Kes 2

11.2K 103 32
                                    

            Sedar tak sedar, nak dekat sebulan aku kerja kat klinik ni. Macam-macam ragam pesakit yang aku jumpa.
            Aku pun dah berani ikut Doktor Singh tu untuk buat kes penguguran haram kat tingkat. Tak perlu teman lagi, sebab aku boleh bantu doktor seorang diri.
            Takut tu memang takut, tapi bila teringat kan pasal duit aku pejam je mata. Kira aku ni sama-sama bersubahat la..
             Dalam sebulan tu ada lah lebih kurang 3 kes aku bantu, tapi satu kes ni aku tak boleh lupa.

             Ada seorang pesakit perempuan datang bersama teman lelaki dia untuk membuat penguguran kepada anak yang dikandung.
           Aku ikut ke bilik sewaktu Doktor ambik keterangan.
            Perempuan dalam lingkungan umur aku, teman lelaki dia pun sebaya.
            Bila doktor tanya berapa bulan dah kandungan, perempuan tu jawab lebih kurang 5 hingga 6 minggu.
           Doktor ada juga tanya perempuan tu ambik dadah ke tidak, merokok ke tidak, ada lakukan hubungan seks dengan ramai lelaki ke tidak?
           Perempuan tu tak banyak cakap, cuma kepala je diangguk dan digeleng. Yang si lelaki tu pun diam je.

    Doktor mintak bayaran rm250 dan dia tanya samada perempuan tu setuju atau tak. Perempuan tu mengangguk lagi tanda setuju.
    Dalam otak aku dah tangkap rm50 untuk masuk poket aku. Yeah!!
    (RM50 banyak kot untuk rakyat marhean macam aku)

             Setelah semua perbincangan mendapat persetujuan. Aku diarahkan oleh Doktor untuk membawa alatan ke tingkat atas.
              Aku faham, alatan yang dimaksudkan adalah tray besi yang mempunyai alatan yang sudah diinfeksikan sebelum ini.
              Aku pun dah belajar cara-cara infeksi barang-barang tersebut dengan senior kat sini.
             Apa yang aku tahu, setelah barang-barang itu digunakan. Ia akan di basuh dengan air biasa untuk menghilangkan darah pekat (yang kadang-kadang dah beku) pada alatan tersebut.
              Kemudian alatan itu direndam dalam cecair 'sterilization' sebelum dimasukan serta disusun kedalam mesin 'auto clave' untuk dimasak (itu kata senior aku).

               Kemudian alatan itu direndam dalam cecair 'sterilization' sebelum dimasukan serta disusun kedalam mesin 'auto clave' untuk dimasak (itu kata senior aku)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MESIN AUTOCLAVE (sumber google)

                 Okay, bebalik kisah pesakit perempuan tadi. Setelah semua kenyataan. Perempuan itu mengikuti aku ke tingkat atas klinik bagi menjalankan prosedur penguguran bayi. Yang si lelaki tidak dibenarkan mengikutinya.
                 Sampai didalam bilik, perempuan pegang kejap lengan aku.
"Sakit tak? Saya takut lah.."
                  Perlahan perempuan tu tanya aku.
                   Apa aku nak jawab? Aku tak pernah merasa pun benda macam ni.

"Tenang ye, nanti doktor akan bagi ubat tidur. Lepas tu awak takkan rasa apa-apa lagi"
          Itu janji aku pada perempuan tu. Ntah betul ke tidak, aku pun tak pasti. Yang aku tahu aku kena tenang kan dia.
          Bibir perempuan tu dah pucat. Masa aku suruh dia  tanggal kan seluar dan baring atas katil, aku boleh nampak tubuh dia mengigil.
          Aku buat tak endah je, Setelah perempuan tu baring, aku kangkang kan kaki dia dan diikat ke palang.
            Sebentar kemudian doktor masuk, terus menyarung sarung tangan hingga kesiku, memakai apron serta penutup muka. Setelah itu dia mengambil syringe yang sudah diisi ubat untuk dicucuk kepada pesakit.
            Sebelum jarum tu mencucuk salur vena pesakit, tangan kanannya sempat menjerut lengan aku sekemasnya. Aku tahu perempuan tu takut. Jadi aku biar je la.
             Setelah ubat dicucuk masuk, hanya beberapa saat sahaja gengaman perempuan itu mula kendur dan terlerai.
            Doktor tu cuba memanggil nama perempuan tersebut sebelum menampar lembut pipi pesakit untuk memastikan pesakit benar-benar terlena.
           Selepas pasti pesakit terlena, doktor terus melakukan prosedur. Kali ni aku kedudukan aku benar-benar dekat dengan bahagian hadapan dan jelas kelihatan vagina pesakit yang terbuka luas akibat di rodok oleh sepekulum besi (macam mulut itik)
              Doktor kemudian mencucuk forcep ke dalam vagina pesakit dan sekali lagi bunyi Pap! pap! pap! terdengar. Semua itu dibuat bagi memecahkan ketulan daging (bayi yang sudah terbentuk). Sesekali daging yang sudah pecah akan disedut menggunakan 'suction machine' dan keluar menjadi darah memenuhi botol yang berada disebelah katil.
             Prosedur yang dilakukan tidak lama seperti sebelumnya. Kerana pesakit lena dan tidak bergerak langsung. Ini memudahkan lagi penguguran dilakukan.
              Lebih kurang 10 minit, semuanya selesai. Untuk yang terakhir, Doktor menyedut lagi darah bagi membersihkan bahagian vagina, sebelum dilap dengan kain gauze berwarna putih.
                Setelah semuanya selesai, Doktor tersebut terus membuka apron dan sarung tangan dan dibuang kedalam tong sampah berwarna kuning.
"You panggil boyfriend dia untuk tunggu pesakit ni sampai sedar"
               Doktor tu mengarahkan aku.
Aku hanya mengangguk faham..
              Setelah menurunkan kaki pesakit seperti sediakala, aku menutup bahagia separuh badan pesakit yang terlanjang, dengan kain selimut. Sebelum aku turun ke bawah dan berjumpa lelaki yang bersama perempuan tadi.
              Selepas lelaki itu naik keatas, aku masuk ke kaunter dan melakukan kerja sementa doktor tadi terus melihat pesakit lain dibiliknya.

             Lebih kurang 20 minit aku diarah kan oleh doktor untuk melihat keadaan pesakit tadi.
               Aku menurut, kaki diatur ke bilik di tingkat atas, Dan ketika membuka pintu kelihatan pesakit perempuan tadi sudah bangun dari katil serta memakai seluarnya kembali.

"Dah gugur ke bayi saya"
            Perempuan itu bertanya lemah,

Aku hanya mengangguk sebentar sebelum mengarahkan pesakit dan teman lelaki nya untuk turun kebawah. Mereka hanya menurut.

           Di dalam bilik doktor, Pesakit diterangkan tentang penjagaan selepas prosedur. Kemudian pesakit dibekal dengan ubat panadol untuk tahan sakit.
           Setelah pesakit keluar dari bilik, doktor tersebut menghulur RM50 seperti yang dijanjikan. Dengan senyum lebar aku menerima pemberian tersebut (dalam fikiran dah teringat KFC)

             Selepas tu aku kembali ke kaunter, Di kaunter terdapat televisyen yang merakam 'CCTV'  disegenap klinik tersebut. Satunya terarah pada bahagian luar (parking).

*Wei! cer kau tengok, minah tu naik RXZ la. giler doh. Tak sakit p#p#k ke?"
            Budak penang yang masih ada kat kaunter bersuara. Segera aku pandang ke televisyen. Masa tu mata aku tengok perempuan tadi mengangkang naik ke atas motosikal jenis Honda RXZ. Sebelum teman lelaki nya memandu pergi.
             Ya Allah.. Darah aku yang seriua.. Tak dapat aku bayangkan macam mana rasa sakit bila dirodok dengan focep kemudian mengangkang naik atas motor.. Takkan sikit pun tak rasa pedih?

              Yang aku pasti pesakit perempuan tadi baru pertama kali melakukan proses penguguran secara haram. Dan aku berharap sangat dia takkan melakukan untuk kali kedua. Aaminn..

------------------------

N

ext kes lebih menarik, wee akan cerita kan kisah penguguran bayi yang sudah berusia 6 bulan (dah cukup sifat.. lagi seram doh..

   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sex & Abortion (MEMBEDAH FETUS)Where stories live. Discover now