CI5

6.8K 153 16
                                    

Seusai makan dan mandi, Cinta berdiri di jendela mengadap ke bawah.

Pekerja-pekerja Izrail tadi sudah tiada.

Taman kembali sunyi.

Patutlah bunga dan dan tanaman kat rumah ni sentiasa segar, rupanya Izrail mengupah pekerja untuk menguruskan semuanya.

Yelah.. takkan mamat drug addict tu nak kerja kan tanaman dia sorang diri!
Karang semput!
Dahlah dia tu ambik dadah.

Huh!
seram sejuk tubuh Cinta bila memikirkan balik kejadian semalam.

Melihat Tubuh Izrail yang mengelepar dan menatap aksi gila lelaki itu apabila dengan berani mencucuk dirinya dengan picagari!

Tak ubah seperti seorang penagih dadah yang dah gian teruk!

Pasti Izrail Tongkang dadah terbesar, kalau tak takkan lah berlambak-lambak dadah tu ada dalam laci dia!

Gila!

Sepatutnya dari awal perlibatan Cinta dalam dunia glamour, beliau harus tahu semua ni adalah perkara yang akan dilaluinya.

Obsess pada artis, itu perkara biasa bagi Cinta.

Setiap hari ada sahaja hadiah yang dihantar kepadanya dari peminat yang obsess.
Kadang-kadang hadiah itu langsung tidak dibuka.

Tapi Izrail lain.. Kerana terlalu obsess pada dirinya, Cinta diculik dan dikurung seperti sekarang ni! Huh!

Pintu bilik dikuak.

Cinta tak menoleh dia tahu siapa gerangan yang memasuki biliknya.
Pandangan terus dibuang keluar Tingkap.

Semakin dekat aroma cologne campuran Woody dan Citrus, semakin Cinta sedar Izrail menghampirinya.

Dan apabila jemari lelaki itu cuba menyentuh lengan Cinta, terus wanita itu mengelak.

Izrail senyum lebar.
Dia kemudian berdiri disebelah Cinta dan turut memandang taman dibawah.

Cinta memeluk tubuh.
Dia tahu semakin diri melawan semakin kerap tangan gatal Izrail menyentuhnya.

Cinta tak mahu kulitnya sentiasa bersentuh dengan Izrail.

Izrail Penagih dadah!
Ntah-ntah ada HIV!

“Awak tahu kan siapa saya?”

Izrail tak menoleh, kedua tanganya dimasukan kedalam kocek, mata terus dibuang keluar jendela.

“Awak tahu kan saya public figure. Awak kurung saya, awak ingat takde orang yang akan cari saya?”

Izrail masih tak berbunyi.

“Awak tak takut ke? Sebab sekarang satu Negara sedang mencari saya?”

Bunyi sindiran tawa Izrail makin menebal rasa benci Cinta pada lelaki tu!

“Aku malaikat Izrail, aku takkan takut dengan sesiapa pun!”

Huh! Kini giliran Cinta pula tergelak kecil.

Malaikat konon! Malaikat takkan takut mati!

Teringat kejadian semalam bila lelaki tu mengigil untuk mendapatkan ubat!

Izrail menoleh memandang Cinta yang masih menerkup mulutnya “Kenapa kau gelak?”

Cinta mengelengkan kepala.
Kalau diberitahu apa yang ada dalam fikirannya saat ini, dah tentu amarah Izrail kembali tinggi!.

Huh!
Dasar jantan egois!

Izrail memegang lengan Cinta dan memusing tubuh wanita itu mengadapnya “Cakap dengan aku, kenapa kau gelak?”

Tangan Cinta masih menutup mulutnya, kepala digeleng berkali-kali.
Takut mula menyergah!

Izrail menghembus nafas.

Clak!
Dahi Cinta dijentik kasar oleh jari Izrail.

Awww!” Cinta menjerit lantas mengosok-gosok dahinya yang terasa pedih!

Giler doh mamat ni!

“Aku tak kunci lagi bilik ni, kau boleh keluar kemana saja kau suka.”

Izrail terus berlalu meninggalkan cinta yang masih menahan sakit.

“Kau boleh keluar kemana saja kau suka!” Cinta mengulangi ayat Izrail sambil mencebir bibirnya.

Takde kemananya!
Keluar dari bilik pusing-pusing dalam rumah, kalau rasa puas, pusing-pusing kat taman pulak.

Huh! takde maknanya ayat ‘Keluar kemana saja’

Sekarang ni misi Cinta hanya satu, dia harus masuk ke ‘Green House’ dan meletakan nota yang ditulisnya sebentar tadi.

‘Selamat kan saya, saya dikurung oleh Izrail. Saya Pelakon dan penyanyi Negara, Mawar Cinta.’

Cinta berkira-kira untuk menyelitkan nota itu di antara tanaman atau bunga-bunga dan berharap ianya akan dijumpa oleh pekerja-pekerja Izrail ketika mereka menguruskan tanaman itu pada waktu pagi.

Ye!
Hanya itu sahaja cara untuk Cinta keluar dari sini!

********


Seperti biasa Cinta menghadap makanan tengahari yang telah tersedia, seorang diri.

Dan seperti biasa Izrail akan duduk berhadapanya mengadap beliau.

Mmm... mamat ni tak pernah makan ke?

Muka tu 24 jam tertutup dengan topeng tak lemas ke?

Kalau aku bukak.... sah-sah Izrail akan tercungap-cungap nak mati kan, macam semalam.

Jantan ni betul ke manusia yang hidup di planet bumi?
Atau dia sebenarnya Aliens?
Pakai mask sebab taknak sedut oksigen di planet ni.

Huh! Fantasy mind la sangat Cinta!

“Awak tak makan ke?” Cinta mengambil napkin dan mengelap tepi bibirnya.

Izrail yang asyik menompang dagu memandang Cinta, mengelengkan kepalanya “Aku kenyang bila tengok kau makan.”

Bibir kiri Cinta terangkat.
Ayat pick up line yang dah lapuk!

Tubuh Cinta didirikan.

“Kau dah siap makan?” Izrail turut bangun.

“Mmm... saya taknak gemuk, takut nanti susah nak lari dari sini.”

Tawa Izrail tersembur apabila mendengar ayat Cinta.

Langkah cinta dikepung. “Mmm... aku pun tak suka kau gemuk, susah nak dukung atas katil nanti.”

Cinta mengetap bibir!
Sindiran itu terkena batang hidungnya semula!

Izrail memegang erat kedua bahu Cinta.
Dagu wanita itu didongak “Aku ada kerja nak diuruskan dalam bilik, kau boleh relax dalam rumah ni. Kalau kau nak apa-apa, ketuk pintu bilik aku.”

Cinta melawan renungan Izrail. “Saya nak balik, boleh awak benarkan?”

Rahang Izrail terangkat sekejap. Cinta makin berani! “Kau nak balik kemana? Ini rumah kita Cinta.”

Ah! Shit!
Soalan yang Cinta tahu apa jawapan namun hati tetap ingin meluahkan!

Izrail mengilai sambil melangkah meninggalkan Cinta yang terus berdiri tegak menahan rasa!

*****

Lama Cinta terpusing-pusing didalam biliknya mencari idea lain untuk keluar, tapi semua nampak buntu.

Nota yang ditulisnya masih digengam erat.

Harap rancangannya yang satu ni menjadi!

Cinta keluar dari bilik, Pintu bilik Izrail yang masih tertutup dipandang.

Langkah diteruskan menuruni anak tangga dan menuju keluar.

‘Green House’ yang diperbuat dari kayu itu didekati.

Pintu dibuka, dan tubuh Cinta dibenamkan kedalamnya.

Matanya melilau mencari kedudukan yang sesuai untuk meletakan nota yang dibawanya.

Lama Cinta terpusing-pusing dan akhirnya mata terlihat beberapa deretan pasu yang tertanam daun basil didalamnya.

Cinta pasti tanaman itu akan sering digembur kerana daun basil akan selalu digunakan dalam masakan.

Pasu yang sedikit tersorok dibahagian belakang diangkat, nota yang ditulisnya tadi diletak dibawah pasu tersebut.

Oh! Tuhan... Temukanlah nota ini pada manusia yang benar-benar ingin menolongku!

Cinta masih mencangkung, pasu itu terus dipandang.

Airmatanya ingin tumpah, namun ditahan!

Kau kena Kuat Cinta!
Semua sedang mencari kau sekarang ni!

“Cinta..”

Hah! Hampir tubuh Cinta teduduk diatas tanah saat Izrail memanggilnya.
Mujur tangan kiri Cinta cepat menongkat badan.

“Kau buat apa?”

Cinta mendongak memandang Izrail yang berpeluk tubuh.

Pantas Cinta bangun, tapak tangannya ditepuk-tepuk membuang tanah yang melekat. “Saya tengok sayur-sayur ni, awak juga yang mintak saya petik untuk dimakankan?.”

Cinta mengatur langkah kehadapan, dibiarkan Izrail mengekornya.
Sementalah dia cuba menutup debaran jantungnya.

“Good good... Sebab tu aku sayang kau Cinta... Aku tahu kau akan ikut cakap aku.”

Damn!
Aku takkan pernah turut kata dari orang gila seperti kau!
Cinta mencebik.

“Cinta jom aku tunjuk kau sesuatu!” Izrail memintas langkah Cinta dan menarik lengan wanita itu menurutinya.

Terhuyung-hayang kaki Cinta saat mengejar langkah besar milik Izrail!

Langkah mereka mati apabila tiba dihujung ‘green house’ tersebut.

Mata dan mulut Cinta membulat saat terlihat sepohon pokok Peach dengan buahnya yang dah meranum.

Izrail ambil beberapa biji buah peach dan mencucinya dengan air paip sebelum kembali kepada Cinta yang masih kaku berdiri.

“Mesti kau terkejut kan? Saat kita hidup di iklim panas, tapi pokok peach ni masih boleh bertahan.”

Cinta menoleh kearah Izrail, lelaki itu menghulurkan buah peach yang dipetiknya tadi.

“Kau rasa lah... manis sangat.”

Lidah Cinta tak mampu bertahan lagi, buah itu terus digigit.
Aww! Sweet and juicy!

Izrail pandang senyuman dibibir Cinta.
Hatinya turut berbunga.

“Mama dan aku yang tanam pokok ni, banyak kami tanam. Tapi cuma satu ni je hidup dan subur.”

Sekali lagi pandangan Izrail melirik kearah Cinta, Wanita itu langsung tak perdulikan kata-katanya.

Mungkin terlalu asyik menikmati buah peach.

Izrail tawa kecil..

Betul lah apa yang mamanya cakap sebelum ni, ‘Mawar Cinta bukan sebarangan wanita.’

‘Mama... Iz dah bawa Cinta kesini, seperti apa yang mama idamkan.’

Mata Izrail ditutup, bau fresh dari bunga-bunga didalam Green House ni dihidu!
Nyaman!

“Mama awak mana?”

Izrail menghembus lembut nafasnya.
“Dah meninggal.. 4 tahun lepas.”

Cinta menoleh, Mata Izrail masih tertutup. Rasa bersalah bertanyakan soalan tadi.


Izrail membuka mata dan menghadap kearah Cinta. “Kau nak tanya apa lagi? tanya je.. sementara mood aku masih baik”

“Mmm... kalau saya tanya awak jangan marah..” Kedua ibu jari tangan Cinta dimainkan.

“Kau belum tanya, macam mana aku nak marah” Terdengar tawa halus dari Izrail.

“Mmm... awak ni penagih dadah ke?”

Mmmpphh? Ha ha ha ha!” Terbongkok-bongkok Izrail menahan gelak.

Perwatakan yang sering berubah, menunjukan seseorang itu mempunyai masalah mental.

Cinta mengurut dagu sambil telinganya terus menangkap hilaian dari suara garau Izrail!

Mungkin benar Izrail ni gila, disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan!

Aku? Drug Addict? Ha ha ha!” Izrail melangkah kehadapan Cinta “Kau tengok body aku yang tough macam ni kau boleh cakap aku drug addict Cinta?”

Huh?! perasan...
Cinta memandang Izrail dari atas kebawah. Memang tough pun!

Tapi jangan ingat body six pack tak ambik dadah!

Izrail mengambil nafas panjang kemudian menghembus laju
“I have Multiple Allegic Dieases

Cinta mendongak mencari mata Hazzel Izrail yang hampir tertutup dengan hujung rambut lelaki itu.

“Ubat yang aku ambil semalam adalah Hydrocortisone yang dicampur dengan bunga-bunga liar”

Hyrocortisone? Sejenis ubat untuk Allegic. Mustahil!

“ Bukan dadah ke? Tapi kenapa awak...”

Inject macam penagih?” Izrail memangkah kata-kata Cinta.
“Kau ingat bila orang inject macam tu dia ambik heroin? Ganja? Ketum?”

Izrail tergelak lagi “Semalam kelam kabut, aku tak sempat ikut prosedur yang betul, aku cucuk je asalkan ubat tu masuk”

Boleh percaya ke? “Awak cakap itu ubat Allegic? Semalam tu awak Allegic dengan apa?”

“Kau!”

Sekali lagi Cinta mencari bola mata milik Izrail.

Dah lah muka mamat psiko ni sentiasa tertutup dek face mask, ditambah pulak dengan rambutnya yang terjatuh menutup dahi serta sipi-sipi menghalang anak mata Hazzel itu.

Huh hati Cinta pulak rasa serabut!

Dua hari lepas dah handsome dah rambut mamat ni.
Kemas disikat kebelakang gaya ducktail ditambah dengan spike yang tak berapa tinggi dan diletak gel membuat rambut itu lebih bersinar.

“Aku Allegic dengan kau.”

Cinta yang masih mendongak, tergelak “Kalau awak Allegic dengan saya kenapa awak culik saya?”

Cinta kau semakin berani untuk bersuara, Izrail senyum segaris Allegic aku datang waktu kau bukak topeng aku semalam.”

Sah!
Mamat ni datang dari planet lain.
Kalau dia betul-betul manusia takkan lah taknak sedut oksigen free kat bumi ni?

“Sejak kecik aku pakai Topeng ni bila keluar, dan Penyakit aku akan datang kalau aku buka topeng dihadapan semua orang.”

Cerita apa ni?
Macam tak logik je?

Handsome sangat ke mamat ni sampai takut nak tunjuk muka kat semua orang?

“Saya tahu, ni mesti sebab muka awak cacat kan?”
Gulp! Cinta tepuk-tepuk mulutnya! Lancang betul ayat tu!
Janganlah mamat ni mengamuk pulak sebab terasa dengan ayat aku!

Izrail menundukkan wajahnya mendekati muka Cinta. Sekali lagi rahangnya terangkat tinggi.
“Kalau kau nak tahu lagi tentang aku, kau kena tinggal dulu kat sini lama-lama.”

Aisshh!” Cinta menolak bahu Izrail supaya menjauhinya!

Terburai tawa dari suara Izrail.

Cinta melepaskan nafas, mujur Izrail tak marah!

Semalam, sekejap je Cinta dapat menatap wajah lelaki ni.
Mmm.. macam takde kecacatan langsung kat muka dia.

Elok je ciptaan tuhan pada wajah Izrail.

Dengan rahang yang terbentuk kekar, ditambah hidung yang sederhana mancung.

Teringat ketika Izrail merenung Cinta dan mata Cinta memandang bibir merah dan nipis lelaki itu yang dibasah berkali-kali.

Plumping! Sensual!
Rasa nak sentuh-sentuh je!

Oiikkk! Gila!
Cinta mengeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali cuba membuang perasaan kotornya!

Tubuh Izrail disebelahnya dilirik, Cinta mengeluh..
“Jadi apa tujuan awak bawa saya kesini, sedangkan awak terseksa kerana terpaksa memakai topeng ni setiap masa.”

Izrail senyum lagi, “Aku tak pernah pun cakap aku terseksa.”

“Kalau macam tu, awak cabutlah topeng awak” Cinta cuba mencapai Face mask yang melekat di wajah Izrail.

Cepat lelaki itu mengelak lantas mencapai lengan Cinta “Cinta, this is not a joke!”

Cinta diam.

“Aku tahu kalau boleh kau nak bunuh aku sekarang ni jugak kan?”

Cinta menarik lengannya dari gengaman Izrail. “Ye! Kalau boleh sekarang jugak saya bunuh awak!.”

Sekali lagi tawa Izrail tersembur. “Aku Malaikat Izrail... aku takkan mati...”

“Nonsense!” Cinta memusingkan tubuhnya, lantas berjalan meninggalkan tawa Izrail yang masih berbaki!

(Completed) Obsessi Cinta Izrail (short story)Where stories live. Discover now