14 ' Please Don't Go

213 25 0
                                    




page 41 from 44
saya takut, kalau saya tak sempat untuk habiskan semua muka surat dalam buku ni.




Aku melihat cermin di hadapan aku. Muka aku yang siap disolek oleh jurusolek, aku pandang. Setebal mana pon make up di muka aku, pipi cengkung dan muka aku yang pucat tetap sama.

"Puan, puan kena tukar baju dulu." kata jurusolek tu mematikan lamunan aku.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menurut.

"Senyum lah sikit, puan. Hari ni kan anniversary puan." tegur jurusolek tu ketika dia menolong aku menutup zip gaun.

Aku tersenyum nipis.

"Terima kasih." ucapku sebaik sahaja gaun siap disarung pada badan aku.

Dia menghulurkan sepasang kasut baldu berwarna putih kepada aku.

Aku memandang dia pelik.

Dia tersenyum lalu mencapai tangan aku untuk ambil kasut tu.

"Suami puan mintak saya bagi. Happy 8th anniversary puan. Semoga kekal bahagia." kata jurusolek tu.

"Saya mintak maaf untuk cakap macam ni, tapi boleh tak saya peluk awak? Kejap je." pinta aku. Entah lah, aku sedikit emo hari ni.

Dia tersenyum lalu menjawab, "boleh, puan."

Aku terus memeluk dia, erat.





•••





author's p.o.v

Seokjin yang sedang menolong kru-kru di situ menyediakan persiapan untuk photoshoot mereka terhenti apabila nampak Soul berjalan ke arah kawasan photoshoot.

Seokjin terpegun. Kakinya di atur menuju ke arah Soul.

Suasana petang ni Sungai Han ketika itu sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi membuatkan rambut Soul berayun perlahan.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" soal Soul lalu melihat gaun dia. Mana lah tahu ada yang tak kena di mata Seokjin.

"Awak cantik sangat, Soul." jawab Seokjin.

"Ada-ada je lah awak ni." Soul tersenyum malu.

"Semua di minta bersedia di tempat masing-masing. Kita nak mulakan photoshoot sekarang." laung seorang kru.

"Jom." Seokjin menarik tangan Soul tetapi Soul langsung tak bergerak.

Seokjin memandang Soul pelik, "kenapa?"

"Segan lah." kata Soul. Beberapa orang yang lalu lalang buatkan dia berasa malu.

"Kita dah siap dah pon, baru sekarang awak nak segan?" seokjin tergelak kecil lalu tangan Soul dicapai lalu dipautkan pada lengan dia.

"Saya ada. Jom." kata Seokjin.





•••





Kim Soul's p.o.v

"Terima kasih." ucapan terima kasih langsung tak lekang dari bibir aku dan Seokjin. Aku bow kepada beberapa kru dan saling berbalas senyuman.

Setelah mereka semua beredar, aku memandang Seokjin.

"Awak, jom lah balik." ajakku.

Dia tersengih memandang aku.

"Jom."





[✔] Hold On • Kim Seokjin Where stories live. Discover now