ok,jom".laju saja kereta bergerak menuju ke shopping mall.

SKIP

    Sya dan harrith pusing satu mall."dahla hubby,dah banyak dah ni sampai tak cukup tangan,nanti kita pergi lain".sya kepenatan.
    "Ok,yang lain tu nanti hubby belila,sayang larat lagi tak nak jalan ni?".harrith memimpin tangan isterinya.
    "Tak dah,penatla kita duduk kejap boleh?".kata sya termengah mengah,mereka duduk disebuah kerusi ditepi lif.
    "Kaki sya bengkakla,sakit ke?".terkejut harrith bila tengok kaki isteri kesayangannya membengkak.
    "Sakit,kita duduk kejap eh,nanti dah ok sikit kita gerak balik".peluh merecik di dahi sya walaupun dalam shopping mall ni sejuk.
    Tanpa diminta harrith selak sedikit seluar sya keatas,tangannya lincah mengurut,sya terkaku dengan perbuatan spontan harrith didalam shopping mall,sya memandang sekeliling ada saja orang yang memerhatikan mereka,ada yang tersenyum,ada yang berbisik,ada yang buat muka terkejut,dan ada jugak yang buat muka blur!.
     "Err..hubby takpela,sya ok je ni".sya mula segan bila ada mata yang memandang.
     "Eh mana boleh,kaki sayang ni bengkak,kalau tak urut nanti masuk angin kan susah".bebel harrith.
    "Ok,tapi nantila kita urut dekat rumah,dekat sini tak selesala".sya garu pipi nya yang tidak gatal.
    "Sayang segan ek?".sekilas harrith memandang sya sambil tersengih.
    "Ta..tak,ma..mana ada".
     "Yela tu,muka sayang blushing tu kenapa?".sempat lagi harrith menyakat isterinya.
     "Takdela,jom hubby kita balik".sya mula berdiri,semua barang ditangannya diambil harrith.
     "Takpe,sayang jalan je,hubby bawa barang ni".rasa kesian pula sya bila tengok suaminya angkat semua barang,dah banyak.

SKIP

     Dirumah..sya terus rebah diatas katil hilangkan segala penatnya,harrith juga berbuat demikian,perut sya kini menjadi mangsa kucupannya.
    "Bila baby bump babah ni nak keluar,babah dah tak sabar nak tengok baby".perut sya diusap lembut,sya tersenyum gembira,pipi harrith diusap sya.
    "Sabarla,lagi empat bulan je hubby".bukan harrith je yang tak sabar,sya lagi tak sabar!.
     "Empat bulan macam empat tahunla,tapi takpe babah tunggu tau".kini harrith beralih menghadap isterinya.
     "I love you sayang".ucap harrith dengan penuh romantis.
     "And i love you too hubby".


Bersambung

maaf cinta[slow Update]Where stories live. Discover now