-•-•-•-
Kaki mula melangkah masuk ke dalam sebuah tempat yang menjadi pilihan bagi manusia yang tak kenal erti dosa dan pahala, yang lalai dengan 'syurga' dunia yang dihamparkan dihadapan mereka.
Memandangkan sekarang hujung minggu, bertambah ramai lagi manusia yang lalai itu bertandang ke sana. Ramai wanita yang boleh digelar 'perempuan murahan' berada di situ.
Suara muzik yang dilantunkan dengan begitu kuat, lelaki dan juga wanita yang menari bagaikan tiada harga diri sudah menjadi kebiasaan pandangan mereka.
"Nak cari mainan baru ke, Di?" tegur Danial sebaik saja segelas wine diletakkan di hadapannya.
Mata Danial memandang teman akrabnya yang sedang leka menghisap vape, alat untuk menggantikan rokok. Asapnya dihembus ke udara menjadi bentuk bulatan.
"Hmm, kau rasa?" Ryan hanya tersenyum senget.
Danial yang seakan faham dengan pertanyaan Ryan itu hanya menepuk-nepuk bahu kawannya.
"Di, she's coming." Danial berbisik perlahan di tepi telinga Ryan. Jejaka itu hanya memerhatikan dengan ekor matanya.
Seorang gadis yang tinggi lampai dan bertubuh langsing datang menghampiri mereka berdua dengan gaya ala-ala model. Pakaian yang ketat sehingga menampakkan lekuk badannya membuatkan Danial tidak keruan. Namun tidak bagi Ryan Dilan.
"Hey, baby. I miss you." bisikan penuh menggoda diberikan kepada Ryan seraya mengucup sekilas pipi jejaka itu.
Ryan tidak membalas kucupan mengejut yang diberikan Natasha sebentar tadi. Bibirnya hanya mengukir senyuman nipis memandang wajah cantik itu.
"Lama I tak nampak you kat sini. Where have you been, dear?" soal Natasha dengan mimik wajah yang cukup manja.
"I kerja. Lain lah macam you, hari-hari datang sini. Maklumlah ni kan rumah you." Ryan sengaja memerli Natasha. Tapi, ianya langsung tidak memberi kesan pada wanita itu.
Natasha sengaja duduk di atas riba Ryan sambil mengusap perlahan wajah yang tampan itu. Ryan tidak melawan mahupun menolak. Dia membiarkan sahaja Natasha berbuat sebegitu.
"Di, jom ikut aku. Member aku cakap, banyak perempuan lawa baru masuk kat lorong tu." pelawa Danial tiba-tiba.
Kening Ryan terjongket sedikit.
"Really?"
"Yup."
Ryan terdiam sebentar. Memikirkan pelawaan Danial tadi.
YOU ARE READING
[OG] Seindah Takdir Cinta
RomanceSeorang jejaka berjaya mematahkan hati setiap perempuan yang menjadi mainannya, ia digelar 'PLAYBOY'. Gelaran itu berjaya disandang oleh Ryan Dilan, lelaki yang menjadi idaman setiap kaum Hawa. Dengan rupa parasnya yang cukup tampan menjadikan setia...