CI8

7.6K 200 14
                                    

Izrail melangkah masuk kebiliknya.

Jendela kaca dituju, taburan bunga Lantana Camara dibawah direnung.

Rahangnya terangkat tinggi saat teringat tubuh Cinta yang mencicit lari menuju ke biliknya selepas dipaksa makan ubat.

Nafas ditarik, Kedua tangan Izrail dimasukan kedalam kocek seluarnya.

Giler?! Ada ke Cinta ingat Izrail nak bagi dia ubat perangsang?

Ubat tu adalah cecair yang sama Izrail berikan pada Cinta malam tadi ketika wanita itu mengigil demam.

Mama yang ajar Izrail untuk membuat kandungan ubat itu.

Bukan tak mahu makan panadol, atau ambil ubat dari hospital. Tapi banyak ubat yang tak serasi dengan diri Izrail, sebab tu dia terpaksa buat secara semulajadi.

Cinta..
Teringat wajah cute, pipi kembung berjalan tergedik-gedik dengan pakai baju t-shirt hitam milik Izrail.

Kepala Izrail digeleng perlahan.

Macamana Cinta yang sentiasa elegent didepan kamera, boleh berubah seratus peratus.

Cantikan mawar ni?”

Suara mama mengamit memori Izrail.

“Ayu.. polos je muka dia..”

Izrail yang ketika itu temankan mamanya menonton televisyen diruang tamu, hanya mendiamkan diri.
Apalah mama ni Obses sangat dengan Mawar tu?

Sejak kemunculan wanita tu, tak habis-habis mama menyebut tentang mawar. Naik serabut Izrail dengan sikap mamanya.

Izrail sentiasa dengan mamanya dalam rumah ni, kerana mama mempunyai penyakit sama seperti Izrail dan wanita itu pun meninggal kerana penyakitnya.

“Mama nak jumpa Mawar.. mama dapat rasakan sesuatu pada mawar..”

“No mama.. mama lupa apa yang jadi pada mama masa mama berkeras nak pergi tengok konsert si Mawar ni?”

Mama cembung pipi, nafas ditarik perlahan. “Harap mama dapat jumpa mawar sebelum mama mati.”

Izrail menoleh pada mama “Don’t say that mama!”

Izrail picit tengah dahi. Dah empat tahun sejak kematian mama, namun segala kenangan bersama, tak pernah Izrail lupakan.

Izrail sangat rapat dengan mamanya kerana mereka sentiasa dirumah sementara papa keluar bekerja.

“Mama... i miss you a lot..”

Bunyi telefon mengejutkan lamunan Izrail.

Langkah menuju ke ‘Office Room’. Pintu dikuak.

“Yes..” Tegas suara Izrail.

“Mr. Iz.. we all ready for online now.”

“Okay.. give me one minute”

Izrail capai linen face mask dan disaukan ke wajah menutupi hidung dan mulutnya.
Spike pada rambut dibetulkan.

Butang laptop ditekan.

‘Fluorescent Lamp’ tengah bilik ditutup, ‘Neon lamp’ disegenap sudut bilik dibuka.
Dari cahaya yang terang, kini tinggal malap.

Projector di ‘On’. Skrin layar putih samar-samar bercahaya.

“Morning Mr. Iz.” Semua wajah yang ada di skrin menunduk hormat pada Izrail.

“Mmm..” Izrail jawab serius. “Anything for today?”

“Nature Born Company just submit they Contract with ours.”

Izrail mengangguk. “That one from Sweeden right?”

“Yes, Mr. Iz”

“Good.. put under Heathy Unit then send me the Contract Paper.”

“Okay Mr. Iz”

“Anything?”

Satu persatu watak yang ada dalam layar skrin bersuara pendapat kepada Izrail.

Ye.. Itu lah kerja Izrail, Menguruskan Syarikat peninggalan Papa secara tiba-tiba.

Tahun pertama memang sukar, papa mati mengejut. Izrail langsung tak bersedia untuk mengambil alih syarikat.

Dengan keadaanya penyakitnya, membuat hidup Izrail makin tertekan. Perlahan-lahan dia cuba bangkit.

Tahun pertama peralihan nama Syarikat, keuntungan merundum jatuh.

Sehingga Izrail terpaksa mengurung diri dan hampir setiap hari dia akan menyuntik ubat kerana penyakitnya sentiasa menyerang secara tiba-tiba.

Perit!

Dia bangkit, namun rules terbaru dibuat.
Izrail hanya akan hadir ke Syarikat apabila dirinya betul-betul diperlukan.

Jika tak, dia akan online dari rumahnya sendiri setiap hari.

Online Meeting tamat. Butang off pada laptop ditekan.

Izrail menyandarkan badan dikerusi, nafas dihela panjang.

Izrail pemilik syarikat jual beli atas panggilan yang terbesar di negara ni, tapi membuat tindakan nekad, menculik Mawar Cinta.

Jika diketahui umum, tak pasal-pasal Syarikatnya kembali merudum!

Hah! Serabut!

Syarikat tu mata pencarian terbesar untuk dia, dan Cinta... Entah mengapa dia sentiasa ingin mendekati wanita itu.

Dua-dua Izrail perlukan.

Bunyi mesin fax bertalu-talu meringit, menandakan kertas yang keluar.

Izrail biarkan. Tubuh didiri.
Topeng muka dicabut dan diletakan diatas meja.


Hari ni dalam sejarah, Izrail membuka wajahnya pada orang luar tanpa perlu sesak nafas dan mengambil ubatnya.

Hanya pada Cinta...

Hanya Cinta je, orang luar yang melihat wajah Izrail tanpa Izrail rasa takut.

Kenapa Cinta?

Apa ada pada Cinta?

Langkah diatur keluar, dan memasuki biliknya.

Ruang pejabatnya dibina khas di dalam bilik Izrail. Dan sesiapa pun tidak pernah memasuki ruang itu.

Izrail sedar, pekerja-pekerjanya menganggap dirinya adalah misteri, sentiasa bertopeng dan jarang hadir ke Syarikat.

Izrail tak perduli, yang penting dirinya selamat.

Langkah diderap keluar bilik. Wajah ditoleh kekiri. Pintu bilik Cinta terbuka.

Aik! Tadi macam tikus lari masuk bilik lepas minum ‘ubat perangsang’.

Sekarang dengan rela hati didikuak besar pintu tu.
Takkan nak Rangsang aku masuk bilik kot.
Izrail tawa kecil, langkah menuju ke bilik Cinta.
Kosong.

Mmm... mana Minah ni pergi?

Mustahil dia boleh larikan diri.

Langkah diturun kebawah, ruang tamu dan dapur dituju. Kelibat Cinta masih tiada.

Izrail menapak keluar rumah. Hatinya kalut.
Rumah ni masih dalam kawalanya, Cinta takkan boleh lepaskan diri.

Saat terdengar bunyi didalam ‘Green House’, Izrail melangkah kesana.

Dihujung ‘Green House’ kelihatan Cinta sedang menjengkit-jengkit mencapai buah peach yang agak tinggi darinya.

Terangkat-angkat baju t-shirt hitam yang dipakai menampakan boxer milik Izrail.

Izrail pegang dahi, kepala digeleng perlahan..
Boxer aku tu Cinta oooii...

Serta-merta kedua-dua rahang Izrail naik. Senyuman diukir

Tubuh Cinta dirapat dari belakang, wanita itu tak sedar.
Izrail mendongak keatas, sebiji peach yang dah ranum dipandang. Lantas cepat tanganya mengapai.

Tindakan Cinta mati. Tubuh dipusing.
Buk! Mukanya terpenyet didada kekar milik Izrail.

Terus Cinta mengundur! Masa bila pulak mamat ni kat belakang aku?

“Kau nak rangsang aku ke Cinta?”

Cinta pandang lesung pipit Izrail saat lelaki itu senyum.
Rangsang kejadahnya? Dia yang datang belakang aku tiba-tiba!

Makin tinggi bibir izrail terangkat saat menerima jelingan tajam dari mata hitam milik Cinta.
Buah peach yang diambil tadi dihulur pada wanita itu. Basuh dulu baru makan.”

Cinta mencebik bibir, tapi tangan tetap mengapai buah peach yang dihulurkan.
Langkah menuju ke paip air yang berada di tepi rumah tersebut.

Selesai membasuh, buah peach tersebut terus digigit.
Heaven!

Izrail pandang tingkah Cinta.. Cute!
Oppss! Aku pulak yang teransang!
“Kau suka sangat dengan buah peach ni kan?”

Cinta tak menjawab, hanya kepala diangguk laju.

Izrail senyum lagi.
Macam mama, mama pun suka dengan buah peach. Sebab tu dia tanam pokok ni.

Izrail makin merapat kepada Cinta, wanita tu masih ralik mengigit buah peach.
Rambut nya yang panjang jatuh menyentuh pipi, Cinta tak hiraukan

Tidak semerta tangan Izrail menguak lembut rambut Cinta dan menyelitkan dibelakang telinga.

Cinta mendongak, serta merta gigitanyan terhenti. Wajah Izrail dipandang tajam. Langkah diundur setapak.

Dan.. Arghh.. Kaki Cinta tersadung bata yang disusun mengelilingi pokok peach tersebut.
Mata dipejam, sebentar lagi dah tentu dirinya terbaring kebelakang. Tulang spinal mungkin akan terkena bata dan patah.
Oh! Habislah hidup aku.

Pak!

Arggh!” Cinta menjerit kecil. Kenapa rasa lembut je belakang aku? Perlahan mata dibuka.

Wajah Izrail tak sampai seinci menerkap di muka Cinta.

Lelaki itu senyum.Kedua rahang kekarnya naik tinggi.lesung pipit dikiri pipi terbit, kening tebal dan hitam membentuk cantik mata Hazzel yang turus itu..
Ini ke wajah Malaikat Izrail?
Indahnya.. bagai disyurga...

“Berapa lama kau nak suruh aku pegang kau macam ni Cinta?”

Uit! Cinta sedar, pandangan ditoleh kekanan. Tangan sasa Izrail memegang pinggangnya hingga timbul urat hijau menahan tubuh Cinta dari terbaring.

Cepat Cinta berdiri tegak!

Giler! Dah macam scene drama Eternal Love dah, Mark Chao sambut Yang Mi saat Yang Mi terjatuh dari pokok Peach! Auuww!

Cepat-cepat Cinta mengeleng kepala membuang angan kotornya!

Izrail menunduk wajah, kembali memandang tepat ke muka Cinta.
Haruman Patchouli hangat menembusi rongga hidungnya. Jiwa cuba ditahan.

Cinta menunduk wajah.

Clack!
Sekali lagi Jari kasar Izrail menjentik dahi Cinta.

Auww!” Cinta menjerit kuat! Dahi digosok kuat! “Sakit tahu tak!” Mata hitam Cinta merenung mata Hazzel Izrail, Bibir diketap kuat menahan marah!

Izrail senyum, dengan selamba memusingkan badan dan mula mengatur langkah.

Cinta menghentak kaki tanda protes! Hari ni dah saja, dah dua kali dahinya dijentik!
Jantan ni ingat kulit kat dahi aku ni tebal ke? Perit tahu tak!

Langkah Izrail dikejar dari belakang.

Penumbuknya diangkat-angkat lagak nak menumbuk belakang Izrail, tapi Cinta tahu buku limanya tak sekuat Izrail.
Cinta merengus.

Izrail masih melangkah, kedua tangan dimasukan kedalam kocek. “Kau suka ke buah peach tu?”

Ye..” Cinta menjawab sepatah sambil menyambung gigitan pada buah peach yang terbantut tadi.

“Mama aku pun suka.”

Cinta mendongak, belakang Izrail dipandang. Seingat Cinta, Izrail selalu menyebut pasal mamanya.
Mungkin hubungan mereka rapat sangat,“Awak rindu mama awak?”

Langkah Izrail mati.

Cinta turut memberhentikan kakinya, rasa bersalah terbit “Sorry..” Belakang sasa Izrail masih dipandang.

Izrail mengelengkan kepala. “It.s okay..”

Cinta melangkah kehadapan Izrail, menghadap lelaki itu. “Saya tahu awak tentu sunyikan bila mama awak takde.”

Izrail diam.. mata hitam Cinta ditatap.. Ye Iz rindu mama.. Makin Iz tengok Cinta, makin kuat rindu Iz pada mama.

Cinta mengapai lengan kiri Izrail “Kalau awak rasa sedih awak luahkan semua, jangan simpan...”

Izrail menarik kembali lengannya dan dimasukan kedalam kocek seluar.
Hangat kulit Cinta bikin hatinya makin berdebar.

Langkah diteruskan meninggal Cinta. Dia tak mahu Cinta kesan riak sedih diwajah. Nafas ditarik perlahan “Kau pun tak rindu family kau?”

“Awak kurung secara paksa saya kat sini, lepas tu boleh pulak awak tanya soalan macam tu?” Cinta menjeling belakang Izrail. bibir kiri terangkat tanda geram.

Tawa Izrail tertangkap ditelinganya. Cinta mencebik.

“Kau mesti rapat dengan papa kau kau?”

Cinta mengerut dahi,mana jantan ni tahu?

Malam tadi aku dengar kau asyik panggil papa kau je.”

Ooo... “Ye.. saya rapat dengan papa. Saya rindukan papa saya..” Cinta tunduk sambil kaki terus melangkah.

Izrail mematikan langkahnya dan pak!
Belakangnya dilanggar tubuh Cinta. Izrail memusing.

Cinta gosok kepalanya..sakit! apalah mamat ni!
Berhenti tiba-tiba.
Dah lah otot tu keras, langgar pulak dengan kepala aku! rasa berpusing sekejap dunia ni!

Izrail memegang sisi kepala Cinta dengan dua tangannya dan mengangkat wajah wanita itu mendongak kearahnya.
‘ Sorry..’ Perkataan itu ingin diluah, namun mati dihujung lidah.
Ibu jari serta jari terlunjuk dibulatkan.

Cinta pandang jari Izrail, pantas dahinya ditutup. Dia pasti Izrail akan menjentik lagi! mata dipejam erat, pipi dikembungkan. Takut!

Izrail tenung riak Cinta, senyuman diukir lagi.

Pak! Tangan besar Izrail menolak lembut dahi Cinta.

Cinta buka mata! Bibir direngus kuat! Kasar betul mainan jantan ni! Tak beradab!

Langkah Izrail diteruskan sambil Cinta mengekorinya dari belakang.

“Kau nak makan apa lunch ni? Quinoa Fruit Salad, Pesto Pasta, steak atau kau nak aku masak macam semalam? Hari ni mood aku baik, kau boleh oder apa kau suka.”

Cinta mematikan langkah.Ye! Semua public tahu yang Cinta suka makanan macam tu, tapi Cinta taknak, Cinta tak suka!“Saya nak meggi”

Izrail berpaling, wajah bulat Cinta dipandang. Pelik.

“Mmmm... saya nak meggi Samyang! Buldak Chicken!” Cinta menjilat bibir atasnya, tekak terliur.

Awak taknak makan makanan favourite awak ke?”

Cinta melawan pandangan Izrail “Makanan apa? Steak? Chicken Chop?Pasta? Yak! Saya benci makanan macam tu” Cinta mencebir bibir.

Kedua tangannya memeluk tubuh “Semua tu mama yang paksa saya, Suruh saya bergaya ala-ala elegent, makan ala-ala keturunan diraja omputih. Huh! muak tahu tak. Kembang rasa tekak ni”

Izrail pandang Cinta yang mengurut anak tekaknya.
Sungguh Cinta lain.

Cinta menghampiri Izrail. Matanya dikedip berkali-kali “Saya nak makan meggi tengahari ni boleh?”

Izrail tunduk pandang Cinta “Rumah aku takde makanan tak sihat macam tu!”

Sekali lagi Cinta mencebir bibir. Tak sihat? Bukan mati pun kalau makan meggi sekali sekala! Berlagak mamat ni! “Awak beli kan boleh?” Sekali lagi Cinta merayu.

“Malas aku!”

Cinta goncang lengan kiri yang masih berada didalm poket seluar “Alaa.. boleh la.. sekali je.. dah lama saya kempunan nak makan meggi samyang tapi mama tak kasi...” Makin kuat goncangan pada lengan Izrail saat lelaki itu cuba menarik lengannya.

“boleh la awak... please...” Cinta mencari wajah Izrail, mata dikedip berkali-kali.

Cute! Makin geram aku rasa! Izrail.. cool down...

“kau masih demam! Tak payah mengada nak makan meggi macam budak-budak! Lunch ni aku buat steak! Muktamad!”Dengan kuat Izrail merentap lengannya sebelum menapak meninggalkan Cinta.

Cinta merengus! Kaki dihentak berkali-kali. “Meggi bukan makanan budak-budak, Encik Izrail!”

Izrail senyum mendengar jeritan Cinta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(Completed) Obsessi Cinta Izrail (short story)Where stories live. Discover now