Yena's POV
"Jangan tinggalkan aku.."
Aku terjaga dari mimpi dalam keadaan dahiku dibasahi dengan peluh. Jam aku tilik dan mendapati tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk masuk jam satu
Hayeong yang kelihatan tenang disebelah aku pandang. Dengan perlahan aku turun dari katil lalu menapak ke luar bilik.
Aku bercadang untuk mengambil angin di luar cabin. Sebaik sahaja keluar, angin dingin menyapa wajahku
"Kenapa aku selalu mimpi benda tu? Siapa yang aku tinggalkan sebelum ni?"
Aku bergumam bersendirian. Setiap malam aku akan didatangi mimpi yang sama. Mungkin ini bukan mimpi, siapa tau semua tu memori aku yang hilang?
Tiba tiba mataku menangkap pergerakan di dalam semak samun. Entah kenapa otak aku bagaikan memberi arahan kepada tubuh ku untuk bergerak ke arah pergerakan tersebut
Namun tiada apa apa yang pelik di sebalik semak samun itu. Aku berura ura untuk balik ke cabin namun aku seperti dapat melihat satu kelibat masuk ke dalam hutan tebal yang mengelilingi kawasan cabin itu
Dengan penuh tanda tanya aku mengikuti langkah kelibat tersebut sehinggalah aku kehilangan jejak orang yang aku ikuti
"Aku silap nampak agaknye.."
Aku tersentak apabila terpandang satu pondok yang rentung akibat dijilat api berada di hadapanku
"Seramnye.."
Aku menelan air liur sebelum berpusing ke belakang
"Kamchagya!!"
Jantung aku bagai hendak meletup apabila seseorang sedang berdiri tegak di belakangku. Aku mengusap dadaku yang masih terasa berdegup kencang sebelum cuba untuk melarikan diri dari situ
"Yena-yah.."
Langkah aku terhenti apabila terdengar suara yang memanggil namaku tadi
Aku menoleh ke belakang lalu menatap wajah orang yang memanggilku tadi. Disebabkan waktu itu keadaan masih gelap, aku tidak berapa nampak wajahnya dengan jelas
"Annyeong.."
"Kau..siapa?"
"Yeon..jun.."
"Yeonjun? Mian..aku tak kenal."
Dengan segara aku meninggalkan kawasan itu dengan penuh tanda tanya
"Macam mana dia tau nama aku?"
Yeonjun memandang ke arah kelibat Yena yang semakin hilang dari pandangan sebelum menjatuhkan pandangan ke arah buku dalam genggamannya
"Kau dah janji..kau takkan lupakan aku.."-Yeonjun
===============
Yena's POV
Aku masuk ke dalam bilik lalu menyandar pada pintu
"Kenapa aku macam pernah dengar suara dia.."
"Yena-yah..kau buat ape tu?"-Hayeong menggosok gosok matanya sambil memandang ke arahku
"Aniya..aku pergi tandas tadi..sambunglah tidur."
Hayeong menganggukkan kepalanya lalu menyambung tidurnya yang terganggu
===================
Author's POV
"Yena! Jomlah cepat..kite mandi sungai ni!!"-Hayeong
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Leave The Monster Alive ┆ Yeonjun ུ⸙͎
Fanfiction❝I want to enjoy this world more at this moment❞ THE STORY CHAPTER : MAGIC Song Yena, seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan kurang menerima kasih sayang oleh sesiapa. Sekarang dia hanya tinggal bersama dengan makcik, pakci...