Bab 1...~Happy Three Friends~

219 10 4
                                    

"Weh weh weh Jungkook!! Bangunlah bengong! Dah rehat ni! Baik kau bangun sekarang sebelum budak pendek tu datang ke sini. Nanti tak pasal-pasal dapat tendangan free daripada pendek tu!"Taehyung menguatkan suaranya untuk membangunkan Jungkook dari lenanya.

Tetapi Jungkook tidak memberikan sebarang tanda-tanda untuk dia bangun.

"Woi biskut terlebih masak!bangunlah bodo!"Taehyung menggerak-gerakkan tubuh Jungkook yang sedang membaringkan kepalanya di atas meja belajar beralaskan lengannya sendiri.

"Ish biskut ni! Takkan dah tidur mati?rasa-rasa dia bangun tak kalau aku baling bom sebelah dia?"soal Taehyung pada dirinya sendiri. Dia menggosok dagunya sambil merenung Jungkook dihadapannya yang masih diulit mimpi dengan senyuman lebar yang terukir di bibir seksinya.

Entah apa yang dimimpikan oleh Jungkook sehingga tidurpun masih boleh senyum lebar.

Ni mesti kes-kes mimpi dapat kahwin empat.

"Memang tak bangunlah jawabnya!kalau dah bom aku baling sebelah dia, tu bukan namanya tidur mati tapi dah mati!"jawab Taehyung pada soalannya sendiri.

Taehyung tersengih seorang diri pada jawapannya sendiri. Suara sengaja dikecilkan agar tidak mengganggu lena Jungkook. Karang Jungkook dengar apa yang dikatakan oleh Taehyung habis dibelasahnya Taehyung.

"Kau dah kenapa sengih sorang diri ni? Depan meja aku pulak tu. Dah gila ke?"tegur satu suara.

'Aku ingat suara bidadari mana tiba-tiba cakap seorang diri. Rupa-rupanya jelmaan entah turun dari mana yang bercakap seorang diri dihadapan meja aku'. Getus Jungkook kecewa

Dengan serta merta sengihan Taehyung mati. Dia memandang Jungkook yang sudah terjaga.

'Alamak!dia dengar ke aku mengumpat dia tadi?'monolog Taehyung. Dahinya yang berpeluh itu dikesat dengan perlahan.

"Kau kenapa diam pulak ni?tadi bukan main rancak cakap seorang diri. Ni dah kenapa senyap?"sambung Jungkook lagi apabila Taehyung yang tidak memberikan sebarang riaksi.

Taehyung mula tersengih. 'fuhhh. Nasib baik tak kantoi!'.

"Tak adalah aku saja je cakap seorang diri. Aku nak belajar cakap seorang diri manalah tau sekolah ni ada buat anugerah pelajar paling kerap bercakap seorang diri"jawab Taehyung dengan selamba.

Sengihannya makin menjadi-jadi apabila mendapat jelingan maut daripada Jungkook.

"Selama aku sekolah sini. Belum ada seorang cikgu pun yang buat anugerah pelajar paling kerap bercakap seorang diri di sekolah ni. Kalau cikgu tu buat anugerah pelajar paling bangang di sekolah ni. Aku pasti seratus peratus kau akan menang tempat pertama anugerah tu" ujar Jungkook. Dia berdiri dari duduknya.

"Lepastu tempat kedua dimenangi oleh kau. Pastu tempat ketiga pula dimenangi oleh Jimin. Itu barulah namanya kawan sejati! Lepastu kita buat nama kumpulan '3 sekawan bangang'" Taehyung tersenyum lebar dengan ayatnya tadi.

"Yang kau masukkan nama aku dengan nama Jimin dah kenapa? Diantara kita tiga yang paling bangangnya kau. Bukannya kami berdua."kata Jungkook tidak berpuas hati dengan ayat Taehyung tadi. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Kalau dah namanya award. Kenalah ada tempat kedua dan ketiga. Setiap kali ada pertama wajiblah ada yang kedua dan ketiga di samping si pertama. Oleh kerana kau kata aku dapat nombor pertama dalam anugerah tu. Maknanya kau dan Jimin dibawah aku. Kira macan pengikut aku lah"Panjang lebar Taehyung memberi tahu hujahnya.

Jungkook hanya menggelengkan kepalanya. 'Mesti ada aje jawapan yang terlintas di kepala otak si alien ni. Kalau tak menjawab tak sah!'monolog Jungkook.

Miss Practical! I Love You! {Liskook FF} {J.J.K & L.L.M}Where stories live. Discover now