Lisa membuka pintu kondonya dan Chaeyoung. Dengan langkah longlai Lisa melangkah masuk kedalam kondo besar itu.
Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi hanya tinggal 2 jam 30 minit lagi untuk Lisa dan Chaeyoung memulakan kerja mereka sebagai guru praktikal. Hari ini masuk hari kedua mereka berkerja di Golden High School.
Lisa menghumban kasar tubuhnya keatas sofa putih yang terletak di ruang tamu. Rambutnya yang kusut-masai dibiarkan menutup wajahnya.
Kantuk masih mengusai dirinya. Dia terpaksa menjaga Seokgyoo sepanjang malam kerana Seokgyoo yang meragam merindui appanya yang berada di Amerika.
Tetapi Lisa perlu mengagahkan dirinya untuk bangun. Lisa belum memilih baju yang sesuai untuk digunakannya semasa berkerja nanti. Dengan sisa tenaga yang masih ada. Lisa bangun lalu meregangkan sendi-sendi tulang yang terasa sengal.
Dia berjalan kearah bilik tidurnya yang hanya bersebelahan dengan bilik tidur milik Chaeyoung. Pintu golongsor almari putihnya dibuka luas agar senang mencari baju yang sesuai digunakan semasa berkerja nanti.
Selesai sahaja dia menyiapkan baju yang akan digunakannya semasa berkerja nanti. Lisa sempat mengerling sekilas jam yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil saiz queennya.
Jam menunjukkan angka 7:00. Hanya tinggal 1 jam lagi untuk dia dan Chaeyoung memulakan kerja mereka. Lisa perlu menyiapkan sarapan pagi untuk dirinya dan juga Chaeyoung .
Getah rambut berwarna kuning di pergelanggan tangan digunakan untuk mengikat rambutnya menjadi sanggul supaya lebih kemas dan selesa.
Dia kemudian melangkah menuju ke dapur masak yang berada tidak jauh dengan ruang tamu kondonya. Lisa bukannya mahir dalam bidang memasak. Tetapi dia hanya pandai memasak makanan yang simple sahaja.
Setelah 30 minit bertungkus-lumus menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua. Lisa meletakkan mangkuk besar yang berisi nasi goreng kimchi di atas meja.
"Huaaaaa!! Sedapnya bau!!"Jerit Chaeyoung kuat. Serta merta pergerakkan Lisa terhenti apabila mendengar suara itu. Dadanya diusap lembut akibat terkejut kerana terdengar suara Chaeyoung .
"Amboi! Terhidu makanan terus bangun kau eh? Tadi aku tengok bukan main terbongkang lagi kau tidur"Lisa menjeling Chaeyoung tajam.
"Eh mesti! Dimana ada makanan disitu ada aku. Tambah lagi masakkan kau 'Boommmm' mestilah aku bangun cepat-cepat"Sengih Chaeyoung.
"Eleh. Saja lah tu nak ambil hati aku. Bagi tau je apa kau nak. Jangan nak puji masakkan aku sangat lah"Lisa menyedok nasi goreng kimchi ke atas pinggan bersih lalu menyerahkan kepada Chaeyoung.
"Aku memang ikhlas puji kau lah. Aku tak nak apa-apa pun"jawab Chaeyoung. Dia menyambut pinggan yang berisi nasi goreng kimchi lalu menyuap nasi goreng kimchi itu kedalam mulutnya.
"Aik? Macam pelik je. Serious ni Jung Chaeyoung ke? Ke dah kena rasuk oleh penunggu kondo ni semalam"keningnya diangkat tinggi. Pelik dengan telatah kawan baiknya diawal pagi ini.
"Ish! Takdelah. Aku just happy je hari ni. Kenapa? Tak boleh eh aku happy?" soal Chaeyoung. Nasi goreng kimchi disuap buat kali keduanya kedalam mulut.
"Tak lah. Aku just pelik kenapa kau boleh happy. Yelah, aku bukan kenal kau kemarin tau. Dah bertahun-tahun kita kenal. Lagipun kau bukannya jenis happy awal-awal pagi ni. Ni mesti ada something jadi kat kau semalam"Lisa menunjuk Chaeyoung menggunakan sudu yang berada di tangan kananya. Kening yang terukir cantik dinaikkan.
Chaeyoung menunduk malu. Pipi tembamnya berona merah apabila teringat kembali kejadian yang berlaku semalam ketika Jimin mengajaknya makan malam di Restaurant milik abang Jimin, Park Yoongi.
YOU ARE READING
Miss Practical! I Love You! {Liskook FF} {J.J.K & L.L.M}
FanfictionRamai yang mengatakan bahawa cinta itu tidak mengira usia.Benarkah pepatah itu wujud? Tetapi.. Itulah yang terjadi pada seorang remaja lelaki yang bernama Jeon Jungkook.Siapa sangka Jungkook yang berhati keras itu boleh 'ter'jatuh hati pada seorang...