Bab 3

3.8K 85 8
                                    

Sebulan berlalu..

"Hello, assalamualaikum mak." Noah angkat telefon yang disambungkan terus ke pejabatnya dari PA nya diluar. Biasanya maknya akan telefon kalau ada hal mustahak.

"Ni Noah. Apa cerita yang dalam instagram tu? Kamu ada hubungan dengan model mana pulak ni Noah? Dahla rambut perang, pakaian pulak.. Haihh.. Buruk. Dah macam telanjang mak tengok." Serbu Mak Ani tanpa menjawab salam anaknya.

"Bukanlah. Dia tu.."

"Kamu jangan. Mak tak nak menantu telanjang macam tu. Ingat sikit, kamu tu Tan Sri. Kena jaga perangai, tingkah laku. Lepas ni mak tak nak dengar dah gosip liar pasal kamu. Telinga mak ni dah nak bernanah dengar orang kampung duk mengata kamu macam-macam." Laju saja Mak Ani memotong bicara Noah.

Aina yang memasang telinga dari tadi terkejut. Tak sangka langsung, pakcik Noah rupanya berpangkat Tan Sri. Lelaki itu nampak cukup low profile. Terhenti kerjanya mengupas bawang. Semakin tekun dia memasang telinga nak mendengar apa yang dibualkan Mak tok.

"Mak sihat. Kamu jangan nak ubah topik ya. Mak belum habis cakap ni. Kalau kamu letak telefon, mak tak nak cakap dengan kamu 44 hari."

Aina tergelak. Mak tok memang kelakar.

Mendengar tawa Aina, Mak Ani letak telunjuk di bibir, mengisyaratkan supaya Aina diam.

"Ni lagi satu mak nak cakap yang mak nak pergi rumah kamu bulan depan. Si Aina ni ada temuduga kerja."

"Ehh.. Takpe ke mak tinggal ikan mak tu?" Soal Noah senada.

"Kamu jangan duk perli-perli. Kan mak sampai nanti mak tinju muka kamu baru kamu tau. Biar lebam muka kacak kamu tu."

Aina tekup mulut. Dengan adanya maktok hidupnya lebih ceria. Bibirnya sudah belajar untuk kembali senyum dan ketawa. Dia sudah penat menangis. Betul kata maktok, dia kena tabah. Kalau tidak siapa lagi yang mama dan papa ada untuk bekalkan doa untuk mereka.

Letak sahaja telefon, Mak Ani duduk di sebelah Aina. Wajah Aina yang sedang tekun mengupas bawang diperhati. Cantik, tiada cacat cela. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan lebih cantik dari arwah Nora.

"Aina, maktok nak tanya sikit boleh?"

"Tanya lah mak tok. Sejak bila pulak mak tok mintak izin bila nak tanya ni."

Mak Ani menjeling.

"Aina dah ada boyfriend?"

Terus terhenti kerja Aina. Pisau diletak ke atas meja. Wajah Mak Ani yang tersenyum semacam dipandang dengan riak musykil.

"Kenapa mak tok tanya?"

"Hmm.. Aina tengok pakcik Noah tu macam mana?"

"Macam mana? Maksud maktok?"

"Yelah, kacak ke? Bergaya ke? Aina suka lelaki macam mana?"

Terdiam Aina. Rasanya dia sudah dapat meneka apa yang berada di benak mak tok sekarang ini.

"Jangan cakap mak tok nak kenenkan Aina dengan pakcik?"

"Bingo!"

"Mak tok.. Hal macam ni tak boleh nak bergurau tau. Pakcik tu dah baya papa. Tan Sri pulak tu. Aina ni baru masuk 20 tahun. Beza umur kami 25 tahun. 25 tahun mak tok." Aina tekan perkataan 25 tahun.

"Alah. Ada apa dengan angka. Mak tok rasa anak mak tok tu cukup pakej. Kacak. Poket tebal. Tan Sri pulak tu." Mak Ani angkat-angkat kening.

Aina cebir bibir.

"Aina tak rasa pakcik akan terima Aina."

"Aina sendiri macam mana? Aina boleh terima pakcik? Mak tok bukan apa, pakcik tu duk jauh dari maktok. Pastu kerap pula keluar gosip liar pasal dia. Mahu mak tok tak susah hati. Maktok nak harapkan siapa lagi nak jengukkan pakcik? Aina je yang ada sekarang ni. Aina je yang mak tok boleh percaya."

"Aina.. Aina.."

"Mak tok tak memaksa. Aina jangan pikir sebab nak balas budi Aina kena terima. Tak." Mak Ani menggeleng. Jemari Aina ditarik dan digenggam kemas.

"Mak tok sayangkan Aina. Mak tok dah anggap Aina macam cucu Mak tok sendiri. Cuma Mak tok rasa tak sedap hati dengan Noah tu. Mak tok takut andai satu hari nanti, ada orang nak kenakan dia, mak tok tak ada kat sana nak bantu dia." Wajah Aina dipandang dengan penuh berharap.

"Aina.. Hmm.. Takpelah.." Mak Ani lepaskan tangan Aina. Melihat Aina yang diam tak bersuara dia menjadi serba salah. Seolah-olah dia terlalu mendesak.

"Mak tok." Aina mencapai kembali tangan Mak Ani. Senyuman manis terukir.

"Aina terima."

"Hah? Betul ni? Aina tak main-main kan?"

Aina geleng.

"Alhamdulillah.. Terima kasih Aina." Terus tubuh kecil molek Aina ditarik masuk ke dalam pelukannya. Belakang tubuh Aina diusap lembut.

"Terima kasih Aina. Terima kasih."

Aina pula sudah terdiam, tak terkata. Tak pasti sama ada keputusan yang bakal dia ambik ini betul atau pun salah.

*****

"Ya Allah mak. Apa mak merepek ni?" Noah sudah sinsing lengan baju melayunya hingga ke siku. Sesekali rambutnya diraup ke belakang.

Aina hanya diam macam tunggul. Menjadi pemerhati pada dua beranak yang sedang berbincang.

"Apa pulak mak merepek? Mak cakap benda betul ni. Aina pun dah setuju."

Cepat Noah memandang Aina yang tegak macam patung cendana.

"Aina setuju?" Soalnya serius.

Aina angguk kecil.

Terletus keluhan panjang dari mulut Noah.

"Kenapa Aina setuju? Arwah papa Aina nak pakcik jaga Aina bukannya pakcik jadikan Aina suri hati pak cik."

"Aina.. Aina.." Serba salah Aina mahu menjawab. Wajah mak toknya dipandang sekilas.

"Macam ni lah mak, anggaplah mak tak pernah cakap apa-apa." Noah atur langkah mahu pergi dari situ. Serabut kepalanya. Balik surau saja dia dah diserbu dengan permintaan yang tak masuk dek akal. Dia ingatkan dia balik kampung ni nak buat kejutan rupanya dia yang terkejut.

"Noah! Mak serius. Kalau betul kamu sayangkan mak, kamu angkat Aina ni jadi menantu mak."

Termati langkah Noah.

"Arwah Nora dah empat tahun tinggalkan kita. Noah kena mulakan hidup baru, bukan terus sibukkan diri dengan kerja. Noah kena ada peneman untuk hari tua Noah."

"Noah faham perasaan mak. Tapi kenapa mesti Aina? Dia terlalu muda untuk Noah. Dia dah pangkat anak dengan Noah."

"Cinta tak mengenal usia. Aina ni walaupun dia muda tapi mak rasa dia mampu layan kamu sebaik Nora. Mungkin dia mampu beri kamu zuriat."

Terus Noah berpaling. Wajah tua maknya dipandang tanpa riak.

"Jangan bandingkan Aina dengan Nora, mak. Tak ada sesiapa yang dapat gantikan tempat Nora dalam hati Noah. Tak ada." Terus Noah atur langkah tinggalkan maknya dan Aina di ruang tamu itu. Dia rasa dia sudah buat kesilapan besar dengan balik ke kampung. Kalau lah dia tak balik, mungkin maknya takkan bangkitkan hal nikah kahwin.

Tan Sri Si Duda Hot Novel (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now