Mata dipisat perlahan, cahaya yang samar-samar ditatap.Kelopak ditutup sesaat sebelum membukanya kembali.
Aku kat mana?
Bebola mata dibesarkan.
Tubuh lelaki bersaiz besar dihadapanya ditatap.
Berseluar jeans slim fit hitam dengan jaket pvc/kulit hitam dizip sampai ke leher.
Bertopi hitam dengan linen face mask yang juga hitam menutup separuh dari wajah lelaki itu.
Badan cuba digerakan, tapi payah!
Kedua-dua lengan terasa pedih.
Mata kembali ditunduk kebawah.
Hah! Kaki dan tangan terikat.
Kenapa?
"Argggh! Urrkk!"
Terasa tangan kasar menutup mulutnya!
Bebola mata dibesar.
Tubuh lelaki yang jauh dihadapanya kini berada hanya seinci dengannya.
"Diam..."
Urrkk..
Mata hazzel lelaki itu dipandang.. tajam dan penuh tanda tanya.
"Kalau kau diam aku akan lepaskan kau.."
Perlahan kepala diangguk.
Sebentar kemudian lelaki itu melepaskan tanganya.
"Awak siapa? Awak nak apa dengan saya?" bibir bergetar mengungkap pertanyaan. Sedang tubuh terus basah dihujan peluh dingin.
"Aku Izrail.. aku obsess dengan CINTA."
Obsess CINTA? Atau obsess aku?
"Aku nak hati kau Cinta"
Arggh! Makin kuat Cinta cuba melepaskan diri saat Izrail merapati wajahnya ke telinga.
"Cinta... Kau takkan terlepas.. kau milik aku.."
Tubir mata Cinta sudah bergenang, saat terdengar hilaian dari lelaki yang mengaku dirinya Izrail..
"Kau jangan nangis Cinta.. aku tak suka tengok kau nangis.. aku suka tengok senyuman kau.. aku suka tengok bibir kau..."
Izrail kembali merapatkan wajahnya mengenai Cinta.
Saat hujung hidung Cinta tersentuh Face mask milik Izrail,matanya dikatup rapat. Takut.."Aku akan lepaskan kau kalau kau tak meronta."
Bibir Cinta diketap kuat! Nafas Izrail sudah dapat didengar halus.
Mata terus ditutup erat apabila terasa jari kasar menyentuh pipi Cinta dan mengelus lembut air matanya.
Seketika kemudian, lenguh di kaki dan tangannya mula longgar.
Mata kembali dibuka, kaki dan tangan sudah dibuka ikatan.
Cinta mendirikan tubuhnya tiba-tiba!
Izrail dipandang.
Cinta sedar lelaki itu senyum kearahnya walaupun bibir Izrail tidak kelihatan.
Serta merta langkah Cinta diatur laju menuju ke daun pintu!
Dan keras pintu itu dibuka!
Ha! Ha! Ha!
Hilaian garau Izrail terus bergema di belakang Cinta.
Namun semua tu tak dihirau.
Derap langkah dilajukan.Ketika badan sudah sepenuhnya berada di luar bilik, mata Cinta berpusing ke kiri dan kanan.
Kedua-duanya mempunyai tangga yang menuju ke tingkat bawah.
Jalan mana harus Cinta tuju?
Kiri atau kanan.Tindakan pantas harus dibuat.. Larian pecut dihala ke kanan lantas menuruni tangga ke bawah menuju gerbang pintu!
"Kau nak lari kemana Cinta?! Ha! Ha! Ha!"
Cinta memberhentikan langkahnya ketika mendengar suara Izrail bergema memantul bunyi rumah agam yang sunyi ini!
Wajah Cinta berpaling.
Izrail sedang berdiri di anjung tingkat atas sambil kedua tangan diampu erat pada pagar besi.
Pipi Izrail terangkat, Cinta tahu lelaki itu senyum joker kearahnya.
Jantung makin kuat berdenyut!Gerbang pintu sebesar jaring bola sepak itu dibuka dan terus melarikan diri.
Misi Cinta hanya satu.
Keluar dari gate rumah ini dan terus meminta tolong.Kepala dipusing kiri dan kanan.
Mana gate?
Mata hanya memandang laman yang seluas padang bola dengan susunan bunga pelbagai jenis.
Jauh dihadapan kelihatan Pintu besi besar dan tinggi lebih kurang 2 kali ganda dari ketinggian Cinta.
Apa ni? Rumah ke penjara?
Derap langkah makin laju menuju ke gate besi.
Handle pintu digoncang-goncang.
Pintu besi tersebut ditendang-tendang namun tetap tak terbuka.
Hati makin kuat menangis!
"Kau tak payah penat kan diri Cinta! Rumah ni dalam kawalan aku! Kau takkan boleh keluar!"
Cinta berpaling!
Izrail berdiri memeluk tubuh di muka pintu.
Jeritan Izrail jelas kedengaran walau jarak antara muka pintu dengan gate lebih kurang 50 meter!
"Tolong! Tolong!" Cinta mendongak dan menjerit sambil tangannya masih menampar gate besi yang langsung tiada ruang untuk melihat ke luar!!
"Ha! Ha! Ha!"
Ketawa Izrail makin mengonyak jiwa Cinta!
Dadanya pedih."Please tolong cinta..."
Akhirnya Cinta terduduk dalam kepenatan.Tangisan terus bertalu sayu.
Namun dia pasti tiada siapa yang mendengar dan tiada siapa yang melihat keadaannya sekarang.
Mama... Papa... tolong Cinta.. Cinta takut...
"Cinta... kau akan selamat selagi kau ikut cakap aku"
Cinta mendongak!
Izrail yang tadi jauh di pandangan kini berada bersebelahan dengannya.
Lelaki itu mencangkung, bahu Cinta cuba dipegang, namun Cinta cepat mengelak.
Sekali lagi jelas rahang Izrail bergerak-gerak, pipi terangkat, menandakan dia sedang tersenyum menang.
---------------------------------------
Cerita ini pernah di publish di app lain selain wattpad.. Wee kembali publish didunia oren ni untuk pengikut wee tersayang..Bab seterusnya mungkin korang rasa macam tak logik je.. Tapi wee nak korang baca je.. sbb cerita ni hanya rekaan semata-mata (ʘᴗʘ✿)
YOU ARE READING
(Completed) Obsessi Cinta Izrail (short story)
Mystery / ThrillerCinta itu suatu obses.. Tapi mencintaimu suatu obsessi Dia ditawan oleh Izrail.. Namun akhirnya dia tertawan dengan lelaki itu..