-•-•-•-
"Aku pun tak teringinlah nak sentuh perempuan murah...macam kau."
Setiap bait kata lelaki itu masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Puteri Zahirah sejak semalam.
Cara lelaki itu memandangnya, dia sudah tahu bahawa lelaki itu pasti jijik akan dirinya. Ye lah, kalau tinggal kat lorong ni siapa je yang pandang?
Walaupun Puteri Zahirah tinggal di situ, dia tak pernah menjual tubuhnya kepada mana-mana lelaki yang mempunyai nafsu serakah. Kesuciannya masih terpelihara, itupun dengan bantuan secara mengejut daripada lelaki itu.
Kalau dia tiada, masa hadapannya sudah dapat dibayangkan. Hidupnya pasti sengsara.
"Irah, kau memang tak akan balik kampung kau lagi ke?" tanya Riana, satu-satunya insan yang rapat dengan Zahirah sewaktu dia menjejakkan kakinya di sini.
Zahirah menggeleng lemah. Apabila berbicara pasal kampung, serta-merta hatinya dipagut kerinduan yang teramat terhadap keluarganya.
"Buat apa lagi aku perlu ke sana jikalau tiada hal yang mustahak? Aku tak sanggup nak menangis lagi, Riana." Zahirah mengeluh perlahan.
Nafasnya seakan berat. Air mata sudah bertakung, menanti masa untuk jatuh ke pipinya.
Riana yang tersedar dengan perubahan emosi rakannya itu terus memeluk Zahirah. Tak lama kemudian, terdengar esakan kecil daripada gadis itu.
"Maafkan aku, Irah. Niat aku cuma nak bertanya je." kata Riana sambil mengusap lembut belakang tubuh Zahirah.
Besar betul dugaan yang dialami gadis itu. Riana amat memahami situasi Zahirah. Dia juga pernah kehilangan kedua orang tuanya, namun hari demi hari kesedihannya beransur pergi. Dia cuba membiasakan dirinya untuk belajar berdikari.
Zahirah masih lemah, kerana perkara ini masih baru lagi untuknya. Saban hari sedih dan menangis. Bila ditanya, yang dijawab hanyalah 'aku rindukan mereka'.
"Riana, aku t-takut. Boleh tak aku nak tinggal dengan kau?" Zahirah memandang Riana dengan wajah yang amat berharap.
Riana diserang rasa bersalah. Mahu diberi, bermakna dia sengaja mencari 'bala' dengan bapak ayam itu. Jika tak diberi pula, kasihan pula akan nasib gadis itu. Zahirah terlalu muda untuk alami perkara sebegini.
"A-Aku bukan tak bagi, Irah. T-Tapi..."
"Tapi apa?"
Riana menggigit bibir. Tidak tahu hendak memberikan jawapan yang terbaik buat Zahirah.
"Nanti lah aku fikir. Sekarang ni, kita breakfast dulu. Lepas tu, bersiap and kita terus pergi kerja. Okay?" pinta Riana.
YOU ARE READING
[OG] Seindah Takdir Cinta
RomanceSeorang jejaka berjaya mematahkan hati setiap perempuan yang menjadi mainannya, ia digelar 'PLAYBOY'. Gelaran itu berjaya disandang oleh Ryan Dilan, lelaki yang menjadi idaman setiap kaum Hawa. Dengan rupa parasnya yang cukup tampan menjadikan setia...