Yena berdiri di sebelah Yeonjun yang turut memandang ke arah yang sama
"Jaga rumah ni..and kalau ada polis telefon kata ada orang nak ambil Yeonjun ni, terus telefon kitorang.."-Yunjung
Kelihatan Hana masuk ke dalam kereta sambil bermain telefon manakala Yunjung dan Donggu berpenat lelah mengangkat beg pakaian mereka
Yena hanya memerhati dalam diam
"Kitorang pergi dulu.."
Kereta meluncur laju membelah jalan pada awal pagi itu
"Ceh..pergi macam tu je.."-Yena
Yena berfikir seketika sebelum tersenyum penuh makna
"Yah! Jom buat parti!"-Yena
Yeonjun memandangnya dengan riak keliru
===========
"Jajang!!"-Yena menunjukkan pelbagai jenis makanan yang dimasaknya
Mata Yeonjun membesar apabila disaji dengan makanan makanan yang mampu membuatkannya lapar
Laju tangannya mencapai telur dadar di sebelah kirinya
"Yeonjun-ah stop!"-Yena
Yeonjun terberhenti menyebabkan telur di dalam mulutnya terjatuh semula ke pinggan
"Makan perlahan lahan..kang tercekik aku juga yang susah."-Yena
Yeonjun menutup semula mulutnya lalu mengunyah dengan perlahan sambil mata masih pada Yena
"Sedap kan?? Aku tak masak sedap sedap macam ni kat orang lain tau. Kau patut bersyukur dapat kawan macam aku.."-Yena
Yeonjun tidak mengendahkan kata kata Yena malah mengambil seketul ayam. Ayam itu dipandang sebelum mulutnya dimuncungkan untuk meniup bagi menghilangkan panas
"Jalhanda.."-Yena tersenyum lalu mengambil seketul ayam
Yeonjun memandang ke arah Yena dengan wajah sedih. Dia mendekatkan kepala ke arah gadis itu
Pada awalnya, Yena tidak faham dengan kelakuan Yeonjun
"Ohh..kau suka kena usap kepala ke?"-Yena
Tangannya terus mengusap kepala Yeonjun lalu lelaki itu menyambung kunyahannya
"Dari dulu aku nak buat parti. Makan makan ngan kawan, borak same same, main game..tapi kawan pun aku takde..sedihkan.."-Yena
"Tapi takpe..sekurang kurangnya aku takde kawan yang akan tikam belakang."-Yena
Yena baru sahaja membuat beberapa gigitan pada ayamnya manakala Yeonjun sudah mengambil ayam ketiga
"Yah! Perlahan lah sikit makan tu."-Yena
Gadis itu mencapai sehelai tisu lalu dilapnya mulut Yeonjun yang dipenuhi dengan minyak
"Haih..kau dah macam anak aku dah."-Yena
Kringggg
Yena membasuh tangannya sebelum menjawab panggilan itu
"Yobseyo?"-Yena
"Nae annyeonghaseyo..kami tak jumpa mana mana keluarga untuk ambil dia. Tapi dia boleh is borang un.."
"Takpayah.."-Yena
"Nae?"
Yena mematikan talian lalu memandang ke arah Yeonjun yang kelihatan sedang menjamah ayam ke empat
=============
Yena's pov
Aku membawa Yeonjun berjalan jalan di sekitar hutan. Kami hanya diam dan tidak ada keinginan untuk berborak
Kalah borak pun, bukan dia akan balas balik apa apa yang aku cakap. Lebih baik diam..
Aku berhenti melangkah apabila terpandang satu rumah yang tidak asing di mata ku. Rumah yang menempatkan serigala hari tu
Kaki aku bergerak ke arah rumah itu namun aku merasakan lengan aku ditahan oleh Yeonjun
"Wae?"
Yeonjun tiba tiba berundur lalu melarikan diri
"Yeonjun-ah!! Kau nak pergi mane tu??!! Yah!!"
Aku mengejar langkah Yeonjun yang semakin jauh sampailah aku tidak larat untuk meneruskan larian lalu aku berhenti sambil tercungap cungap
"Yeo..yeonjun-ah.."
Nafas aku bagai tidak cukup untuk memanggil Yeonjun. Kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan
"Yah!! Mana kau?!"
Aku menoleh ke sekeliling aku di mana hanya pokok pokok tinggi dan tebal saja kelihatan
''Yeonjun-ah! Please lah keluar.."
Kkraakk..
Bunyi ranting patah menarik perhatianku membuatkan aku memandang ke sekeliling
Akhirnya aku dapat mengenal pasti dari mana arah bunyi itu lalu aku mendongak ke atas dan mendapati ranting tebal di atas kepalaku mulai patah dan jatuh ke arah ku
"Arhhh!!"
Tiba tiba seseorang memeluk aku dari belakang sebelum dapat aku rasakan gerakan badan orang itu seperti terkena ranting tadi
Jantung aku yang hampir meletup tadi berdegup dengan kencang. Peluh mula mengalir di pipi akibat perasaan takut yang masih tersisa
Pelukan itu masih erat menyebabkan aku yang masih tergamam itu langsung tidak bergerak
Selepas beberapa saat aku menoleh dan mendapati Yeonjun berada di belakangku sambil membuat riak muka menahan sakit
"Yah!!! Neo gwencana?!"
Aku berpusing lalu menghadapnya
Baju Yeonjun sedikit terkoyak di belakang
"Omo!! Y..yah..jom pergi klinik.."
Aku tarik tangan Yeonjun untuk membawanya keluar balik namun tangan aki ditarik semula oleh Yeonjun
Tangan aku yang berbekas sikit dipandangnya lama
"Nan gwencana..kajja!"
Aku menarik tangannya lalu keluar dari hutan tebal itu
TBC
YOU ARE READING
⊱✎⊰ Leave The Monster Alive ┆ Yeonjun ུ⸙͎
Fanfiction❝I want to enjoy this world more at this moment❞ THE STORY CHAPTER : MAGIC Song Yena, seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan kurang menerima kasih sayang oleh sesiapa. Sekarang dia hanya tinggal bersama dengan makcik, pakci...