Lisa menarik nafas dalam lalu menghembusnya dengan perlahan.
Hari ini adalah hari pertama Lisa berkerja sebagai guru praktikal dan juga menjadi guru kelas di kelas 1-3Memandangkan guru kelas 1-3 meletak jawatannya dua bulan yang lalu. Guru besar melantik Lisa sebagai guru kelas sementara waktu di kelas 1-3 sehinggalah Lisa tamat
menjadi guru praktikal di Golden Highschool."You can do this Lalisa!!"Lisa memberikan semangat pada dirinya sendiri.
Lisa memulas tombol pintu lalu menguaknya dengan penuh semangat. Dia berjalan kearah meja guru. Lisa sempat menangkap bisikkan-bisikkan daripada pelajar-pelajar lelaki dan juga wanita.
"Okay class!! Give me your attention,please!!. I'll introduce myself" jerit Lisa dengan lantang. Kelas yang tadinya bising seperti pasar ikan kini telah pun senyap seperti di perpustakaan.
Semua pelajar memberikan sepenuh perhatian mereka pada Lisa yang berdiri tegak dihadapan kelas.
"Nama saya Lalisa Manoban atau nama korea saya Kim Lalisa. Saya berasal daripada Thailand-"
"Wuuuuuu, Thailand!!Sawadeekap seonsaengnimmmm...."potong Jimin pantas. Lisa tersenyum nipis pada Jimin.
"Siapa nama awak?" Lisa memandang kearah Jimin dengan senyuman terukir dibibir mungilnya.
Dengan penuh semangat Jimin berdiri dari duduknya. Dia menundukkan 90° tubuhnya seperti gaya putera menunduk hormat pada puteri.
"Annyeonghaseyo! Naneun Park Jimin ibnida. Im King of playboy. Pelajar paling Hot dan paling charming. Jika tidak keberatan saem boleh panggil saya baby and i'll call you honey" Jimin mengenyitan matanya lalu duduk semula di tempat duduknya sendiri.
Lisa terdiam. Bukannya kerana cair dengan ayat manis yang dilontarkan oleh Jimin tetapi geli. Belum pernah dalam sejarah hidupnya ada budak yang muda daripadanya memberikannya ayat manis. Kecuali Kim Seok Gyoo merangkap anak lelaki abang tiri kesayangannya.
Lisa menggosok kedua-dua lengan putihnya. Habis meremang bulu roma seluruh badan. Kalau anak buah lelaki kesayangannya itu yang memberikannya ayat manis sudah pasti Lisa akan cair dengan kecomellannya.
"Saya berumur 22 tahun dan juga saya guru kelas sementara waktu di kelas ini... Korang semua boleh panggil saya Miss Lisa"Lisa menundukkan sedikit kepalanya.
"Any questions?"soal Lisa. Anak matanya memerhati setiap wajah pelajar-pelajarnya.
Pantas Jimin mengangkat tangannya. Lisa memandang tepat kearah Jimin yang sedang mengangkat tangan kananya.
"Yes,Park Jimin?"
"Miss Lisa pernah termakan magnet ke?"
"Hah? Saya belum bodoh lagi sampai tak dapat bezakan makanan dan juga benda"
"Ish Miss Lisa ni! Nak buat pick up line pun susah. Dia bagi kita ayat deep terus"Jimin menghempas punggungnya keatas kerusi kayu. Bibirnya dicebikkan menandakan dia tidak berpuas hati kerana pick up line yang dibuatnya untuk Lisa tidak menjadi.
Lisa menggelengkan kepalanya. Belum sampai satu jam berkerja dah buat sakit kepala.
Lisa memandang kerusi kosong di sebelah Jimin. Dia mengerutkan dahinya.
'Aik? Takkanlah ada budak tak hadir? Setahu aku harini semua pelajar kelas aku datang ke sekolah. Mana pula budak ni pergi?'monolog Lisa.
"Park Jimin" Jimin yang tadinya berborak dengan Taehyung yang duduk di belakangnya terhenti apabila namanya diseru oleh Lisa.
"Yes, Miss Lisa?"jawab Jimin. Dia menayangkan senyuman manis kearah Lisa.
"Siapa yang duduk di sebelah awak?" tanya Lisa dengan dahi yang dikerutkan. Jari telunjuknya ditunjuk kearah kerusi kosong disebelah Jimin.
YOU ARE READING
Miss Practical! I Love You! {Liskook FF} {J.J.K & L.L.M}
FanfictionRamai yang mengatakan bahawa cinta itu tidak mengira usia.Benarkah pepatah itu wujud? Tetapi.. Itulah yang terjadi pada seorang remaja lelaki yang bernama Jeon Jungkook.Siapa sangka Jungkook yang berhati keras itu boleh 'ter'jatuh hati pada seorang...