TEN👑

148 11 1
                                    

👑YEONJUN👑

Aku membawa kereta dengan agak laju. Aku hampir sampai ke cafe tersebut dan tiba-tiba Soobin menelefon aku.

"Hyung, terus pergi hospital. Yeseul dah masuk emergency." kata Soobin.

"Okay hyung datang sekarang." kata aku lalu menamatkan panggilan tersebut.

Beberapa minit kemudian aku sampai di hospital. Aku terus masuk ke emergency dan nampak Soobin, Kai, Taehyun dan Beomgyu. Aku pergi kearah mereka.

"Apa jadi sebenarnya tadi? Hyung dengar bunyi kereta tadi masa Yeseul tengah call." kata aku, cemas.

"Siapa call dia ni datang?" kata Kai dengan tiba-tiba.

"Eh, kau apasal nak cakap macam tu dengan aku haa!" tengking aku kepada Kai.

"Heh, memang layak pun. Kalau tak suka bini sendiri jangan sampai upah orang untuk langgar dia." kata Kai. Aku tak faham apa dia cakap.

"Apa kau merepek ni haa. Aku tak tau apa-apa. In fact, aku sayang Yeseul lebih dari kau lah!" tengking aku lagi.

"Ehh habis kalau bukan kau siapa lagi yang suruh Jaejin langgar Yeseul haa! Kau je yang rapat dengan Jaejin! Kau lupa ke dulu kalau bukan disebabkan kitaorang, nasib kau dengan Jaejin tu akan jadi sama! LUPA KE HAAA!!" tengking Kai dan ditahan oleh Soobin kerana dia ingin mendekati aku.

"Jaejin? Tak.. TAK! Aku dah tak contact dengan dia sejak insiden tu. Kenapa aku pulak yang kena." kata aku.

"Eishh dia ni kang ada juga kena dengan aku." kata Kai lagi tetapi dihalang oleh Soobin.

"Ehh kawal diri kau kejap boleh kan?" kata Soobin kepada Kai. "Hyung, betul hyung tak ada contact Jaejin lagi?" sambung Soobin.

"Kenapa korang tak percaya aku? Nak tengok call log aku? Text aku? Tengoklah. Nombor Jaejin pun aku tak ada tau. Aku tau aku jahat dulu tapi tak semestinya aku jahat sampai bila-bila." kata aku.

"Kalau sepanjang hayat dia nak marah Yeseul sampai hati Yeseul sakit tu tak jahat namanya tu?" sindir Kai.

"Eh hanot! Kau tak tau apa-apa kau diam lah!" tengking aku dan ingin memberi satu tumbukkan kepada Kai tetapi Taehyun dan Beomgyu memegang tangan aku.

"Hyung sabar hyung. Ni hospital." kata Taehyun.

Tidak lama kemudian doktor datang kearah kami semua.

"Boleh saya tau siapa ahli keluarga Puan Choi?" tanya doktor.

"Saya, saya suami dia." kata aku sambil berdiri.

"Boleh awak ikut saya ke office saya." kata doktor tersebut. Aku hanya menganggukkan kepala dan mengekori doktor tersebut.

"Sila duduk." kata doktor tersebut apabila masuk kedalam officenya.

"Encik Choi, saya ada berita gembira dan sedih untuk awak dan Puan Yeseul." kata doktor.

"Apa dia doktor?" tanya aku.

"Puan Yeseul dah sedar..." kata doktor tersebut berhenti seketika.

"Syukurrr, boleh saya jenguk dia doktor? Bila saya boleh bawa dia balik?" kata aku dengan excitednya.

"Awak boleh jenguk dia tapi, Puan Yeseul mengalami keguguran akibat kemalangan tersebut. Luka dikepalanya juga tidak begitu teruk. Encik boleh bawa Puan Yeseul pulang lagi seminggu kerana kami perlu mengambil detail perkembangan Puan Yeseul. Saya berharap awak bersabar ya." kata doktor tersebut kepada aku.

Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Lidah aku kaku, otak aku blank. Apa yang Yeseul rasa sekarang ni? Kalau aku pun susah nak terima, apantah lagi Yeseul.

"Saya berharap sangat awak dapat bertabah Encik Choi." kata doktor itu lagi.

"Terima kasih doktor atas perkembangan tersebut. Saya akan cuba kuat untuk isteri saya. Saya minta diri dulu." kata aku lalu beredar dari office doktor itu.

Aku terus pergi ke wad dimana Yeseul diletakkan. Aku memandang Yeseul dari cermin pintu. Dia termenung melihat tingkap. Aku menarik nafas panjang dan perlahan membuka pintu. Aku masuk menghampirinya.

"Kau gembirakan sekarang?" kata Yeseul dengan dingin. "Kau gembirakan aku gugur. Aku jadi macam ni? Kau suka tengok aku gila kan? Puas kau sekarang?" kata Yeseul lagi.

"Yeseul, bukan macam tu. Oppa tak pernah..." sebelum aku sempat menghabiskan ayat aku, Yeseul memotongnya.

"Wahh bahasakan diri oppa sekarang. Kenapa tak guna kau aku je? Tak cukup ke nak sakitkan hati aku?" kata Yeseul. Aku terkejut mendengar kata-katanya itu. Aku tak sangka sampai macam ni dia dah benci dekat aku.

"Tak sampai sehari Yeonjun, tak sampai sehari pun kita kahwin. Eomma dah tak suka Yeseul. Tak sampai sehari pun tau. 3 bulan Yeonjun, 3 bulan Yeseul jaga kandungan ni elok-elok sebab ni anak Yeonjun. Tapi apa yang eomma buat? Sanggup dia buat macam ni dekat Yeseul." kata Yeseul sambil menangis. Aku terus pergi kearah Yeseul dan memeluknya.

"Shhh shhh dah jangan nangis. Oppa janji oppa akan jaga Yeseul elok-elok mulai sekarang. Don't push me again. I love you. I really love you. I mean it." kata aku. Aku masih terfikir kenapa dia sebut pasal eomma.

RENT WIFE ●YEONJUN TXT●Where stories live. Discover now