11 ' Restart

188 23 4
                                    




page 28 from 44
dah terlambat untuk kita patah balik.




"Sayang, hari ni saya ada hal dengan klien. Mungkin tak sempat balik. Awak ambil Saemi ya." ujar Seokjin lalu mengambil blazer dan beg kerja dia di atas sofa.

"Saya hantarkan bekal untuk awak nak?"

"Tak payah lah." dia menolak cadangan aku.

"Alah, kalau saya pergi nanti awak tak ada, saya letak je lah dekat atas meja awak. Habis je urusan awak dengan klien, awak makan lah. Tak payah makan dekat luar, air tangan isteri awak kan lagi afdhal." kataku panjang lebar.

"Yelah." dia mengalah.

"Yeay!"






•••






Aku mendukung Saemi keluar dari kereta lalu jalan memasuki bangunan syarikat Seokjin.

Saemi tertidur ketika dalam perjalanan ke sini. Nak gerak, kesian. Tak kan nak tinggal dalam kereta pulak kan.

"Eh, Puan Soul. Meh, saya tolong angkat Saemi tu." Yoon menawarkan bantuan sebaik sahaja nampak aku melangkah masuk.

"Eh tak payah lah. Office Seokjin depan tu je. Awak sambung lah makan." aku menolak tawaran dia. Bukan sombong. Dia tengah makan, tak nak lah ganggu dia. Kesian pulak.

"Betul ni?"

"Ye, betul Yoon." aku mengukirkan senyuman manis buat dia lalu meneruskan langkah aku menuju ke office Seokjin.

Sebaik sahaja melangkah masuk, aku menuju ke sofa dulu lalu meletakkan beg kertas yang ada bekal Seokjin atas meja. Kemudian, Saemi yang masih tidur tu aku letak atas sofa perlahan.

Aku membetulkan pinggang aku. Boleh tahan berat Saemi ni. Mak dia bagi makan apa lah.

Aku keluarkan sticky note dari handbag aku kemudian ambil pen di atas meja kerja Seokjin.

Ketika aku sedang menulis, sticky note tu dirampas oleh seseorang.

Byul.

Bila masa dia masuk?

"Jangan lupa makan." Byul membaca apa yang aku tulis dekat sticky note tu.

Dia meletakkan semula sticky note tu di hadapan aku sambil tersenyum sinis.

"i rasa u patut hentikan semua ni. Tarik balik permintaan u untuk i jaga Saemi. i cuma mahukan Seokjin, bukan anak dia."

"Apa maksud awak ni? Saya tak faham."

"sebab i dengan Seokjin bakal sambut anak hasil kami sendiri."

Mata aku mula berair.

"Byul!" jerkah Seokjin yang tiba-tiba muncul dekat depan pintu office.

Saemi terjaga akibat suara Seokjin.

"Apa yang u buat ni?!" Seokjin berjalan ke arah kami berdua.

"i cuma bagitahu benda betul je."

Aku terus bangun. Saemi yang hanya memerhati dari tadi aku tarik lalu keluar dari office tu segera.

"Soul!" lengan Seokjin ditahan oleh Byul ketika dia mahu mengejar Soul.

"u jangan cakap u nak kejar dia! i dekat sini lah!" Byul memarahi Seokjin.

"Sudah lah, Byul. i penat sangat dengan u. i ada isteri dan anak yang perlukan i. Jangan nak buat cerita yang bukan bukan boleh tak? Berhenti mengarut."

"Oh, baru sekarang u nak ingat anak bini u? Dulu tak pon?"

"Dulu lain Byul! Sekarang i dah sedar. i ada tanggungjawab yang lebih besar! Mulai hari ni, kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Berhenti kacau i dengan keluarga i!" Seokjin terus berlari keluar dari office untuk mengejar Soul.

Aku tutup pintu untuk Saemi lalu berjalan laju ke arah pintu pemandu. Air mata yang turun laju aku lap.

"Soul!" jerit Seokjin lalu berlari ke arah aku. Tangan aku ditahan.

"Lepas kan saya!" aku meronta-ronta agar dilepaskan.

"Sayang, tolong lah dengar saya cakap dulu. Percaya lah, sekali pon saya tak pernah tidur dengan dia!"

"Tipu--" badan aku terus ditarik ke dalam pelukan dia.

"Saya sayangkan awak. Tak kan saya nak buat macam tu. Tolong lah, percaya." kata dia.

"Kenapa saya kena percayakan awak?"

"Sebab saya suami awak dan saya sayangkan awak. Saya nak mulakan hidup baru dengan awak."

Aku terdiam.

"Lupakan apa yang dah berlaku. Kita mula kan hidup baru ya? Cuma awak, saya dan Saemi. Tiada orang lain lagi."

Air mata aku turun laju.

'kenapa baru sekarang, Seokjin?'






•••

berita gembira bukan?? hehehew

[✔] Hold On • Kim Seokjin Where stories live. Discover now