CI4

7.5K 158 1
                                    


Perlahan Izrail meletak tubuh Cinta yang sudah terlena,di atas katil.

Lace labuh yang dipakai wanita itu terkuak menampak betisnya yang putih bersih.

Cepat-cepat Izrail menutup tubuh itu dengan selimut.

Sesak jantungnya dikawal!

Cinta mengerakan badanya dan merekot kearah Izrail.

Sekali lagi Izrail membetulkan selimut ditubuh Cinta.

Rambut ikal dan hitam yang menutupi sebahagian wajah Cinta, disebak kebelakang.

Jelas kelihatan kebiruan di hujung pipi Cinta disebabkan cekakan kuat tangan besar milik Izrail pada rahang wanita itu.

Nafas ditarik perlahan.
“Maafkan aku Cinta..”

Pipi wanita itu dielus.

Teringat kejadian tadi, membuatkan Izrail menyumpah dirinya!

Sikit pun dia tak salah Cinta ketika wanita itu melarikan ubatnya.
Namun pedih hatinya ketika Cinta tahu akan kelemahan dirinya yang cuba ditutup!

Malu!
Kerana Izrail tak seperti lelaki lain!

Sedangkan dalam hati sentiasa berkobar-kobar untuk lari dari semua ni!

Jiwa makin sesak apabila penyakit Izrail makin hari semakin teruk!

“Your disease can not be cured, just take the drug for preventive”

Teringat kata-kata Doktor Hairer dari Switzelend beberapa tahun lepas

Sampai bila dia harus bawa penyakit ni?

Arghh! Izrail serabutkan rambutnya.

Sebentar kemudian matanya kembali menatap wajah polos Cinta.

Dengkuran kecil dari wanita itu menandakan dia benar-benar terlena.

Selepas menolak keluar tubuh Cinta dari kamarnya tadi.

Izrail menghempas tubuhnya diatas katil!

Kekesalan demi kekesalan timbul dibenak hatinya!

Nasib amarahnya dapat dikawal, jika tidak sudah tentu wajah Cinta hancur dek penumbuknya.

Izrail terlena sebentar kerana tubuh terlalu penat menahan sakit.

Saat terbangun tadi, Cinta sudah tiada, Izrail terus keluar mencari wanita itu.

Langkah menuju ke bilik Cinta, namun kosong.

Derapnya laju menuruni anak tangga, dan ketika sampai diruang tamu, kelihatan Cinta terlena dalam keadaan menyudu.

Sendu wanita itu masih bersisa.

Pipi Cinta yang masih basah dek air matanya, disapu lembut oleh Izrail sebelum mencepung wanita itu naik kebiliknya.

“Papa...”

Sekali lagi Izrail menoleh kearah Cinta.

Sayu perkataan yang keluar dari bibir wanita itu walaupun masih lena.

Tubir mata Cinta basah lagi. Dia menangis dalam tidur.

Izrail menyapu air mata itu.

Ye! Dia kesal! Tapi Izrail perlukan Cinta..

Izrail obsess dengan Cinta.

*******

Cinta membuka matanya saat terasa cahaya mentari bermain di korneanya.

(Completed) Obsessi Cinta Izrail (short story)Where stories live. Discover now