Noah buntu. Hari ini sehari suntuk maknya lancarkan mogok bisu. Bila dia ke dapur maknya ke ruang tamu. Bila dia ke ruang tamu terus maknya angkat punggung dan masuk ke bilik.
Lantas dia ke depan dan duduk dilabuhkan di atas gazebo di laman rumah. Matanya dilontar jauh memandang kanak-kanak yang sedang bermain bola di tanah lapang depan rumahnya. Udara kampung disedut dalam, cuba meredakan fikiran yang berserabut.
"Pakcik.."
Noah menoleh. Wajah putih bersih Aina dipandang.
"Boleh Aina duduk?" Pinta Aina sopan.
"Dudukla." Noah anjakkan sedikit punggungnya ke kanan memberi ruang kepada Aina.
"Pakcik jangan salah faham pasal yang mak tok cakap semalam. Aina cuma niat nak tolong mak tok. Mak tok risaukan pakcik. Mak tok takut.."
"Pakcik dah lama hidup sendiri Aina. Empat tahun arwah dah tinggalkan pakcik. Lagipun pakcik bukan budak kecil yang kena ada peneman setiap masa. Tahulah pakcik nak jaga diri pakcik." Melihat Aina yang diam dan menunduk, Noah sambung bicara.
"Aina masih muda. Jauh lagi perjalanan hidup Aina. Jangan sia-siakan hidup Aina untuk lelaki yang dah separuh abad macam pakcik. Aina kena capai cita-cita Aina tu dulu. Jadi isteri ni tanggungjawab tu besar. Aina dah sedia?" Noah menggeleng.
"Pakcik tak rasa Aina mampu."
Dupp.. Aina pejam mata. Kata-kata Noah cukup untuk buatkan hatinya tersayat. Bicara lelaki itu walaupun kedengaran lembut tetapi maksudnya cukup tajam.
"Aina cakap dengan mak tok yang Aina belum.."
"Cakap apa?"
Tegak tubuh Noah mendengar suara maknya yang memetir dari belakang.
"Aina tak salah Noah. Mak yang pujuk Aina supaya terima kamu. Mak yang minta tolong Aina supaya tolong jagakan kamu untuk mak. Salah ke niat mak ni? Empat tahun Noah. Empat tahun. Kamu tak teringin nak hidup bahagia macam orang lain? Kamu tak teringin nak ada anak sendiri?" Mak Ani hembus nafasnya perlahan. Dia mampir mendekat pada anaknya yang senyap membisu.
"Noah." Bahu Noah disentuh.
"Mak tak kenal perempuan lain yang mak rasa sesuai untuk kamu. Aina ni walaupun muda tapi mak nampak dia ada ciri-ciri yang kamu suka dalam diri seorang perempuan. Ciri-ciri yang sama dengan arwah Nora. Mak tak bandingkan Nora dengan Aina, cuma mak yakin Aina dapat jaga kamu seperti mana mak jaga kamu."
"Mak.. Aina duduk dengan mak baru sebulan. Bukan setahun, dua. Lagipun Azham serahkan Aina untuk Noah didik dan jaga dia macam anak sendiri. Bukan untuk Noah jadikan isteri." Suara Noah sudah meninggi. Dia bangun berdiri. Sekilas Aina yang masih menunduk di sebelahnya dipandang.
"Noah dah cakap apa yang Noah nak cakap." Terus Noah atur langkah berlalu dari situ.
"Mak tok!" Jeritan Aina membuatkan kaki Noah pegun. Saat dia berpaling ke belakang, maknya sudah rebah menyembah bumi.
"Allah!" Laju Noah meluru. Kepala maknya diangkat dan dipangku.
"Aina tolong pakcik. Tolong ambilkan phone pakcik dengan kunci kereta atas kerusi depan tv."
Cepat Aina berlari ke dalam rumah. Tak lama kemudian dia keluar semula dengan kunci dan telefon di tangan.
"Aina ikut sekali ya?"
"Hmm.. Aina duk rumahla. Ada apa-apa pakcik call je." Noah terus mencempung maknya dan dibawa masuk ke dalam kereta. Keretanya meluncur laju keluar dari tempat parkir.
Aina memerhati sehingga bayangan kereta itu hilang dari pandangan matanya. Fikirkan mak tok, air matanya bergenang.
"Ya Allah, jangan kau ambil dia dariku. Sesungguhnya aku sudah tiada siapa-siapa."
*****
Aina gelisah sendirian. Jam dinding yang tergantung dipandang entah untuk kali yang ke berapa. Telefon bimbitnya yang terletak di atas meja juga dikerling. Masih tiada panggilan atau mesej dari Noah.
Buang perasaan malu ke tepi, dia mula menaip mesej untuk dihantar kepada Noah.
- Macam mana dengan mak tok?
- Mak tok kena tahan wad malam ni. Pakcik teman mak tok. Aina tidur sendiri lah. Kunci semua pintu.
- Mak tok dah sedar?
- Dah. Tapi Mak tok nampak lemah. Insya Allah, esok mungkin mak tok akan okey. Darah naik mendadak tadi.
- Alhamdullilah. Kalau mak tok sedar, sampaikan salam Aina pada mak tok ya. Assalamualaikum.
Noah tenung lama telefonnya yang sudah gelap. Pandangannya terarah pula maknya yang sedang tidur. Rambutnya diraup kasar. Semuanya berpunca dari dia. Kalau lah dia tak meninggi suara, mungkin maknya takkan terlantar.
Tangan maknya yang dicucuk jarum diusap.
"Noah minta maaf mak. Noah.." Noah hentikan kata. Wajahnya pula diraup. Rasa bersalahnya menggunung.
"Ampunkan Noah mak. Noah tak bermaksud nak sakitkan hati mak. Noah.."
"Takpe, mak faham. Mak yang patut minta maaf. Mak terlalu mendesak. Mak lupa.. Yang Noah dah cukup matang untuk berfikir sendiri." Cantas Mak Ani seakan berjauh hati. Dari tadi lagi dia sudah sedar, cuma dia mahu melihat apa reaksi Noah. Matanya pula hanya terarah pada televisyen yang terpasang. Noah di sisinya langsung tidak diendahkan.
"Mak.." Noah usap pula lengan maknya.
"Pasal tu lepas mak keluar hospital kita bincang. Noah tak nak darah mak naik lagi." Noah memujuk lembut.
Namun Mak Ani hanya diam membisu.
Terlepas keluhan dari mulut Noah. Buntu mahu melayan maknya yang dirasakan agak keanak-anakkan.
"Mak rehatla. Noah teman mak malam ni." Noah Cuba mengajak maknya berbual. Senyuman terukir di bibirnya.
"Aina mana?" Teringatkan Aina, matanya meliar tetapi bayang Aina tak pula kelihatan.
"Kat rumah."
"Kenapa dia tak ikut sekali?"
"Kalau dia ikut dia nak tidur mana? Lagipun seeloknya Noah yang teman mak bukan Aina."
"Kamu tu bukan ambik tahu perasaan mak. Kamu fikir kamu je."
"Allah.. Mak.. Noah tak pernah.."
"Dahla Noah. Lupakan apa yang mak cakap pada kamu sebelum ni. Anggap je mak dah nyanyuk."
"Mak!" Noah ramas kasar rambutnya. Bertambah kusut fikirannya dengan telatah maknya.
Noah bangkit. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
"Baiklah. Kalau itu yang mak nak sangat. Noah akan tunaikan. Noah akan ikut cakap mak. Noah akan terima Aina. Tapi mak jangan nak ungkit apa-apa kemudian hari. Noah tak nak dengar."
Terus Mak Ani pandang wajah anaknya tak berkelip. Perlahan-lahan senyum menguntum di bibir pucatnya.
"Betul ni?" Soalnya teruja.
Noah angguk malas. Bukan dia tak perasan raut wajah maknya sudah berubah. Nampak sangat maknya jatuh sakit sebab dia menolak dari menerima Aina.
"Noah nak ke cafe sekejap. Nak cari kopi. Mak nak apa-apa?"
Mak Ani menggeleng.
Terus Noah meninggalkan Mak Ani sendirian. Dia perlu tenangkan dirinya seketika. Mulutnya sudah terlanjur bersetuju. Untuk menarik balik, dia tidak mahu maknya kembali rebah.
Keluar saja Noah terus Mak Ani mencapai telefon di atas kabinet sebelah katilnya. Nombor Aina didail cepat.
"Aina.."
"Ehh.. Mak Tok? Mak tok dah okey sikit ke? Maaf sebab Aina.."
"Dah.. Dah.. Aina dengar sini. Noah dah terima Aina nak jadikan Aina isteri dia."
"Hah?" Hampir terlepas telefon bimbit dari pegangannya. Rasanya dia tak salah dengar kan? Pakcik setuju nak kahwin dengan dia? Biar betul?
YOU ARE READING
Tan Sri Si Duda Hot Novel (Sudah Terbit)
RomanceEbook (bakal dibukukan) "Tolong, jagakan Aina untuk aku." Terikat dengan bicara itu buatkan Tan Sri Noah Anaqi terpaksa menjaga anak dara kawan baiknya. Aina Azzahra pula yang tiada tempat untuk bergantung selepas ibu bapanya meninggal dunia, menu...