Bab 1

6.4K 154 20
                                    

"Noah! Ke mana kamu pergi ni? Keluar dari pagi, tengah malam baru balik. Kamu tahu tak mak risau?" Mak Ani menyerbu anaknya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Macam-macam dia fikir tadi, nasib baik anaknya masih jumpa jalan pulang ke rumah.

"Noah tahu lah nak balik mak. Noah bukan budak kecik." Noah menjawab malas.

"Ya, kamu dah besar. Dah sesuai jadi bapak budak pun. Cuma mak takut kamu tu buat bukan-bukan bila teringatkan Nora."

"Noah dah move on lah mak." Noah buang keluh. Suami mana yang tak ingatkan isteri bila isteri tiada secara tiba-tiba. Perginya mengejut. Ditinggalkan dia terkontang kanting tanpa ucapan selamat tinggal. Walaupun sudah empat tahun berlalu, Nora masih segar dalam ingatannya.

"Pakcik.."

Mendengar suara halus itu, Mak Ani menjenguk ke belakang Noah. Bulat matanya bila melihat seorang perempuan yang memegang kemas belakang baju kemeja anaknya.

Terus Mak Ani menarik lengan Noah supaya menjauh dari perempuan itu.

"Perempuan mana kamu bawak balik ni Noah? Muda sangat kalau kamu nak jadikan pengganti Nora." Bisik Mak Ani cukup perlahan. Tidak mahu perempuan itu mendengar suaranya.

Noah berpaling ke belakang. Wajah perempuan yang dia bawa balik tadi dipandang sebentar sebelum pandangannya kembali terarah pada Mak Ani.

"Dia tu anak Azham."

"Azham? Kawan baik kamu tu?" Soal Mak Ani kurang percaya. Azham sebaya Noah, masakan Azham mempunyai anak yang sudah sebesar itu.

Noah angguk kecil.

"Sekejap mak, Noah nak tunjukkan bilik untuk Aina."

Mak Ani tidak menjawab sebaliknya matanya terus leka memerhati perempuan yang dibawa balik Noah. Cantik dan terlalu muda. Dari hasil pemerhatiannya, dia yakin perempuan itu baru habis sekolah.

Aina mengikut langkah Noah. Sampai di depan pintu bilik bersebelahan dapur, Noah buka kan pintu untuk Aina.

"Aina tidur sini ya buat sementara. Nanti esok-esok kita cari barang untuk bilik Aina."

Aina mengangguk sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam bilik yang begitu asing baginya. Beg berisi pakaiannya yang dia galas tadi diletakkan di penjuru bilik. Wajah Noah yang berdiri di tepi pintu bilik dipandang. Senyum tawar tersungging di bibirnya.

"Bilik pakcik kat atas. Ada apa-apa Aina call je pakcik, nanti pakcik turun."

Aina angguk.

"Pakcik keluar dulu ya. Aina rehatlah." Terus Noah menutup pintu bilik yang dihuni Aina. Langkahnya diatur ke arah Mak Ani yang sedia menunggu di ruang tamu. Menunggu untuk mendengar penjelasan darinya.

"Mana Azham?" Soalan pertama keluar dari mulut Mak Ani sebaik Noah labuhkan duduk di atas sofa bertentangan dengannya.

"Azham dengan Kamilia kemalangan minggu lepas." Balas Noah senafas. Bibirnya dikemam kuat dan matanya turut terpejam. Menahan rasa sebak yang bertandang. Baru minggu lepas mereka keluar makan bersama. Azham dan Kamilia nampak seperti biasa, siapa sangka rupa-rupanya itu perjumpaan kali terakhir mereka. Allah s.w.t lebih sayangkan mereka.

Azham dan Kamilia adalah kawan baiknya sejak dari universiti. Azham dan Kamilia kahwin pun dia yang menjadi saksi. Dia yang selalu ada bila Azham hampir rebah semasa awal-awal perkahwinannya dengan Kamilia dulu. Dia yang selalu memberi dorongan dan kata semangat kepada Azham.

"Habis tu macam mana keadaan Azham dengan Kamilia tu? Teruk ke?" Soal Mak Ani lagi. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Melihat reaksi anaknya, dia rasa tak sedap hati. 

"Kamilia meninggal kat tempat kejadian. Azham pula meninggal kat hospital dua hari lepas. Aina tu.. Tak ada siapa nak jaga. Mak tahu kan, Azham dengan Kamilia tu dibuang keluarga sebab kahwin muda." Noah sandarkan badannya ke kerusi. Pening kepala dia memikirkan tentang Aina. Dia duda, mana mampu dia menjaga Aina.

"Innalillahiwainnailaihirojiun." Mak Ani alih pandangan pada pintu bilik yang dimasuki Aina sebentar tadi. Tumpah simpatinya pada Aina. Sesungguhnya ajal maut tidak mengira usia.

"Azham amanahkan Noah untuk jaga anak dara dia. Tapi.. Aina tu dah besar. Noah pulak duda. Macam mana.."

"Biar Aina tu ikut mak balik kampung." Cantas Mak Ani membuatkan Noah tegakkan tubuh.

"Mak nak Aina ikut mak?"

"Yelah. Kenapa?"

"Dia nak ke?"

"Dia tak ada pilihan. Baik dia ikut mak balik kampung sebelum timbul cerita bukan-bukan pasal kamu dengan dia. Ini untuk kebaikan kamu, untuk kebaikan dia juga. Ke kamu teringin nak beristeri muda?"

"Hisyy.. Mak ni. Ke situ pulak dia."

Mak Ani lorek senyum. Cuba menceriakan hati anaknya yang nampak kusut.

"Mak gurau je. Ni, lusa mak dah nak balik. Ikan mak tu, tak de siapa nak bagi makan. Kan mati kan sayang je. Bukan murah mak beli."

Noah buang keluh. Maknya tak habis-habis dengan ikan. Suka sangat dengan ikan. Orang lain bela ayam, itik. Mak dia sibuk bela ikan. Sampaikan dalam rumah ada tiga akuarium.

"Hmm.. Esok lah kita cakap kat Aina tu. Dia dah besar jadi Noah rasa tak ada masalah nak bagi dia faham."

Mak Ani angguk setuju.

"Kalau macam tu mak masuk tidur dulu lah. Dah mengantuk sangat ni. Dari tadi mak tunggu kamu balik."

Noah ukir senyum nipis. Tahu perasaan emaknya yang risau kan dia.

Aina yang menadah telinga di pintu sedari tadi terduduk lemah. Badannya melorot jatuh ke lantai. Tangisannya terhambur. Lantas cepat-cepat tangan naik menekup mulut. Risau jika tangisannya mengeluarkan bunyi.  Air matanya mengalir tanpa henti. Puas dia cuba kuatkan diri, kuatkan semangat namun dia tak mampu berpura-pura lagi. Mama dan papa sudah tiada. Dia sekarang keseorangan. Sebatang kara di muka bumi ini.

"Ya Allah, kenapa kau tak ambil sekali nyawa aku? Aku rindukan mama. Aku rindukan papa.." Aina menangis lagi. Sejak dari hari dia dikhabarkan tentang kemalangan dan kematian mamanya, hari-hari dia menangis. Insan yang dia sayang sudah tiada. Pergi meninggalkan dia saat dia masih perlukan tempat untuk bergantung.

"Mama.. Papa.." Kedua-dua lututnya dipaut rapat ke dada. Mukanya disembamkan ke situ. Tangisannya mendayu. Mungkin dengan melepaskan apa yang terbuku di hati, perasaan sedihnya akan berkurangan. Bukan dia tidak redha, cuma semua yang berlaku ini terlalu tiba-tiba. Dia perlukan masa untuk kembali pulih.

Selepas mak Ani naik ke bilik, Noah ke dapur. Tekaknya terasa kering. Sambil membancuh air milo, telinganya dapat menangkap dengan jelas tangisan Aina. Keluhan panjang terluah. Terfikirkan Aina, spontan dia teringatkan Azham dan Kamilia.

"Azham, Lia.. Berat tanggungjawab yang korang beri kat aku." Keluhnya.

Sudu di tangannya kembali digerak mengacau milo. Sambil mengacau, telinganya masih mendengar dengan jelas tangisan Aina. Hatinya tersentuh. Kalau lah dia mampu hentikan tangisan itu kerana dia faham macam mana sakitnya merindu orang yang sudah tiada.

Tan Sri Si Duda Hot Novel (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now