Author's POV
Mata Yena terbuka apabila mendengar bunyi ketukan di pintu utama. Jam di dinding dijeling dan mendapati baru sahaja masuk jam 1 pagi
Dengan mata yang masih berat, Yena berjalan keluar dari bilik dan menuju ke arah pintu
Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Taehyun menghiasi ruang matanya
"Taehyun-ah..kenapa kau datang pagi pagi macam ni?"-Yena
"Yena-yah..sape tu?"-Yunjung
"Kang Tae.."-Yena
Taehyun memotong ayat Yena
"Yah!! Yeonjun dalam bahaya!!"-Taehyun
"Mwo?"-Yena
Flashback
Taehyun terbangun dari tidur apabila tekaknya terasa kering. Dengan langkah malas dia mengatur langkah ke arah dapur
Namun langkahnya terhenti apabila mendengar perbualan orang tuanya
"Omma ngan appa belum tidur ke?"-Taehyun berbisik sendirian
"Diorang nak serang pondok serigala kat hutan tu?"-Minju
"Ye..diorang dah bersatu hati nak bunuh Yeo..serigala tu.."-Jeongsoo
"Kenapa saya rasa sebak ye? Kalau ingat balik budak Yeonjun tu taklah jahat mana."-Minju
"Saya pun rasa macam tu. Tapi kita takde pilihan, dia tetap serupa macam haiwan buas kat dalam hutan tu."-Jeongsoo
End flashback
Yena terus berlari keluar tanpa sempat memakai selipar lalu masuk ke dalam hutan.
Objek objek keras yang dipijaknya tidak mampu untuk membuatkan dia berhenti berlari sehinggalah dia tiba di rumah ataupun pondok di mana tempat dia tinggalkan Yeonjun
Kelihatan penduduk penduduk kampung berkumpul dan sebahagian daripada mereka menuang minyak di sekitar kawasan pondok itu
"Andweyo!!!"-Yena berlari mendekati kawasan itu namun dihalang oleh Jeongsoo yang turut berada di situ
"Berhenti!!! Jebalyo!!!! Yeonjun bukan budak jahat!!! Yeonjun-ahh!! Keluar dari situ!!!"-Yena
Yena meronta ronta minta dilepaskan namun genggaman Jeongsoo begitu kuat untuk mengelak daripada Yena mendekati kawasan itu
"Ajusshi!! Lepaskan tangan Yena!!"-Yena
"Andwe Yena-yah..ni untuk kebaikan penduduk penduduk di sini.."-Jeongsoo
Api mula marak apabila salah seorang lelaki di situ membuang pemetik api pada minyak yang memenuhi kawasan perumahan itu
Bayangan api itu terpantul pada anak mata hitam Yena yang dipenuhi dengan air mata
Dalam keadaan terpaksa, Yena menggigit tangan Jeongsoo membuatkan lelaki itu melepaskan genggamannya sambil menyeringai kesakitan
Taehyun, Yunjung, Donggu dan Hana yang baru tiba itu cuba untuk memahami situasi yang sedang berlaku
Mata Taehyun menangkap pergerakan Yena yang kelihatan berlari ke arah pondok yang terbakar itu
"Yena-yah!!"-Taehyun
"Andwe Yena-yah!"-Yunjung
Masing masing panik melihat tindakan Yena namun tiada siapa yang berani mendekati pondok itu
Yena tidak dapat masuk dari pintu pondok itu apabila api mula merebak di kawasan tersebut
Dengan pantas di berlari ke sebelah lalu memecahkan tingkap menggunakan batu. Kakinya memanjat tingkap itu sebelum berjaya masuk ke dalam
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Leave The Monster Alive ┆ Yeonjun ུ⸙͎
Fanfiction❝I want to enjoy this world more at this moment❞ THE STORY CHAPTER : MAGIC Song Yena, seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan kurang menerima kasih sayang oleh sesiapa. Sekarang dia hanya tinggal bersama dengan makcik, pakci...