SEVEN👑

207 17 0
                                    

👑YESEUL POV👑

Sejak dari kejadian masa Yeonjun mabuk, aku jarang jumpa dia dan aku jauhkan diri dari dia. And yes aku terpaksa terima lamaran dia sebab ahjusshi dengan ahjumma terhutang budi sangat dengan Yeonjun sebab jaga aku and diaorang fikir yang Yeonjun tu akan jadi suami yang terbaik untuk aku. Tapi aku tau yang benda tu adalah sebaliknya.

3 bulan berlalu dan majlis perkahwinan kitaorang akan berlangsung dalam 2 minggu lagi dan Lizz tak dapat datang sebab eomma dia still sakit.

Aku pergi ke college seperti biasa dan duduk di cafe.

"Yow Yeseul, lama tak jumpa kau. Kenapa susah sangat nak jumpa kau lately ni? Kau busy sangat ke?" kata Soobin yang datang dan menegur aku dari belakang.

"Owhh tak lah aku lately ni rasa tak berapa sihat. Nak makan pun rasa macam tak ada selera so pagi-pagi aku terus masuk kelas and kalau dah tak ada kelas aku terus balik rumah." jelas aku.

"Yeseul, kau kurang minum air kosong ke? Pipi kau mula naiklah." tegur Beomgyu. Aku terkejut masa Beomgyu tegur macam tu. Aku rasa aku minum air memang banyak sekarang ni sebab aku rasa cepat haus and kadang-kadang cepat penat.

"Emm ntahlah maybe aku tak jaga makan sangat kot sebab aku rasa tak sedap badan. Sebab tu kot badan aku semua naik." terang aku.

Kitaorang semua kemudian berbual sehinggalah Yeonjun datang. Semua orang diam kerana masih takut jika Yeonjun jadi seperti 3 bulan lepas.

"Korang kenapa diam? Nampak malaikat maut ke?" kata Yeonjun.

"Haah. Malaikat maut Yeonjun." kata Taehyun. Yeonjun pandang Taehyun dengan pandangan maut.

"Haaa tengok tu tengok tu. Pandang orang macam nak bunuh orang memanglah orang panggil hyung malaikat maut." balas Taehyun. Uishh budak ni dah pandai menjawab.

"Haihh yelah. Sorry, hyung tak buat lagi benda yang 3 bulan lepas. Dah lah tu palau hyung. Hyung practice sorang-sorang korang tak nak teman pun. 2 minggu lagi hyung dengan Yeseul nak kahwin tak kan korang tak nak datang kot." kata Yeonjun. Kenapa tiba-tiba ego dia turun mendadak.

Diaorang semua berbual dan berbual. Kelas kitaorang start lambat lagi so kitaorang lepak cafe. Aku mula rasa pening dan tak sedap badan.

"Yeseul, kau okay tak?" tanya Kai.

"Ahh tak apa aku okay. Aku nak pergi toilet kejap." kata aku lalu aku bangun dari tempat duduk aku. Baru berapa langkah aku berjalan tiba-tiba aku rebah.

"YESEUL!" aku dengar diaorang jerit. Nasib aku tak pengsan lagi. Aku cuba untuk bangun dan kemudian ada orang tolong aku. Aku pandang dan orang tu merupakan Yeonjun.

"Kau kenapa ni?" tanya Yeonjun.

"Tak ada apa lah. Aku okay je. Penat kot." jelas aku. Yeonjun merenung aku dengan pandangan yang bercampur aduk antara marah dan risau.

"Yeseul cakap lately ni dia rasa tak sedap badan sangat. Apa kata hyung bawa dia pergi klinik mana tau ada apa-apa ke. Korang dah lah nak tunang 2 minggu lagi." kata Soobin memberi cadangan dan Yeonjun menganggukkan kepalanya.

"Kau boleh bangun tak ni?" tanya Yeonjun dan aku cuba bangun tapi gagal. Aku rasa macam lemah sangat. Disebabkan aku tak boleh bangun, Yeonjun mendukung aku dan bawa masuk kedalam keretanya.

"Kau dah makan belum?" tanya Yeonjun apabila dia mula memandu.

"Dah tapi sikit je. Sebab bila aku makan nanti aku muntah balik." jawab aku.

"Sejak bila kau jadi macam tu?" tanya Yeonjun lagi.

"Dalam bulan ni jugalah. Bulan ni aku tak berapa sihat sangat." jelas aku.

RENT WIFE ●YEONJUN TXT●Where stories live. Discover now