BAB || 03

1K 68 10
                                    

-•-•-•-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-•-•-•-

Zahirah mengesat peluhnya yang mula mengalir di dahi. Dia lelah kerana dirinya tidak sempat untuk berehat walau sekejap. Pelanggan yang datang ke restoran itu tidak putus-putus.

Baru saja dia mahu melabuhkan punggung, mesti Riana datang ke dapur dengan membawa pinggan untuk dicuci. Dalam kepenatan, Zahirah gagahkan jua demi menjaga prestasinya semasa bekerja.

"Haih, penatnya." Zahirah mengeluh perlahan. Tangannya masih bergerak mencuci pinggan itu dengan sabun.

Pinggan yang sudah siap dicuci diletakkan ke satu besen khas untuk digunakan lagi oleh tukang masak bagi meletakkan makanan.

"Irah, ada lagi ni." Riana datang menghampiri dan meletakkan beberapa pinggan yang ada sisa makanan itu ditepi Zahirah.

"Riana, banyak lagi ke? Aku...aku betul-betul penat ni."

Riana mengangguk lemah. Zahirah mengeluh lagi. Mahu saja dia menangis di situ. Sungguh, dia penat.

"Irah, ni dah sudah?" tegur Abang Zack, salah seorang tukang masak di restoran tempat Zahirah bekerja itu.

Zahirah menoleh ke kiri dan menganggukkan kepalanya. Abang Zack tersenyum lalu mengambil pinggan yang sudah bersih itu daripada Zahirah.

Riana kembali semula ke hadapan untuk menyambung tugasnya. Tak lama kemudian, dia datang semula ke dapur dan mengambil tempat di sebelah Zahirah.

"Bagi aku sabun pinggan ni. Kau tolong bilaskan, ya?" pintanya sambil tersenyum manis.

Zahirah terpinga-pinga melihat Riana yang sudah mula mengambil span lalu mencuci pinggan-pinggan tersebut.

"Eh tak mengapa lah, Riana. Aku boleh buat sendiri." larang Zahirah dengan lembut.

"Kau tak payah nak berlagak lah, Irah. Aku tahu kau terlalu penat. Jadi, tak salah kan kalau aku nak tolong kau? At least, ringan sikit kerja kau nanti."

"Tapi...nanti Abang Ajim tak marah ke kalau kau tolong aku? Kerja kau kan ambil order kat depan." takut-takut Zahirah berkata. Bimbang pemilik restoran itu memarahinya.

Riana pantas menggeleng.

"Customer dah berkurang. Jadi, dia suruh aku rehat kejap. Aku bukannya penat sangat, sebab tu lah aku tolong kau. Dah, jangan banyak cakap! Nanti siap lambat kau jugak yang stress."

Zahirah dan Riana tersenyum. Riana kembali mencuci pinggan yang kotor itu.

"Terima kasih, Riana." tangan Riana disentuh perlahan oleh Zahirah.

[OG] Seindah Takdir CintaWhere stories live. Discover now