06 ' That Would Be Us

176 25 1
                                    




page 4 from 44
was there's still a space in your heart  for me?


"Meh, saya tolong." pisau yang aku tengah gunakan untuk potong sayur dirampas oleh Seokjin. Dia tolak aku ke tepi menggunakan badan dia dan mengambil posisi aku tadi lalu memotong sayur yang aku potong tadi.

"Eh, awak ni. Kalau awak dah buat, saya nak buat apa?" soalku pelik dengan tindakan dia. Buang tebiat ke apa dia ni.

"Kalau dah tak ada kerja nak buat, pergi duduk dan tunggu. Biar suami awak pulak beraksi pagi ni." kata dia.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya akur. Aku hanya duduk memerhati.

"Awak balik pukul berapa semalam?" soalku.

"Sebelas setengah."

"Kenapa tak balik dinner? Saya dengan Saemi tunggu. Awak kata nak balik."

"Saya tak nak sebut nama sesiapa."

'mesti dia dengan Byul semalam.'

"Okay." jawabku lalu bangun.

"Saya nak pergi tengok Saemi. Entah bangun ke belum anak dara awak tu."





•••





"Ta-da!"

Seokjin meletakkan semangkuk nasi goreng kimchi di atas meja makan.

"Appa masak ke ni?" soal Saemi.

"Ye lah. Ingat appa ni biashe biashe ke?" jawab Seokjin dengan angkuh.

Ceit.

Aku mencedokkan nasi goreng kimchi tu ke dalam pinggan masing-masing.

Aku dan Saemi menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut manakala Seokjin hanya memerhati.

Aku dan Saemi berpandangan sesama sendiri.

"Appa! Sedapnya!" ujar Saemi teruja.

Dah lama tak makan masakan Seokjin.

Aku tersenyum.






•••






"Saemi, pergi ambil beg cepat. Appa tunggu."

Aku dan Saemi saling berpandangan.

"Appa nak hantar Saemi ke?" soal Saemi.

"Iye."

Saemi terus bergegas ke bilik untuk ambil beg dia.

"Office awak dengan sekolah Saemi kan dua jalan yang berbeza. Nanti lambat pulak awak sampai office." ujarku sambil membetulkan tie dia.

Badan aku ditarik merapati badan dia.

Aku tergamam.

"Hari ni saya tak rushing. Jadi, tak ada masalah untuk saya sebagai appa Saemi untuk hantar Saemi ke sekolah." ujarnya sambil bermain dengan rambut aku.

"Ehem. Kita dah boleh gerak ke appa?" soal Saemi yang tiba-tiba muncul.

Aku terus tolak badan Seokjin menjauhi aku.

"Saemi pergi tunggu appa dekat kereta dulu." arah Seokjin.

Saemi hanya menurut.

"Nanti lunch saya balik. Saemi pon saya pergi ambil nanti. Awak duduk rumah, masak." katanya lalu mengucup dahi aku lama.

'Seokjin, adakah awak lakukan semua ini kerana syarat tu? saya mengharapkan sebaliknya.'






•••






Bahu aku terhincut akibat terkejut apabila pinggang aku dipeluk dari belakang.

Seokjin.

"Awak! Terkejut saya!"

Dia tidak menjawab sebaliknya mendaratkan dagunya di atas bahu aku.

"Masak apa?" soal dia.

"Manusia."

"Amboi."

"Bila balik? Tak dengar kereta pon? Mana Saemi?" soal aku bertubi-tubi.

"Baru je sampai. Awak tu khusyuk sangat masak sampai tak dengar saya balik." jawab dia.

"Saemi mana?"

"Saemi? Bukan awak pergi ambil ke?"

Aku pusing pandang dia.

"Awak jangan cakap awak terus balik and tak pergi ambil Saemi." aku mula gelabah.

Seokjin hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Awak ni kan!" aku tolak bahu dia lalu bergegas ke ruang tamu untuk mengambil kunci kereta.

Langkah aku terhenti bila nampak Saemi yang tengah tidur di atas sofa.

Aku menarik nafas lega.

"Eh, Saemi balik dengan siapa?" soal Seokjin yang tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Ingat lawak lah tu." aku tampar bahu dia lalu ke dapur semula.

"Hahahahahaha."






•••






8:26pm

"Kenapa alpaca tak boleh keluar dari kandang?"

"Kenapa, appa?" soal Saemi ingin tahu.

"Sebab ada alpagar. Hahahahahahaha." Seokjin gelak dengan lawak dia sendiri.

"Appa ni... tak lawak pon."

Aku tergelak kecil melihat gelagat dua beranak ni.






•••






10:13pm

"Saemi dah tidur?" soalku sebaik sahaja Seokjin masuk ke dalam bilik.

"Dah." jawabnya lalu naik ke katil dan baring di sebelah aku. Dia mencapai remote dan tutup lampu.

Badan aku ditarik merapatinya lalu dipeluk erat.

"Good night, sayang."

Setelah beberapa minit, dengkuran halus keluar dari mulut Seokjin.

Aku mendongak sedikit untuk melihat wajah dia. Perlahan-lahan aku usap muka dia.

'masihkah ada cinta di hati awak untuk saya, Seokjin?'






•••

(╯3╰)

[✔] Hold On • Kim Seokjin Where stories live. Discover now