02 ' Sweet Liar

213 30 1
                                    




"it's hurt when you're lying about what i already knew"


"Soul.."

"Soul-ah.."

"Hmm.." aku buka mata perlahan bila ada orang panggil aku. Aku gosok mata dan manusia pertama yang aku nampak, Seokjin.

Dia berdiri sambil bersandar pada kabinet dapur dengan sebelah tangannya memegang segelas air.

"Kenapa tidur sini?" soal Seokjin.

"Tidur?" ah, baru teringat. Tadi aku pening kepala.

"Saya letih sangat kot, tu yang tertidur. Tak perasan pulak, hehe." kepala yang tak gatal aku garu.

"Letih sangat sampai tak masak?"

Aku terus tengok jam.
12.45pm
Oh My God!

"Maaf--"

"Dengan pintu tak kunci. Kalau ada orang luar masuk macam mana?" soal dia lagi.

Nada dia mendatar sahaja. Tapi aku tahu yang dia tengah marah.

"Awak tunggu kejap boleh? Saya masakkan kejap je." aku bangun dari kerusi.

"Tak payah lah. Saya ada meeting kejap lagi." ujar Seokjin. Gelas yang dah kosong diletakkan di hadapan aku. Blazer dicapai dan terus keluar tanpa memandang aku.

Aku hanya memerhati. Langsung tak bersuara mahupun kejar dia.

Haih, Soul pabo!






•••






Pintu kereta ditutup kuat. Tangan kecilnya disilangkan ke dada. Mulut dimuncungkan sedepa.

Nak gelak tapi ni bukan masa yang sesuai. Nanti bertukar jadi hulk pulak anak aku sorang ni.

"Marahkan omma ke?"

"Huh!" soalan aku tidak dijawab. Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

Marah sangat ni. Yelah, hampir sejam dia tunggu sorang sorang dekat sekolah. Kalau aku pon marah.

"Omma mintak maaf."

"Maaf tak diterima." Saemi menjarakkan diri dia dari aku dengan merapatkan diri dia ke tingkap. Terpenyek dah muka tu haih.

"Kita pergi makan, nak?" alang-alang aku pon tak masak kat rumah, boleh la umpan dia hehe.

"Makan apa?" Saemi pandang aku.

Yes, umpan berjaya.

"Saemi nak makan apa?"

"Nak tteokbokki!"

"Okay, jom makan tteokbokki." ujar aku.

"Yeay!"

Aku tersenyum nipis lalu pedal minyak ditekan.






•••






Elok je aku dan Saemi masuk restoran yang kami sekeluarga selalu datang, sepasang merpati dua joli yang tengah seronok bermesraan buatkan langkah aku terbantut.

"Omma, kenapa ni?" Saemi yang tengah bingung terus aku tarik keluar dari restoran tu.

"Kita makan kat tempat lain ya sayang?" aku cuba pujuk Saemi.

"Hmm.. Yelah." Saemi jalan mendahului aku.

Sekali lagi aku pandang mereka berdua dari luar restoran.

Memang dia.






•••






Makan malam kami hanya dipenuhi bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Seokjin langsung tidak mengeluarkan suara sejak balik dari kerja petang tadi.

Marah lagi ke?

Seokjin bangun dan angkat pinggannya ke sinki. Selesai basuh pinggan, dia terus masuk ke bilik.

"Appa kenapa?" Saemi tiba-tiba menyoal.

"Appa letih la tu."






•••






10.30pm

Aku masuk ke bilik lepas tidurkan Saemi di bilik dia.

Seokjin dah tidur. Awalnya.

Aku tutup lampu dan baring di sebelah Seokjin.

Jantung aku berdegup laju.

'Ish, nak gerak ke tak?'

Aku mengiring ke kanan dan peluk Seokjin yang membelakangi aku.

"Nak cakap apa?"

Aku terkejut bila Seokjin tiba-tiba bersuara. Tak tidur lagi rupanya.

"Erm... Saya mintak maaf.. "

"Sebab?" soal dia yang masih membelakangi aku.

"Sebab buat awak marah... Tak masak lunch, tak kunci pintu.. "

Seokjin mengiring menghadap aku.

"Maaf diterima." melalui samar cahaya lampu tidur, aku dapat lihat dia senyum.

Aku turut senyum bila dia usap kepala aku lembut.

"Tadi masa pergi ambil Saemi, dia marah tak?"

"Mestilah. Ikut perangai appa dia." aku cuit hidung dia.

Dia gelak perlahan.

"Awak masuk meeting pukul berapa?" aku sengaja menyoal.

"Meeting pukul 1. Lepas keluar rumah tu terus pergi office. Kenapa?" jawab Seokjin.

Badan aku ditarik merapati dia.

"Awak berlapar sampai habis meeting?" soal aku lagi. Aku cuba kawal suara.

Dia angguk.

"Kesiannya suami saya." aku tahan air mata dari keluar.

"Hal kecik je. Dah, tidur lah. Goodnight sayang." kepala aku dikucup lembut.

Hati aku, sakit.






•••






okay tak? hehe.

[✔] Hold On • Kim Seokjin Where stories live. Discover now