Yena's POV
Pagi itu aku bangun semata mata untuk menyiapkan sarapan Hana ngan dua orang tua tu. Kalau aku tak buat memang habislah aku kena hantam ngan diorang
''Ha dah siap ke makanan kitorang?''-Yunjung
Soalan mak cik aku tu aku jawab acuh tak acuh je
''Dah..''
''Hana! Yeobu! jom makan..''-Yunjung
Kelihatan Hana keluar dari biliknya sambil menguap besar. Pak cik aku tu pun masih lagi mamai mamai dengan rambutnya yang kusut
Dari dapur, aku hanya melihat gelagat mereka yang persis keluarga keluarga lain di luar sana. Tipulah kalau aku tak rasa jealous walau sedikit pun. Kalaulah ada masih yang boleh buatkan makanan untuk aku dan ajak aku makan sama sama
Tanpa menghiraukan mereka, aku berjalan ke luar untuk mengirup udara segar. Rasa sesak bila berada di dalam. Bunyi burung berkicauan di atas pokok dapat menenangkan hati aku yang sedih ni
Aku beredar ke suatu kawasan perkampungan di mana kawasan itu didiami oleh orang orang yang tinggal di pedalaman. Suasana di kampung itu riuh dengan gelagat kanak kanak dan orang orang dewasa yang sibuk menjalani kehidupan harian mereka
Perbualan di antara beberapa wanita pertengahan umur menarik perhatian aku
''Ada keluarga datang bercuti kat cabin tu?''
"Iyee..aku ada nampak diorang bawa masuk beg pakaian kat sana."
"Dahlah cabin tu dekat dengan pondok se.."
"Shhh..jangan di sebut. Naik seram aku tau.."
"Aku bukannya apa..kampung kite ni dah aman semenjak se..maksud aku benda tu kena ikat. Kalau tak, memang berkurunglah kita setiap malam jawabnya."
Aku keliru dengan perbualan ahjumma ahjumma tu. Apa sebenarnya yang ada pada waktu malam? Bahaya sangat ke benda tu?
=========================
No One's POV
Malam menjelma..
Yena menapak ke arah biliknya dan tersentak apabila pintu biliknya terbuka seakan akan ada orang di dalam. Dengan segera dia masuk ke dalam dan mendapati Ha Na berada di dalam biliknya
"Apa kau buat dalam bilik aku?"-Yena
"Kau ada duit tak? Minta sikit.."-Hana
"Aku takde duit. Minta lah ngan omma kau."-Yena
Yena berjalan ke arah meja kecil bersebelahan dengan katilnya membuatkan Hana yang berdiri di situ tertolak ke tepi. Mata Yena terbuntang apabila mendapati barangnya hilang
"Cari ni ke?"-Hana
"Yah! bagi balik!"-Yena
"Tak nak! Lagipun buat apa kau simpan gelang ni? Kalau kau jual confirm kau kaya.."-Hana
"Hana-yah..please bagi balik gelang tu. Tu je satu satunye peninggalan omma aku.."Yena merayu dengan sepenuh hati
"Sedihnyee..HAHAHAHA kau ingat aku kesah?"-Hana
Yena cuba untuk merampas gelangnya dan berlaku pergelutan antara dua gadis itu
"Yah! Bagilah!!"-Yena
"Ishh!! Taknak!!"-Hana
Prakk..
Jantung Yena hancur berkecai sama dengan gelangnya yang terputus itu
"Oppss.."-Hana menjatuhkan gelang itu ke lantai
"KAU!!"-Yena menolak bahu Hana sehingga gadis itu tersungkur jatuh
"Yah Song Yena!!!!"-Yunjung
Wanita itu berlari ke arah anak kesayangannya
"Apa kau buat dengan anak aku ni ha?!?!"-Yunjung
Tiba tiba Yena merasakan pipinya ditampar oleh tangan yang kasar
"Jangan kau berani cederakan anak aku!"-Dong Gu
Yena menggenggam penumbuknya menahan rasa sakit hati yang lebih pedih dari tamparan pakciknya tadi
Gadis itu berlari keluar dari bilik itu setelah sempat mencapai gelangnya di lantai
Dia tidak mahu ketiga tiga orang itu melihat air matanya jatuh berguguran
Yena berlari keluar dari rumah cabin itu lalu masuk ke dalam hutan yang mengelilingi sekitar kawasan rumah
Dia tidak tahu ke mana kakinya membawanya pergi tapi yang penting dia mahu pergi jauh
Setelah dia yakin dirinya jauh ke dalam hutan, dia duduk di sebalik sepohon kayu. Gelangnya dipandang sayu..
"Omma..Yena dah takde tempat bergantung sekarang..macam mana Yena nak teruskan hidup?"-Yena
Bulan yang berada tinggi di atas langit dipandangnya
"Aku nak ada orang yang boleh jaga aku..lindungi aku..itu je aku nak minta.."-Yena
Auwwww
Yena tersentak. Air matanya dilap sebelum dia bangun dari duduknya
Baru dia perasan, sebuah rumah kecil yang diperbuat dari kayu berdiri megah di hadapannya
Kakinya melangkah sedikit demi sedikit sebelum tiba di depan rumah itu
Pintu kayu ditolak membuatkan bunyi keriutan yang menyeramkan memenuhi kawasan hutan itu
Grrrr
Yena terundur ke belakang apabila mendengar bunyi itu
"Se..serigala?"-Yena
Seekor serigala yang kelihatan cedera itu membuatkan matanya terbuntang
"Ka..kalau aku lepaskan kau, kau nak makan aku ke?"-Yena
Tali tebal yang mengikat kaki serigala yang lemah itu dipandangnya
"Takde gunanya aku hidup kat dunia ni.."-Yena
Sebuah kapak yang terdampar di tepi dinding rumah itu dicapainya sebelum dipotong tali tebal itu tanpa teragak agak
Sebaik sahaja tali itu putus, serigala itu terus menerkam Yena
Grrrr..
Yena hanya memejamkan matanya seperti menunggu ajalnya tiba
Beberapa minit berlalu, tiada seberang pergerakan dari serigala itu. Ketika Yena membuka mata, mata serigala itu memandangnya dengan penuh maksud tersirat. Seakan akan ia cuba untuk menyampaikan sesuatu
"Kau..taknak bunuh aku ke?"-Yena
Serigala itu menjauhkan diri dari Yena sebelum berlari keluar dari rumah kecil itu
"A..apa aku dah buat?"-Yena
TBC
Jangan lupa vote and comment yee ^_^
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Leave The Monster Alive ┆ Yeonjun ུ⸙͎
Fanfiction❝I want to enjoy this world more at this moment❞ THE STORY CHAPTER : MAGIC Song Yena, seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan kurang menerima kasih sayang oleh sesiapa. Sekarang dia hanya tinggal bersama dengan makcik, pakci...