FIVE👑

202 14 0
                                    

👑SOOBIN POV👑

Lepas kelas aku jalan-jalan sekitar university. Aku rasa bosan jadi aku jalan sorang-sorang sebab yang lain nak lepak cafe. Masa aku jalan-jalan tu aku teringat yang Yeonjun hyung dengan Yeseul keluar sama-sama. Aku nak try cari diaorang mana tau boleh nampak agenda-agenda sweet ke kan.

Aku kemudian nampak kelibat Yeonjun hyung keluar dari satu tempat. Tapi dia sorang je. Aku terfikir mana Yeseul pergi. Aku kemudian pergi ke tempat di mana Yeonjun hyung keluar tadi dan aku ternampak Yeseul.

"Yeseul!" jerit aku. Yeseul yang terkejut kemudian memandang aku.

"Eyy Soobin! Terkejut aku tau takkk!" kata Yeseul. Ahaha aku suka buat dia terkejut, bukan aku je tapi semua orang sebab muka dia terkejut comel. Siapa je tak cair dengan muka terkejut dia tu weyh. Aku actually ada crush sikit dekat Yeseul tapi bila Yeseul bagitau aku yang dia suka Yeonjun hyung so aku cepat-cepat hilangkan perasaan tu.

"Ahahah sorry. Kau dengan Yeonjun hyung berbual apa tadi? Ada scene yang aku terlepas tak?" usik aku. Tetapi sejurus sahaja aku bertanya begitu muka Yeseul terus berubah. "Tak ada apa pun. Yeonjun just cakap nanti kitaorang kena balik rumah halmeoni dengan harabeoji sebab dia nak minta restu, tu je." kata Yeseul tetapi dengan nada tidak gembira.

"Kenapa kau macam tak happy? Bukan kau pernah cakap dekat aku ke yang kau suka gila dekat Yeonjun hyung." tanya aku.

"Ye, tapi..." kata-kata Yeseul terpotong oleh aku.

"Tapi kau takut dia layan kau tak elok lagi? Or kau takut parents dia tak boleh nak terima kau? Yeseul, kau kahwin dengan Yeonjun hyung tau bukannya parents dia. Masa kau dah kahwin nanti kau boleh ambil hati parents dia. Jangan risau okay. Kalau kau ada masalah just datang cari aku or any of us okay?" kata aku lalu mengusap kepala Yeseul.

"Okey." kata Yeseul dan tersenyum.

"Okay so since we have a very good news, then I personally will to treat you with anything that you want." kata aku.

"Eh tak apalah, lain kali je. Kau ada kelas lagi kan hari ni? Tak apalah lain kali je aku nak balik dah." kata Yeseul menolak pelawaan aku.

"Alaa aku mana ada kelas lagi. Jom lah aku belanja kau coffee?" kata aku.

"Hurm okay fine. Kau memang tau aku tak boleh tolak coffee kan." kata Yeseul lalu mengikut aku pergi ke cafe kegemarannya.

Masa aku dengan Yeseul berjalan keluar dari pintu university aku terperasan Yeonjun hyung melihat aku dan Yeseul.

"Eh Soobin kau kenapa? Hurmm dah tak nak belanja aku lah tu." kata Yeseul apabila dia perasan yang aku berhenti.

"Eh mana ada. Aku macam rasa ada orang perhatikan kita." kata aku lalu Yeseul memandang persekitaran kami.

"Hurm? Aku tak nampak sesiapa pun. Dah jangan buat alasan ae, kau dah janji nak belanja aku so jom cepat nanti kedai tu penuh." kata Yeseul lalu menarik aku.

Yeseul punya perangai menjadi pemaksa ni dengan aku je sebab kitaorang sebaya and kalau dengan yang lain dia control sebab dia nak bagi contoh yang baik untuk budak-budak kecik tu. "Haa yelah aku tau lah. Haa cepat kalau kau lambat aku tak belanja." kata aku lalu berjalan dengan lebih laju meninggalkan Yeseul.

"Weyhhh tunggulahhhh!!" jerit Yeseul lalu mengejar aku. "Eishh kau ni!" kata Yeseul sambil cubit aku apabila dia dapat mengejar aku.

"Auchh auchh sakit weyhhh." kata aku memahan kesakitan tetapi Yeseul hanya ketawa.

👑YEONJUN POV👑

Aku nak beli air dekat cafe jadi masa aku berjalan menuju ke cafe aku ternampak kelibat Yeseul dan Soobin. Muka Yeseul happy. Bila aku perasan Soobin nampak aku, aku terus sembunyikan diri.

"Eh Soobin kau kenapa? Hurmm dah tak nak belanja aku lah tu." aku dengar suara Yeseul. Soobin belanja Yeseul? Belanja apa? Kenapa Yeseul perlu rasa sedih bila Soobin tak nak belanja dia?

"Eh mana ada. Aku macam rasa ada orang perhatikan kita." aku dengar suara Soobin. Dia perasan aku ke? Aku kemudian nampak Yeseul macam tengok persekitaran.

"Hurm? Aku tak nampak sesiapa pun. Dah jangan buat alasan ae, kau dah janji nak belanja aku so jom cepat nanti kedai tu penuh." kata Yeseul lalu menarik tangan Soobin. Kenapa aku rasa macam nak cekik si Soobin ni? Dia tau kan yang kitaorang nak kahwin kenapa perlu buat macam tu.

Arghh aku frust. Aku terus bla dari situ dan pergi ke kelas aku yang seterusnya. Kelas kali ni 2 jam setengah aduh dah lah aku malas.

Sepanjang waktu kelas aku tak boleh fokus sebab fikirkan tentang Yeseul dengan Soobin. Soobin suka Yeseul ke? Yeseul dah tawar dengan aku? Arghh.

Lepas habis kelas aku terus pergi cafe yang dekat dengan university. Aku masuk-masuk je aku ternampak Soobin dengan Yeseul bergelak ketawa dan Soobin memegang muka Yeseul. Darah aku terus naik dan pergi kearah mereka lalu menarik Soobin. "Eh hyung, bila hyung sampai? Kenapa ni?" tanya Soobin.

"Kau tanya aku kenapa? Yang kau pegang-pegang girlfriend aku apahal!" tengking aku.

"Huh? Eh yang tadi tu hyung salah faham.." belum sempat Soobin habiskan ayat aku dah menyirap lalu menumbuknya dan dia dia jatuh ke lantai.

"Yeonjun!" jerit Yeseul lalu menolak aku dan pergi ke Soobin. "Kau ni kenapa haa! Boleh tak dengar explaination Soobin!" kata Yeseul. Nasib dekat cafe tu tak ada orang sangat.

"Explaination apa lagi! Aku nampak dengan mata kepala aku sendirilah. Aku dari dulu dapat rasakan yang Soobin ada perasaan dekat kau!" kata aku.

"Then what?! Kalau dia ada perasaan dekat aku pun apa salah dia! Dia manusia juga. Lumrah manusia suka someone. Daripada kau! Kau tau aku suka kau tapi kau tak pernah suka aku kan!" kata Yeseul. "Dah jom Soobin kita keluar dari sini." kata Yeseul lalu memulakan langkah untuk keluar dari cafe tersebut.

"Kau buat lagi macam ni, aku tak akan teragak-agak bagitau halmeoni dengan harabeoji." kata Yeseul lalu keluar dari situ meninggalkan aku seorang diri.

Arghhh aku frust. Aku keluar dari cafe itu dah terus balik ke rumah.

"I swear if Yeseul ada dekat rumah dengan diaorang. I'm going to go straight away get myself drunk." kata aku.

RENT WIFE ●YEONJUN TXT●Where stories live. Discover now