Izrail tahan hati mendengar suara Cinta menyanyi sambil menyebut namanya!
Jika amarah diturut, dah tentu roboh pintu bilik Cinta diterajang!
Rambut yang serabut makin diserabutkan.
Malu!
Tubuh terus berdiri diluar bilik Cinta.
Jantung masih kencang bergetar, namun pernafasan dapat dikawal sepenuhnya.
Beberapa kali Izrail mengurut pelipisnya.
Ye! Wajahnya yang dah terlanjang tanpa memakai topeng lagi.
Dan wajah itu ditatap oleh Cinta
Kenapa dia tak sedar? Sedangkan dari malam tadi lagi Izrail bersama Cinta tanpa memakai sebarang topeng muka.
Siapa Cinta sebenarnya?
Cinta seolah-olah mampu mengawal penyakit Izrail.
Banyak kajian tentang Cinta dibuat sebelum mengambil keputusan untuk menculik wanita itu. Bukan sengaja, tapi terpaksa.
Namun selama 3 hari Cinta disini, segala kajian Izrail selama ni seolah-olah menyimpang.
Cinta lain bila berdepan.
“Iz...Mama teringin nak jumpa Mawar... Mama dapat rasanya Mawar gadis yang sangat lain, mama dapat agak dia mampu kembalikan hidup anak mama.”
Izrail memicit dahi tengahnya.
Mama... Iz tak suka panggil dia mawar.. Iz suka panggil dia Cinta.
Izrail masuk kebiliknya bersiap, sebelum kembali kedapur dan membuat sarapan untuk Cinta.
Pagi-pagi macam ni seperti biasa Cinta akan dikurung sementara menunggu pekerja-pekerjanya siap membersihkan serta menguruskan tanamanya disekeliling rumah.
Sampai bila? Izrail pun tak tahu.
Bebulan lamanya Izrail cuba mendekati Cinta, tapi tak tahu macamana cara.
Izrail jarang berhubung dengan sesiapa, Inikan pula nak bercakap dengan perempuan.
Semua kerana penyakitnya!
Hah! Sial betul!
Kerana ‘Multiple Allergic Disease’ , kehidupan yang Izrail lalui, tak seperti lelaki lain.
Dari kecik, remaja dan kini dah dewasa. Dunianya hanya dirumah.
Hanya sesekali waktu kedua mama dan papa masa ada, Izrail akan keluar bercuti bersama mereka.
Itupun hanya sesetengah tempat je yang dituju bergantung pada musin saat itu.
Jika terlalu panas atau terlalu lembap, sah-sah tempat tu tak akan dikunjunginya.
Izrail mengeluh berat.
Tanganya menatang Bed tray table menuju ke bilik Cinta.
Lagak macam orang gaji kan? Tapi Izrail suka.. at least hidupnya tak bosan seperti sebelum ni!
Setelah membersihkan diri tadi, Izrail kedapur membuat ‘Okayu’.
Sejenis bubur nasi menggunakan beras perang jepun dan dimakan bersama taburan daun sup, ‘Umeboshi’ (jeruk plum) dan salted salmon.
Makanan ni yang selalu mama masak untuk Izrail jika tubuhnya tak sihat.
Mama... Iz rindu mama...
Tok! Tok! Tok!
“Jap..”
Huh! Izrail terus berdiri, hatinya masih berdebar.
Pintu dikuak.
Tubuh Cinta terpampang!
Izrail kaku sebentar, sebelum kaki dilangkah masuk.
Jantung berkocak lagi.
Bed tray table diletakkan diatas meja.
Tubuh dipusing.
Woit!
Cinta dah rapat dengan wajahnya.
Berani ek?! Kau tak takut aku lagi ke Cinta?
Wajah Izrail cuba disentuh, cepat dia mengelak “Kau ni dah kenapa? Nak morning kiss dengan aku ke?!”
Lawak tak sampai der....
Sebenarnya Izrail cuba tutup kalut dihatinya.
Cinta melangkah kebelakang “Mana topeng awak?”
Izrail tenung mata bulat Cinta. Cute! “Kenapa kau nak suruh aku pakai topeng? Kau taknak tengok ke muka aku yang handsome ni?”
Cinta cebik bibir lantas buat muka duck face.
Hei.. ada aku cubit pipi montel Cinta ni kang...
Izrail sabar!
“Aku rasa aku tak perlukan face mask aku lagi?”
Sekali lagi Cinta merapatkan wajahnya ke muka Izrail, mata dikedip berkali-kali “Awak tak Allegic lagi ke? Atau awak baru lepas ambik ubat awak?”
Ubat?
Pertama kali penyakit aku sembuh tanpa satu injection pun aku ambil.
Mungkin semua ni sebab kau Cinta!
Wajah bulat Cinta terus ditatap, Rintik air masih mengalir disisi pipi wanita itu dek kerana rambut yang masih basah.
Bau bunga Patchouli kembali dihidu ghairah... Hati.. please behave...
Lantas kedua pipi cembung Cinta dikepit dengan kedua tangan besar Izrail.
“Argghh!” Cinta meronta!
“Yang kau tak habis-habis nak rapatkan muka kau dengan aku, apehal? Kau nak kiss, cakap je lah!”
“Argghh!”
Tinggi rahang Izrail terangkat saat melihat muka Cinta yang dah terpenyek kerana dikepit.
Lama Izrail membiarkan Cinta terus meronta sebelum melepaskan gengamanya.
“Sakit lah!”Cinta menjerit sambil tanganya mengurut-ngurut kedua pipi.
“Kalau kau nak rasa bibir aku, kau cakap je lah Cinta..” Izrail mengangkat kening lantas senyum terukir lagi.
Cinta mengundur, hujung bibir kiri diangkat. “Giler!”
Mata Hazzel Izrail dibulatkan, wajah Cinta yang dah tunduk ditenung.
Langkah didekatkan kepada wanita itu.
“Kau cakap apa tadi? Giler?”
Cinta menyembunyikan bibirnya, pipi dikembungkan. Kepala digeleng laju.
Izrail mengangkat dagu Cinta “Berani kau cakap aku giler, Cinta..”
Semakin Laju kepala Cinta digelengkan, mata ditutup. Takut.
Clack!
“Auwww!”Pantas Cinta membuka mata, dahi digosok laju! Perit!
Izrail tergelak besar! Langkah diatur keluar.
Namun berhenti di muka pintu, “Lepas makan turun bawah, aku keringkan rambut kau!”
Izrail pandang Cinta yang masih mengosok dahinya.
Saat mata Cinta bertembung wajah Izrail, terus jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu.
Kali ni Izrail mengilai kuat sambil menutup daun pintu bilik Cinta.
Sebal!
Cinta masih terus mengosok tengah dahinya. Pedih dijentik oleh jari kasar milik Izrail.
Makin lama aku kat sini, silap-silap hari dahi aku lekuk dek kena jentik!
Cinta pandang Cermin, dahinya dah merah...
Nafas ditarik perlahan.
Mujur Izrail tak mengganas!
Setakat jentik dahi, kira okay lah.
Buatnya mamat tu ikat aku 24 jam, toreh muka aku, biarkan aku berlapar, dan yang paling sadis rogol aku berkali-kali!
”Arrghhh!! Tidak-tidak!” Cinta mengeleng-gelengkan kepalanya! Mata dipejam erat!
Telinga ditekup kuat!.
“Oii! Kau okay ke Cinta?!”
Cinta buka mata pandang pintu. “Okay..” Dia menjawab pantas.
“Cepat turun bawah, aku kering kan rambut! Kalau kau demam balik, jangan mengada nak peluk dada aku lagi!”
Gila!
Siapa peluk siapa hah?!
Biol Mamat kepala senget ni!
Cinta melangkah kekatil, tudung saji diatas bed tray table dibuka.
‘Okayu?’
Huh! Cinta pandang kosong.. Takde selera..
Kau kena kuat Cinta! Jangan mengalah dengan mamat pipi cacat sebelah tu!
Pipi cacat?
Cinta senyum!
Cacat lah sebab ada lekuk lesung pipit kat sebelah pipi Izrail!
Memang aumm! Tapi still cacat kan?
Sebab tu ke, Izrail nak sorok muka dia?
Sebab takut orang nampak lesung pipit dia?
Haih! Jantan apa la pemalu sangat!
Cinta menyuap Okayu kedalam mulut dan dikunyah perlahan. Sedap..
Mmm rasanya Izrail tak layak dipanggil jantan kot.
Kalau betul dia jantan takkan lah dia culik aku lepas tu layan aku like a princess!
Ke dia ni Pondan?! Nak test keupayaan wanita dia pada aku?
Nak tunjuk yang dia pun mampu jadi wanita elegent seperti aku?
Oit! Drama la sangat Cinta...
Cinta turun ke bawah setelah selesai menyantap sarapannya.
Pintu biliknya tak kunci, Cinta pasti Pekerja Izrail dah tiada.
Gaun labuh paras lutut ditarik-tarik, rimas.
Takde baju lain dah dalam almarinya.
Semuanya Gaun labuh siap ada lace lagi, kebanyakan berwarna putih.
Nak taknak kena pakai jugak.. takkan nak terlanjang.
Hoi mamat cacat pipi! Kau tahu tak aku suka warna hitam!
Langkah menuju ke ‘laundry room’.
Dah duduk rumah free, bagi makan free, takkan nak suruh Izrail basuh baju Cinta pulak.
Nanti makin free la mata lelaki tu pandang pakaian dalam aku! Dari color mata Hazzel, bertukar jadi hitam.
Huh! seram!
Walau Izrail selalu menyentuh Cinta, tapi setakat tu je.
Tak lebih sampai nak robek maruah dia.
Namun! Lelaki tetap lelaki! Nafsu yang satu tu lebih kuat dari wanita!
Bila-bila masa je tubuh Cinta akan dimakan oleh Izrail, Cinta harus sentiasa berjaga! Melainkan kan lah jika Izrail tu benar-benar Pondan.
Cinta senyum lagi.
Tubuh Cinta dah berada di dalam ‘Laundry Room’. Mata berpusing-pusing.
Wah! Laundry Room pun gedabak besar! Boleh main ping pong kot!
Izrail ni kerja apa lah ek? Tiap masa ada kat rumah.
Siap ada perkerja yang ramai lagi uruskan tanamannya.
Takkan mamat ni jual sayur pulak?
Kaya betul!
Tangan Cinta masih memeluk beberapa helai bajunya kedada sambil melangkah menuju ke mesin.
Kaki mati dihadapan mesin. Mata Cinta pandang kedepan, ada dua mesin basuh yang agak besar saiznya.
Mana satu nak guna? Cinta dekatkan dirinya.
Tubuh ditunduk,Tangan membuka penutup hadapan mesin disebelah kiri.
Terkeluar beberapa helai baju.
Cinta meletak bajunya diatas lantai.
Baju yang berada diadalam mesin tadi diambil dan dikeluarkan.
Huh! panas!
Cinta cium T-shirt yang berwarna hitam pada tanganya.
Wangi, sah dah dibasuh ni!.
Tubuh Cinta didirikan lagi. Mencari sesuatu pada mesin itu.
“Dryer Machine” Cinta bersuara apabila matanya ternampak tulisan diatas mesin tersebut.
Laa.. ni Dryer ke? Patutlah baju didalam ni semua panas.
Cinta beralih ke mesin sebelah.
Sama tingkahnya. Penutup mesin dibuka, kosong, Cinta masukkan bajunya. Kemudian menutupnya kembali.
Terpusing-pusing Cinta mencari butang on, tapi tak jumpa.
Sebenarnya Mawar Cinta tak pernah basuh kain sendiri.. sebab tu dia tak tahu!
Arggh! Stress! Macam mana nak guna mesin ni?! Penutup mesin dibuka, dan kemudian ditutup semula. Semua butang ditekan namun mesin masih tak bergerak.
Hilang sabar! Cinta menampar kedua tangan diatas mesin tersebut.
“Nanti lah aku tanya mamat sewel tu!”
Langkah cuba diatur keluar, namun berhenti dimuka pintu.
Tubuh Cinta berpaling semula, matanya memandang ke mesin pengering!
Terus langkah diatur kembali kesitu.
Penutup mesin dibuka, baju-baju didalam pengering itu dibelek satu persatu.
Akhirnya Cinta mencapai sehelai T-shirt hitam dan boxer yang sama color!
Bibir kiri Cinta diangkat tinggi saat dia mengibar-ngibar baju tersebut.
Tanpa berlengah, langkah terus diatur laju kedalam bilik!
Didalam bilik sekali lagi T-shirt dan boxer tersebut diangkat tinggi dan dikibar laju.
Cinta pasti, baju tu milik Izrail! Mana ada makhluk lain lagi dalam rumah ni selain dia dan lelaki tu!
Pantas gaun labuhnya ditanggal dan menyarung T-Shirt serta boxer milik Izrail. Cinta kemudian melangkah ke cermin!
Badannya ditilik! Perfect!
Selesa doh!
Selesai mengemaskan bajunya ditubuh, Cinta kembali turun.
Kelibat Izrail dicari.
Manalah mamat pondan ni? Kata nak kering kan rambut aku.
Langkah menyerong menuju kedapur. Tekak terasa haus.
Sekali lagi mata Cinta di rolling-rolling kan beberapa kali mencari gelas.
Hah! Terlalu kemas dengan gaya elegent, sampai sebiji gelas pun tak jumpa.
Tekak diurut lagi. Kering!
Cinta mencangkung Pintu cabinet di bahagian bawah dibuka.
“Kau cari apa?”
Oh mak kau! Cinta terkejut, kepala didongak dan tak semerta ubun-ubunnya terhantuk pada bahagian atas bucu cabinet.
“Aucch!” Cinta gosok-gosok kepalanya. Sakit! Sah dah benjol ni!
“Oiit!”
“Hah?!” Sekali lagi Cinta terkejut saat Suara Izrail menjerit kepadanya.
Rasa roh ni terkeluar sekejap!
Cinta pandang mata Izrail yang dah membulat menatapnya.
“Baju aku?!”
Mata Cinta menangkap jari terlunjuk Izrail yang tepat mengenai tubuhnya.
Ala.. Setakat baju sehelai ni pun nak bising!
Kecoh arr mamat ni!
“Ye baju awak..” Cinta bersuara kendur, sambil tangan terus mengosok ubun-ubunnya yang masih terasa sakit. Muka dikerut beberapa kali.
Izrail menghampiri Cinta, hujung lengan baju ditarik-tarik “Baju aku! buat apa kau pakai?! Takkan baju yang ada dalam almari kau dah takde? Banyak kan aku letak!”
“Taknak lah... rimas... nak gerak pun susah..” Cinta hanya biarkan Izrail terpekik terlolong.
Kaki dilangkah mengelilingi dapur, cari gelas, nak minum!
Makin banyak cakap makin kering tekak!
“Kau jangan buat hal Cinta! Baju aku tu! cabut sekarang!”
Aku menoleh kearah Izrail, wajah lelaki tu dah merona, mata Hazzel dah besar, rahangnya terangkat-angkat mengetap bibir. “Relax ar.. takkan nak pinjam satu baju ni pun awak nak marah-marah... awak nampak macam kaya sangat, tiap-tiap hari boleh beli baju baru kan. Bagi jelah baju ni kat saya.” Cinta terus memujuk.
Makin berani kau Cinta..
“Takde! Aku nak kau cabut sekarang! Tukar baju kau!”
Giler pakai t-shirt aku, dah lah gedabak besar sampai hampir tutup keseluruhan betis wanita itu.
Cinta merengus! Kedekut! Hujung baju hendak ditarik keatas.
“Woi!!”
“Hah?! Apa lagi, kata suruh cabut tadi!” Tindakan Cinta terhenti
Izrail pandang wajah polos Cinta!
Takde perasaan ke minah ni?!
Hati aku pulak yang dah macam nak meletup!
Pandangan Izrail cuba dilarikan namun sebentar sahaja, kerana matanya menangkap sesuatu lagi di tubuh wanita itu “Kau pakai boxer aku jugak ke?”
Cinta mengangguk laju!
Pipi dibulatkan.
Boxer pun tak boleh pinjam ke?
Izrail menarik-narik rambutnya, hilang spike! Belakang leher diurut kasar. Bibir merahnya merengus berkali-kali.
Cinta ni dah kenapa?
Baju aku beli dah lawa-lawa kot, mahal berkali ganda dari baju aku, ada yang ditempah khas lagi untuk wanita itu.
Kenapa T-shirt yang sendat kat tubuh aku tapi loose giler kat badan dia, yang dia nak jugak..
Comel tu memang comel, tapi baju aku! Dan boxer tu pulak!
Adoii.. selamba badak kau sauk kat tubuh kau! Kau tahu tak aku dah pakai boxer tu!
Situasi sekarang ni, Izrail yang Giler ke, atau Cinta yang sakit mental?
“Yelah saya naik bilik, cabut..” Bodoh Cinta nak cabut baju depan mamat ni! Tak saja nya free show!
Kedekut! Baju dan boxer macam ni beratus ratus lemon aku boleh beli la!
Tunggu aku keluar dari kurungan ni dulu!
Izrail pandang langkah Cinta yang melintas tubuh, Sesaat kemudian lengan wanita itu digapai.
Serta merta derap kaki Cinta mati. “Kalau kau rasa selesa, pakai je lah..”
Suara garau dan kendur milik Izrail memamah telinga Cinta, Terus pipinya naik cembung apabila bibir tersenyum. “Lepas pakai saya basuh bersih-bersih okay.”
Izrail melepaskan gengaman tangan Cinta “Aku takkan pakai baju yang dah dipakai orang lain!”
Huh! “Awak jangan risau lah! Saya bukan ada HIV! Kulit saya bersih!” Terhina pulak dengan kata-kata Izrail.
“I have Allergic dieases.. you already know Cinta.”
Opps.. lupa! Cinta menyengih macam kerang busuk.
Izrail mengerutkan keningnya. Sikap Cinta lain, tak sama seperti Mawar.
“Dah lah! Jom aku keringkan rambut kau! Menjijis air, basah dah dapur ni!”
Cinta pandang wajah Izrail, sekali lagi pipinya dicembungkan “haus.. nak air..”
Izrail cekak pinggang! Kening bertaut!
bibir merahnya dibasahkan “Nak air ambik lah sendiri! Kau dah kat dapur kan!”
Cinta menghembus nafas. “Masalahnya saya tak jumpa gelas, Encik Izrail... “
Izrail gosok tengah dahi! Nak gelak tapi tahan!
Kaki melangkah ke Kabinet kaca, pintu dibuka, tersusun rapi gelas dan cawan yang mengikut jenis dan bentuk.
Ooo... bibir Cinta membulat.. banyaknya gelas,untuk siapa? Bukan ada orang pun dalam rumah ni.
Izrail mengambil gelas kaca bersaiz sedehana, dan dihulur kepada Cinta sebelum berlalu ke ruang tamu.
Seusai membasahkan tekak, Cinta turut melangkah ke ruang tamu.
Izrail dah sedia berdiri dibelakang sofa putih sambil memegang ‘Hair Dryer’
Dengan lagak bak puteri, Cinta duduk dihadapan lelaki itu.
Perlahan Izrail menguak rambut Cinta kebelakang dan mengalur ke hujung ‘hair Dryer”
Sekali lagi Cinta rasa terbuai saat rambutnya dimain lembut.
“Kenapa kau taknak pakai baju kau?”
Suara garau Izrail menyedarkan Cinta, “Taknak.. tak selesa..” Simple jawapan Cinta.
“Bukan ke sebelum ni kau selalu pakai gaun..”
“Gaun lace paras lutut warna putih?” Satu harakat Cinta pangkah ayat Izrail.
Izrail diam.
“Awak mungkin selalu tengok saya pakai like elegent style, dan banyak warna putih, pakaian pun dari butik yang mahal.” Cinta melepas nafas.
“Actually that is not me.. Saya tak suka gaun, rimas! Dengan lace merata-rata, nak gerak pun susah. And the real thing! I don’t like White. Huh! cepat kotor! Terpaksalah buat kerja slow-slow takut kena baju!”
“Habis tu kau suka warna apa?”
“Black, t-shirt and pant!”
Laju Cinta menjawab walaupun satu soalan je yang ditanya.
Izrail tergelak kecil! Cinta memang lain! “Bukan profile kau kat public, kau tak suka semua tu?” Ye! Makin kuat rasa ingin tahu pasal Cinta.
“Profile tu untuk tarik peminat je, mama saya yang uruskan semua.”
“So semua tu drama je lah?”
Cinta mengangguk laju “Yup! Lakonan semata-mata!”
Cinta dah penat untuk jadi Mawar!
7 tahun Cinta terseksa.
Ye! Dirinya disanjung, namanya hebat diperkatakan di seluruh Negara.
Mawar Cinta, Artis yang paling behave.. tak pernah buat hal, sentiasa menurut kata pengurus a.k.a mamanya. Tak sombong dengan peminat dan wartawan, sentiasa ayu dan elegent!
Tapi itu semua lakonan!
“So sekarang awak mesti menyesal culik saya kan?” Cinta terus berani bersuara.
Suis hair dryer ditutup, bunyi bising hilang, Izrail tunduk meletakan wajahnya di bahu kiri Cinta. “Aku tak pernah menyesal atas apa yang aku buat pada kau Cinta.”
Lembut dan garau suara Izrail buat jantung Cinta kembali kencang! Kepalanya dilarikan dari terus dekat dengan Izrail.
“Aku suka Cinta sekarang ni... dan makin aku rasa nak terus kurung kau kat rumah ni sampai bila-bila.”
Terus Cinta mendirikan tubuhnya!
Belakang Izrail yang dah melangkah kedapur ditatap!
Bibir diketap kuat! Geram!
Apa sebenarnya mamat psiko ni nak dengan aku?!
“Cinta..”
Cinta yang masih kaku berdiri diruang tamu mendongak memandang Izrail yang dah berada dihadapannya.
Tangan kanan lelaki itu memegang highball glass berisi air.
Izrail menghulur gelas kepada Cinta “Minum ni, aku taknak kau demam lagi”
Cinta pandang gelas tersebut, kedua tangannya masih disisi “Air apa ni?”
“Air ni aku campur dengan ubat perangsang macam malam tadi.”
Cinta pandang senyum joker Izrail!
Biar betul?!
Bibir cinta disorok, kepala digeleng laju!
“Kau taknak minum, aku akan minum. Samada kau yang terangsang atau aku yang terangsang! Kalau aku terangsang lagi bahaya aku kerja kan kau Cinta..” Izrail menghembus tawa kecil sambil rahang kirinya yang kekar terangkat tinggi.
“Saya taknak!” Cinta terus mengerutkan keningnya!
Izrail mula merapat “kau nak aku paksa ke?”
“Taknak!” Cinta menjerit lagi!
Izrail terus rapat sehingga dadanya mengenai bahu Cinta membuatkan wanita itu terbaring diatas sofa.
Cinta berpaling! Menerkup mukanya disofa.
Izrail menaikkan kaki kanannya diatas sofa mengepung tubuh cinta.
Sebelah tangannya menarik wajah Cinta untuk berpaling kepadanya.
Cinta terus meronta.
“Minum aku kata!” Kali ni Izrail kuat menarik bahu cinta dan mendudukan wanita itu!”
Cinta menyembunyikan wajahnya.
Izrail mengeluh. “Cinta... “ Rambut Cinta dikuak lembut.
Cinta mengelengkan kepalanya.Wajah masih disembunyikan
Izrail geram! Cinta degil!
Dengan kasar, Izrail mengeluarkan wajah Cinta, Hidung kecil wanita itu dikepit.
Cinta dah tercungap-cungap membuka mulut mengambil nafas.
Ini lah saatnya!
Izrail menuang air didalam gelas yang dipegangnya tadi sehingga tak menyempat-nyempat Cinta menelan!
Habis segelas! Izrail puas!
“Uwek!” Cinta menundukkan wajah! Tekak rasa pahit .
“Kalau kau muntah! Aku paksa lagi kau minum!”
Cinta menerkup mulutnya.
Takut! Rasa mual cuba dikawal!
Izrail bangun. “Makan ubat macam nak makan racun!” Lelaki itu terus melangkah kedapur.
Cinta mengetap bibir! Memang racun pun kan?!
Kalau nak suruh aku baik demam, kenapa tak bagi je panadol?
Ingat ni zaman maharaja Cina ke, rebus akar kayu untuk buat ubat?
Temberang kau Izrail? Kalau betul kau letak ubat perangsang dalam air tadi, aku takkan maafkan kau.
Cinta berlari masuk kebiliknya.
Pintu dikunci kemas! Takut Izrail akan masuk!
Takut dirinya menjadi bahan santapan lelaki itu.
Perangai Izrail sering berubah-ubah!
PERSONALITY DISORDER PATTERN detected! Huh!
YOU ARE READING
(Completed) Obsessi Cinta Izrail (short story)
Mystery / ThrillerCinta itu suatu obses.. Tapi mencintaimu suatu obsessi Dia ditawan oleh Izrail.. Namun akhirnya dia tertawan dengan lelaki itu..