ELEVEN👑

149 12 2
                                    

👑YEONJUN POV👑

Aku terus balik ke rumah sebaik sahaja Yeseul tidur. Dah pukul 2 pagi dan rumah aku pun dah gelap. Aku masuk kedalam rumah.

Kring kring.. kring kring...

Aku mencari telefon yang berbunyi itu dan telefon itu milik eomma.

Incoming call...
+82 02X XXXX XXX

Aku mengambil keputusan untuk mengangkat call tersebut.

Hello Puan Choi.
Perempuan tu dah gugur cuma dia masih hidup. Masa saya dekat hospital, saya terdengar Yeonjun dan perempuan tu bergaduh.

JAEJIN! KAU... KAU!!! AKU AKAN BUNUH KAU JAEJIN!! AKU AKAN CARI KAU SAMPAI LUBANG CACING!! KAU DENGAN EOMMA AKU MEMANG TAK GUNA!!

Jaejin terus mematikan telefon manakala eomma dan appa terbangun dari tidur mereka dan turun kebawah.

"Yeonjun sayang, kenapa jerit-jerit ni?" tanya eomma.

"Haa betul Yeonjun. Kenapa ni? Mana Yeseul?" tanya appa.

"Appa tanya sendiri apa yang isteri appa dah buat dekat satu-satunya menantu appa." kata aku.

"Sayang, apa awak buat?" tanya appa.

"Apa saya buat? Mana ada saya buat apa-apa.." sebelum eomma menghabiskan ayatnya aku menengkingnya.

"Tak buat apa-apa eomma cakap! Kenapa eomma contact Jaejin! Kenapa kereta eomma tak ada dekat parking lot! Wae eomma waeee!!" tengking aku. Appa hanya memandang eomma yang terkedu.

"Apa ni sayang? Awak ada pergi mana-mana ke?" tanya appa.

"Eomma tak ada pergi mana-mana pun appa. Eomma upah Jaejin untuk langgar Yeseul, bini anak dia sendiri!" jerit aku. Appa terkejut dan memandang eomma.

"Betul ke apa yang Yeonjun cakapkan ni? Awak sanggup buat macam tu dekat satu satunya menantu kita? Kita bakal dapat cucu, awak tau tak!" appa goncang eomma. Eomma hanya terdiam.

"Kenapa diam eomma?" tanya aku. Ikutkan hati aku, nak je aku tampar eomma, bukannya dia eomma kandung aku pun. Tapi bila kenang balik dia jaga aku dari kecil, aku hormat dia.

"Sebab dia perempuan malang. Eomma tak nak anak eomma terkena tempias malang dia. Cukuplah eomma dapat tau kamu berkawan dengan dia, bila kamu cakap kamu nak kahwin dengan dia. Eomma kalau boleh nak bunuh dia masa majlis perkahwinan kamu. Eomma buat semua ni sebab eomma sayang kamu." kata eomma.

"Heh, Yeonjun ingatkan eomma tak sama macam orang lain. Tapi Yeonjun silap. Orang lain semua ingatkan Yeseul tu pembawa malang disebabkan eomma dengan appa dia mati ketika kemalangan dan dia sorang je selamat. Kalau itulah yang membuatkan dia digelar budak pembawa malang, maknanya selama ni eomma pun anggap Yeonjun pembawa malang lah kan. Eomma lupa ke asal usul Yeonjun selama ni? Yeonjun hormat eomma sebab eomma boleh terima Yeonjun, tapi tak sangka pulak eomma dengar kata-kata orang dan tak boleh nak terima Yeseul. Yeonjun terkedu eomma." kata aku kepada eomma.

"Yeonjun.. bukan itu maksud eomma.." kata-kata eomma dipotong lagi dengan kata-kata aku.

"Kalau bukan, kenapa eomma sanggup nak hancurkan anak kutip eomma ni? Appa, Yeonjun minta maaf sebab Yeonjun tinggikan suara dekat isteri appa. Yeonjun nak minta izin untuk keluar dari rumah. Yeonjun dah nekad nak duduk berdua dengan Yeseul. Yeonjun tak yakinnyang Yeseul akan bahagia duduk satu bumbung dengan orang yang cuba nak bunuh dia." kata aku sambil perli eomma.

"Yeonjun, jangan buat macam ni dekat eomma. Eomma janji eomma tak akan buat macam tu lagi, eomma akan layan perempuan baik. Eomma.." kali ini kata-kata eomma dipotong dengan satu tamparan.

"Awak cakap awak akan layan Yeseul baik sedangkan awak tak sedar yang awak masih rasa jijik nak sebut nama dia! Manusia jenis apa awak niii!" kata appa. Eomma memegang pipinya yang ditampar appa.

"Yeonjun, kamu pergilah kemas barang kamu dan Yeseul. Kalau ada apa-apa masalah kamu boleh bagitau appa. Walaupun appa bukan appa kandung kamu tapi appa tak akan buat benda yang hina macam mana eomma kamu buat." kata appa kepada aku.

"Gomawo appa. Yeonjun kemas dulu." kata aku lalu naik keatas untuk mengemas barang aku dan Yeseul.

👑KAI POV👑

Apabila aku nampak Yeonjun hyung keluar dari bilik Yeseul, aku terus masuk kedalam biliknya.

"Yeseul, kenapa kau sayangkan Yeonjun sangat sampai kau buta yang aku buat macam-macam untuk jaga kau." air mata aku keluar semasa aku memandang Yeseul yang sedang tidur.

Aku duduk desebelah Yeseul dan memegang erat tangannya. "Aku lambat sangat ke untuk confess dekat kau?" kata aku lagi sambil mencium tangan Yeseul.

Tiba-tiba pintu bilik Yeseul dibuka. "Encik, waktu melawat dah tamat. Encik boleh melawat esok." kata nurse tersebut. Aku hanya menganggukkan kepala aku dan tersenyum. Aku bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik Yeseul.

👑YESEUL POV👑

Apabila Kai keluar dari bilik aku, aku gigihkan diri untuk duduk. "Maafkan aku Kai. Hati aku dah lama kena curi dengan Yeonjun. Aku gembira kau tak confess dekat aku sebab aku tak sanggup nak tengok kau sedih, kecewa." kata aku seorang diri.

Aku termenung memandang tingkap sambil memegang perut aku yang dulunya mempunyai seorang insan yang bakal lahir di dunia ini tapi sudah tidak.

"Maafkan eomma, eomma tak dapat nak selamat kan kamu. Eomma harap kamu pun tak salahkan appa dan halmeoni. Dia mungkin salah atas pemergian kamu, tapi halmeoni kamu yang sudah berjumpa dengan kamu sekarang ni pernah ajar eomma untuk maafkan orang yang buat salah dekat kita." kata aku dengan tidak sedar air mata aku mula mengalir.

"Eomma dengan appa jagakan anak Yeseul elok-elok ya. Anak tu anak Yeseul dengan lelaki yang Yeseul paling sayang, tapi sekarang Yeseul buntu sama ada dia betul jodoh Yeseul." kata aku lagi. Aku tau eomma dengan appa mesti nak tenangkan aku. Diaorang semua dengar apa aku cakap.

"Yeonjun, saya harap awak tunjukkan yang awak betul-betul sayang saya sebelum saya mula tawar hati." kata aku lagi.

RENT WIFE ●YEONJUN TXT●Where stories live. Discover now