chapter 4 (n˘v˘•)¬

26 12 2
                                    

JAY P.O.V

Jam sudah menunjukkan jam 8 pagi..Jay baru sahaja bangun dari tidurnya..dia sedar bahawa dia berada diluar pintu apartmennya kerana dia tertinggal kunci..Lalu,Jay menelefon rakannya,Dojin dengan harapan Dojin ada didalam.

"Dojin~ aku kat luar ni,bukalah pintu"ujar Jay

"Aku tak balik rumah semalam,aku tidur rumah girlfriend aku..sorry bro..cuba call Junseo"jawab Dojin

Jay terus mematikan talian dan terus menghubungi Junseo..dia pasti Junseo ada didalam kerana Junseo bukanlah species yang suka merayap seperti Dojin

"Junseo~aku kat luar ni,bukalah pintu"ujar Jay

"Kau duduk luar sampai esok!aku taknak bukak pintu..sape suruh clubbing tak balik balik"jawab Junseo

"Tak baik fitnah..aku tak clubbing pon semalam..Junseo~bukalah pintu..nanti aku cerita"pujuk Jay

Junseo mempercayai rakannya itu..kerana dia begitu kenal dengan Jay yang jarang sekali mahu berbohong..dan hanya Jay lah yang paling boleh dipercayai diantara Dojin dan Yongseung..tidak lama kemudian,Junseo pon membuka pintu

"Jay..kenapa tebaring ni..badan kau panas ni..kau mabuk ke apa"ujar Junseo yang sedang risau melihat keadaan rakannya itu

Junseo terus memapah rakannya itu..pintu ditutup..Jay dibaringkan di atas sofa yang terletak diruang tamu..sementara itu,Junseo mengambil segelas air panas buat Jay

"Jay kenapa kau tak balik semalam?"soal Junseo

"Aku..aku..aku pergi hospital semalam"jawab Jay ringkas

"Betul betullah..kalau tak aku bagitahu eomma kau yang kau mabuk"ugut Junseo

"Aku tak mabuklah!okay macam ni..semalam adalah sorang mamat ni dia dirasuk syaitan ke apa aku tak tahu..dia pergi pukul ada sorang awek lawa ni..aku apa lagi..hilang sabar aku..yelah..yang dia pukul tu perempuan..takkan kau nak biarkan je apa yang dia buat tu..aku pon apa lagi..aku pergilah wrestling dengan mamat tu..siap ceramah dia sekali"cerita Jay panjang lebar

"Then?"soal Junseo

"Aku bantai mamat tu cukup cukup..tak gentle lah pukul perempuan..sakit mata aku tengok..aku tengok awek tu macam dah tenat..sebab dia dah tebaring macam tu..aku hantar dia pergi hospital..nanti apa apa jadi..macam mana"cerita Jay lagi

"Lepastu member awek tu call..aku suruhlah member dia datang hospital semalam..sementara tunggu member dia sampai..aku jagalah awek tu..aku belikan dia snek sikit dengan air..nasib baik awek tu tak cedera apa apa..dalam pukul 4:30 a.m. semalam aku otw balik..kunci takde..tu aku tidur kat luar hahahaha"tawa Jay

"Citer macam tak boleh gempak lagi je" sampuk Junseo sengaja mengusik rakannya itu

"Yongseung mana?"tanya Jay

"Dalam bilik..semalam dia balik balik rumah semalam tengah mabuk..tu tak bangun bangun lagi tu..dah lah aku nak siap..lepas ni aku nak keluar dengan Aisha..kau jaga rumah elok elok..kalau Dojin balik rumah nanti tolong ceramahkan dia sikit" ujar Junseo

"Junseo.."panggil Jay

"Apa"jawab Junseo

"Kalau kita sukakan seseorang..apa kita nak buat?perasaan bila kita jatuh cinta tu macam mana?"soal Jay

"Kau suka siapa?"soal Junseo kebingungngan

.
.

CHERRY P.O.V

Cherry terjaga dari lenanya..buka sahaja mata..dia mendapati tangannya berselirat dengan wayar..barulah dia tersedar..bahawa dia berada di dalam hospital..dia terpandang sisinya..dia mendapati rakannya,Yuna sedang lena tidur diatas sofa.

Pandangan mata Cherry tertarik pada sebuah kotak kecil yang terletak diatas meja disebelah katilnya..Cherry terus mencapai kotak kecil tersebut..matanya tertarik pada sticky note yang terlekat kemas diatas kotak kecil itu..perlahan Cherry membaca ayat ayat yang tertulis di dalam sticky note itu

Kehadapan Cherry

Hi Cherry,cantik nama awak macam orangnya juga.Saya Jay..saya yang bawa awak kesini kerana saya risau lihat awak dipukul oleh bekas teman lelaki awak.Saya ada belikan snek dam susu untuk awak..doktor kata awak tidak memgalami kecederaan yang serius..tolong jaga diri awak baik baik ya.You have the opportunity to be the happiest woman if you meet the right man to make you happy.

From,
Jay

Cherry berasa teruja setelah membaca sticky note tersebut..dia berharap dia dapat bertemu dengan Jay suatu hari nanti cuma untuk ucapkan terima kasih..sticky note itu dilipat kemas dan disimpan olehnya

Telefon bimbit miliknya dicapai..skrin menunjukkan jam telah hampir pukul 10 pagi..Cherry terus bangun dan menghampiri Yuna yang lena diatas sofa itu

"Yuna!Yuna!Yuna!" jerit Cherry

"Eh Cherry kau dah sedar!" jerit Yuna teruja

"Yelah takkan mayat pulak tengah kejut kau ni"perli Cherry

"Cherry!Cherry!jom balik!doktor cakap kau dah boleh checkout!ada benda aku nak cerita ni"ujar Yuna

"Cerita apa?"soal Cherry

"Alah kau siap siap je dulu..dalam kereta nanti aku cerita..hahahaha dah boleh jadi gosip..tak sabar aku nak cerita dekat Ryujin and Joy"bebel Yuna

Cherry menjeling Yuna tajam..Yuna sudah turun mahu membeli sarapan..Sebelum keluar dari ward itu,Cherry duduk diatas katil itu..dan merenung kotak kecil yang penuh berisi snek itu..satu senyuman terukir di wajahnya..lalu kotak itu ditutupkan kembali..dia berjalan ke arah pintu..ward itu pun ditinggalkan

.
.

"Cherry..kau tak ingat apa kau buat dekat mamat yang tolong kau semalam tu?"soal Yuna

"Apa?aku tak ingat apa apa..kau nak tahu apa yang aku ingat?aku just ingat..Junghoon tinggalkan aku..aku kene kidnap dengan Jungkook..kau tahu apa dia buat?aku kene pijak semalam..time tu aku rasa macam..aku dah tak lama kat dunia ni..aku cuma nampak samar samar je yang mamat Jay tu bantai si jebon tu"cerita Cherry dengan ringkas

"Cakap pasal Jay kan..aku rasa dia tu lelaki yang loyal..humble..caring..soft heart..aku rasa dia macam sesuai je dengan kau"Yuna cuba mengusik rakannya itu

"Eh kesitu pulak..kau nak cerita apa tadi"soal Cherry

"Eleh..semalam kau dah peluk peluk dia..dah lah panggil dia Bobbi..dia tanya Bobbi tu siapa..aku jawablah..Bobbi tu anjing kau hahaha..lepastu kau boleh pulak cakap 'Bobbi kiss mommy' tak ke blushing mamat tu..eleh paling tak pon..best lah kau..dapat kiss hahahaha..aku terfikir tau..kenapalah aku tak mintak account instagram dia .. nombor dia pon aku tak mintak..kalau tak boleh lah aku jodohkan kau dengan dia"cerita Yuna panjang lebar

"Eyy kenapa aku buat perangai semalam..malulah aku kalau terjumpa mamat tu nanti..hmmm"Cherry menahan malu..pipinya berubah kemerahan mendengar cerita dari rakannya itu

.
.

"Yuna..aku tak tahulah nak cakap macam mana..but this is serious..aku dah taknak jumpa dengan Jungkook lagi..our relationship is over..aku dah serik tersiksa dengan dia..what can I do?"soal Cherry

‧̍̊˙˚˙ᵕ꒳ᵕ˙˚˙to be continue˙˚˙ᵕ꒳ᵕ˙˚˙‧̍̊










[OG] NOT YOUR BAD BOYWhere stories live. Discover now